Ahad, 5 Januari 2014

KELAS PEMASARAN 3-PADUAN

PADUAN PEMASARAN

Campuran pemasaran adalah satu set elemen-elemen pemasaran yang boleh dikawal dan berstrategi di mana setiap firma menggabungkannya untuk menghasilkan maklumbalas yang dikehendaki di dalam pasaran sasaran. Dengan menggunakan elemen-elemen di dalam campuran pemasaran, firma boleh melakukan aktiviti-aktiviti pemasaran untuk mempengaruhi permintaan terhadap produknya. Ia mengandungi empat elemen iaitu produk, harga, saluran agihan dan promosi atau lebih dikenali sebagai ‘4 P’ (product, price,place and promotion).

a) Produk
Produk merupakan apa sahaja yang boleh ditawarkan kepada pasaran untuk perhatian , pemilikan dan penggunaan yang boleh memuaskan kehendak dan keperluan, samada barangan atau perkhidmatan.

b) Harga
Harga adalah sejumlah wang yang dikenakan untuk sesuatu produk.

c) Saluran Agihan
Saluran agihan merupakan satu set organisasi yang saling bergantungan dan terlibat di dalam proses pembuatan produk untuk kegunaan pengguna akhir atau pengguna perniagaan.

d) Promosi
Promosi merupakan bentuk-bentuk ( kaedah-kaedah ) komunikasi yang digunakan untuk memberitahu, mengingatkan dan juga memujuk pengguna mengenai sesuatu produk yang dikeluarkan ataupun dijual oleh sesebuah syarikat. Kaedah-kaedah promosi ini terdiri daripada pengiklanan, promosi jualan, publisiti dan jualan persendirian.

Tiada ulasan: