Sabtu, 11 Jun 2011

INDAH LELAPMU UNTUK TATAPAN KU

Pernahkah anda menatap orang-orang terdekat anda ketika saat dia sedang tidur?
Kalau belum, cubalah sekali untuk menatap mereka saat mereka sedang tidur.
Saat itu, yang nampak adalah ekspresi paling suci dan paling jujur dari seseorang.

Seorang artis yang ketika di pentas begitu cantik dan gemerlap pun boleh nampak biasa
dan jauh berbeza jika dia sedang tidur.
Orang paling kejam di dunia pun jika dia sudah tidur, tak akan nampak wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda ketika beliau sedang tidur.
Sedarilah, badannya yang dulu tegap dan gagah itu kini semakin tua dan lemah,
betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya,
betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.
Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.
Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah...

Lihatlah ibu anda
kulitnya mulai berkedut dan tangan yang dulu halus membelai-belai tubuh bayi kita itu
kini kasar kerana tempaan hidup yang sukar.
Orang inilah yang tiap hari mengurus keperluan kita.
Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan mengomeli kita semata-mata kerana rasa kasih dan sayang,
dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang tercinta itu :
Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya.
Rasakanlah kuasa cinta yang mengalir perlahan disaat menatap wajah bersih yang terlelap itu.
Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat
betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda.
Pengorbanan yang kadang tertutup oleh silap faham yang kecil
Entah kenapa selalu sahaja nampak besar.

Secara ajaibnya, Allah mengatur agar pengorbanan itu
agar boleh dilihat melalui wajah-wajah jujur mereka semasa sedang tidur.
Pengorbanan yang kadang melelahkan namun enggan mereka ungkapkan.
Dan ekspresi wajah ketika tidur pun mengungkap segalanya.
Tanpa kata, tanpa suara dia berkata :
“Betapa lelahnya aku hari ini”.
Dan penyebab lelah itu?
Untuk siapa dia berlelah-lelah? Tak lain adalah kita.

Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah.
Kakak, adik, anak, dan sahabat yang ada dalam hari-hari suka dan duka bersama kita.
Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka.
Rasakanlah betapa kebahagiaan dan keharuan yang muncul jika mengingati itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok hari mereka “orang-orang dikasihi itu” tak lagi membuka matanya selamanya .

ISTIKHARAH CINTA

Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Diistikharah cinta.. :)

BENARKAH....

(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.

kadang2 cinta
C= cuma
I= ingin
N= nikmati
T= tubuh
A= aku


KASIH :
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.



SAYANG :
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI :
(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari bol

Dialah Jodoh ku

Untuk memilih teman hidup, lelaki mesti memilih wanita yang cantik, bergaya dan boleh dibawa ke sana sini. Dalam hati mesti berbangga kerana pasangannya cantik dan orang sentiasa memuji akan kecantikan pasangannya.

Antara pujian itu:

"Pandai kamu memilihnya, kalaulah aku dapat, aku tak akan lepaskannya."

"Pewittt, hebatnya kamu, cantik... cantik... cantik."



Mesti kamu akan berbangga jika menerima pujian sebegitu.

Pasangannya boleh di bawa kemana-mana sahaja, setiap hari keluar dating. tak kira siang malam, yang penting bahagia. Setiap hari ada saja temujanji. Setiap hari keluar berdua, tanpa jemu-jemu. Bahagiakah namanya itu?? jika setiap hari keluar dating. Itulah lumrah pasangan berkasih, lupa segala syariat dan hukum Allah SWT.

Kongsikan kepada kami produk anda, lokasi perniagaan, dan kehebatan tentang produk anda! Mari daftar di http://direktori.iluvislam.com sekarang! Serendah RM5 Sebulan* Promosi RM50 selama setahun!(Sah sehingga 30 Jun 2011)

"Yang penting happy, hidup kan hanya sekali"

Tahu pula hidup hanya sekali, kenapa tak banyakkan amal ibadat, supaya di sana nanti lebih bahagia, tidak ada masalah yang menimpa, tidak payah fikir apa pun.

Kalaulah pasangan yang dipilihnya tak cantik, tak bergaya biarpun pasangannya seorang muslimah sejati, orang tentu akan mengejinya. Mesti dia terseksa, walaupun dia menyedari itulah pilihan yang terbaik dan menjamin syurga buatnya.

Antara kejian itu:

"Tak de orang lain ke yang kau pilih sebagai pasangan, leceh la"

"Hahahaha, sakit perut aku, lawak, lawak... ketinggalan zaman la bro"

Mesti sakit hatikan jika menerima kejian sebegitu?

Pasangan sebegini lebih mementingkan ukhrawi daripada duniawi, dia akan menolak ajakan pasangan untuk keluar berdua, kerana dia takutkan azab Allah SWT dan dia tidak mahu hanyut oleh godaan iblis syaitan laknatullah.

Tentu bosankan mendapat pasangan yang sebegini, sentiasa menolak ajakan kita untuk keluar berdua.

Tentu kita bersungutkan, kalau ajakan kita tak dapat dipenuhinya.

Inilah pasangan yang terbaik untuk kita, walaupun dia tak cantik pada rupa paras, tapi dia cantik pada akhlak dan budi pekerti. Ilmu agamanya penuh didada dan menjadi benteng untuk menghalang godaan nafsu yang melalaikan.

Untuk memilih teman hidup, wanita mestilah memilih lelaki yang handsome, bergaya dan kaya. Dalam hati mesti lebih berbangga memiliki pasangan yang handsome, bergaya dan kaya. Bahagia sangat-sangat, terasa dunia ini milik berdua. Apatah lagi jika orang di sekeliling sentiasa memuji.

Antara pujian itu:

"Hebatnya kamu, dah la handsome, bergaya... loaded lagi"

"Kalaulah aku dapat, bahagianya hidup".

Dalam hati tak terkata , betapa bangganya memiliki pasangan sebegitu. Tidur malam tak lena, sentiasa terbayangkan wajah kekasih. Bahagia sangat-sangat sebab pilihannya menepati cita rasa. Sanggup bersengkang mata hingga larut malam semata-mata untuk memadu kasih dengan pasangan. Sekarang ini zaman serba maju, ada facebook, handphone, semuanya hanya dihujung jari, semuanya boleh jadi. Siang keluar dating, malam pun keluar dating, bila tiba larut malam sambung lagi dengan sms, call dan berchatting di facebook sehingga jam 3-4 pagi. Tak jemukah berbuat begitu? Tentu tidakkan? Bila diri di lamun cinta, tak jemu-jemu meluahkan rasa rindu.

Kalaulah pasangan yang dipilihnya tak handsome, tak bergaya dan tak kaya, walaupun pasangannya seorang muslimin sejati, tentu malukan?. Ya la, pasangan orang lain semuanya handsome, bergaya dan kaya, sedangkan pasangan kita, huhuhu. Pasangan kita mementingkan ukhrawi dari duniawi. Tak suka keluar dating kerana takutkan Allah SWT. Tentu bosankan?, asyik terperap saje. Mula nak bersungut dan menyesal kerana tersalah memilih, tak sesuai langsung dengan cita rasa kita yang gemarkan bersosial.

Inilah pasangan yang terbaik untuk kita, mungkin Allah SWT dah tetapkan untuk kita,supaya kita tak terus hanyut dengan godaan iblis syaitan. Allah SWT nak bagi untuk kita yang terbaik, jadi kita harus menerimanya dengan hati yang lapang dan bersyukur sebab kita tak terjerumus dalam kancah kemungkaran dan kemaksiatan yang menghampiri kepada azabnya api neraka. Di dunia kita tak merasai azab Allah SWT, sebab tu la kita masih menghampiri maksiat, yang ada dalam fikiran kita hanyalah keseronokkan saje. Kalaulah Allah SWT turunkan azabnya semasa kita berseronok dengan nikmat dunia, apakah yang terjadi kepada kita? Sama-samalah kita bermuhasabah diri.

Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik....
Terbaik dari segala hal....
Duniawi mahupun ukhrawi...
Kelak dirimu bahagia

Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik.....
Soleh dan solehah.....
Mukminin dan mukminat....
Hidup sentiasa berlandaskan hukum dan syariat....
Bahagia dunia dan akhirat.

Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik.....
Baginya dunia hanya sementara...
Akhirat dikejar kerana itulah tempat yang abadi....
Untuk menuju ke syurga Allah.

Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik....
Al-Quran jadi panduan hidup...
Sunnah Rasulullah menjadi ikutan....
Moga kekal di dunia hingga ke akhirat....