Rabu, 30 Mac 2011

Editing Photo with Multimedia Photo Shop



Untuk pertama kali tok edit pic...
Entah mengapa dari yang ada...
Ini yang paling disukai tenaga pengajar aku...
Tapi bagi aku ini paling bererti...
Dan ianya kan jadi yang terindah...

Untuk Terakhirnya...

PUISI TERAKHIR

Sebenarnya ini bukan tentang kematianmu, bukan itu.

Karena, aku tahu bahwa semua yang ada pasti menjadi tiada pada akhirnya,

dan kematian adalah sesuatu yang pasti,

dan kali ini adalah giliranmu untuk pergi, aku sangat tahu itu.

Tapi yang membuatku tersentak sedemikian hebat,

adalah kenyataan bahwa kematian benar-benar dapat memutuskan kebahagiaan dalam diri seseorang, sekejap saja, lalu rasanya mampu membuatku menjadi nelangsa setengah mati, hatiku seperti tak di tempatnya, dan tubuhku serasa kosong melompong, hilang isi.

Kau tahu sayang, rasanya seperti angin yang tiba-tiba hilang berganti kemarau gersang.

Pada airmata yang jatuh kali ini, aku selipkan salam perpisahan panjang,

pada kesetiaan yang telah kau ukir, pada kenangan pahit manis selama kau ada,

aku bukan hendak megeluh, tapi rasanya terlalu sebentar kau disini.
Mereka mengira aku lah kekasih yang baik bagimu sayang,

tanpa mereka sadari, bahwa kaulah yang menjadikan aku kekasih yang baik.

mana mungkin aku setia padahal memang kecenderunganku adalah mendua, tapi kau ajarkan aku kesetiaan, sehingga aku setia, kau ajarkan aku arti cinta, sehingga aku mampu mencintaimu seperti ini.

Selamat jalan,

Kau dari-Nya, dan kembali pada-Nya,
kau dulu tiada untukku, dan sekarang kembali tiada.

selamat jalan sayang,
cahaya mataku, penyejuk jiwaku,
selamat jalan,
calon bidadari surgaku ….

Allah Tipu Kita ke????

“Akak, adik ada seorang kawan ni. Dia tak jaga aurat dia, perangai dia pun tak baik sangat. Tapi dia solat tak tinggal akak. Kenapa jadi camtu?”

Adik saya yang petah bercakap bertanya kepada saya ketika kami berbual melalui telefon.

“Mungkin ada kesilapan pada solatnya atau juga mungkin hati dia tak bersama solatnya.”

Itu sahaja jawapan saya. Saya tak tahu bagaimana mahu menjawab dengan lebih jelas, cuma itu yang mampu saya ucapkan. Tapi soalan adik saya itu terus terngiang-ngiang di telinga saya.

“Dia solat tapi masih melakukan kemungkaran. Dia solat lima waktu tapi masih tidak menjaga batasan aurat. Kenapa ye?”

Persoalan inilah yang terus bermain di benak saya. Otak saya terus teringatkan papan tanda yang saya baca tatkala melewati masjid-masjid. ‘Solat mencegah kemungkaran.’ Tapi kenapa ada orang yang solat, tapi masih melakukan perbuatan mungkar? Adakah papan tanda itu hanya omongan kosong?

Tidak! Itu bukan ayat rekaan. Saya menyelak kembali lembaran suci AL-Quran dan saya bertemu dengan ayat ini.

“Bacalah kitab (Al-Quran) yang telah diwahyukan kepadamu (Muhammad) dan laksanakanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar. Dan (ketahuilah) mengingat ALLAH (solat) itu lebih besar (keutamaannya dari ibadah yang lain). ALLAH mengetahui apa yang kamu kerjakan.” [Al –Ankabut, 45]

Jelaslah bahawa kata-kata itu bukan omongan kosong tapi adalah firman ALLAH dalam kalamnya. Dengan kekerdilan diri, saya cuba lagi berfikir kenapa masih ada berlaku mungkar pada mereka yang solat. Dan saya khuatir jika saya juga termasuk dalam golongan mereka yang solat tapi masih melakukan perkara mungkar. Atau mungkin ada dalam golongan keluarga dan rakan saya yang begitu? Atau adakah ALLAH telah menipu kita dengan ayat itu? Nauzubillah! Sampai begitu syaitan menghasut saya berfikir. Semoga ALLAH ampunkan dosa saya. Saya terus menyelak, dan saya bertemu pula dengan ayat ini,

“Maka celakalah orang yang solat, (yaitu) orang-orang yang lalai terhadap solatnya.”

[Al-Maun, 4-5]

Mungkin di sini jawapan yang saya cari. Kita selalu menitikberatkan perihal solat. Tapi solat itu bukanlah pada perbuatan sahaja. Solat bukanlah satu perkara remeh yang hanya bergantung sepenuhnya pada perlakuan rukuk dan sujud. Malangnya, dalam dunia yang serba moden ini ramai yang hanya melakukan solat sekadar mahu memenuhi rukun islam yang kedua itu sahaja.

“Biarlah aku solat lewat pun. Asalkan aku solat.”

“Alamak, dah lewat ni! Solat simple-simple jela. Yang penting solat.”

Frasa ‘asalkan aku solat’ dan ‘yang penting aku solat’ inilah yang mematikan kuasa solat itu. Akhirnya solat itu tidaklah lebih dari sekadar perbuatan-perbuatan kaku yang hanya sia-sia dan memenatkan. Ia tidak lagi menjadi pencegah kemungkaran bagi pelaksananya. Bagaimanakah solat yang dilaksanakan pada saat waktu hampir berakhir mampu memberi kesan pada pelaksananya? Dan adalah tidak mungkin bagi mereka yang bersolat dengan pantas tanpa tomakninah mampu merasa kemanisan solat itu sendiri. Lalu solat itu tidaklah mampu menjadi benteng bagi diri kita menghindar dari kemungkaran. Rugilah seorang umat Muhammad yang meringankan solatnya.

Solat bukanlah hanya pergerakan-pergerakan yang mula kita pelajari sejak kecil, yang hanya kita ikut dan amalkan tanpa meletakkan hati kita di dalamnya. Ia adalah satu ibadah yang mendahului ibadah lain dan menjadi perkara pertama yang dihisab. Sabda nabi s.a.w yang juga riwayat at-Tabrani yang memperkatakan perihal solat, yang bermaksud:

“Awal-awal perkara yang dihisab atas hamba pada hari Kiamat ialah solat. Maka sekiranya solat itu elok nescaya eloklah lain-lain amalannya (diterima Allah), dan sekiranya solat itu rosak nescaya rosaklah lain-lain amalannya (ditolak oleh Allah).”

ALLAH juga telah dengan jelas menyuruh kita untuk melaksanakan solat dengan firmannya dalam Surah An-Nisa pada pengakhiran ayat 103 yang bermaksud:

“Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan (fardhu) yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.”

Tapi jika telah difardhukan, bagaimana pula dengan pelaksanaannya? Jangan risau, ALLAH bersifat maha Pengasih dan dia takkan membiarkan kita tanpa pedoman. Selain di dalam AL-Quran, telah ALLAH utuskan kekasihNYA Muhammad Bin Abdullah supaya dapat kita contohi gerakan solatnya agar ia diterima ALLAH. Agar solat itu menjadi perisai kita yang terbaik.

“Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat.”

[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Jadi marilah kita semak semula, adakah solat kita menepati ciri-ciri solat Rasulullah SAW. Atau ia hanyalah taklik kita pada buku ‘Mari Belajar Sembahyang’ yang kita baca berpuluh tahun lalu? Dari permulaan mengambil wudhu’ sehinggalah kepada memberi salam, semua caranya telah Rasulullah ajarkan kepada kita untuk kita contohi. Jika kita mampu berusaha mencari buku dan menghafal formula bagi mendapatkan gred ‘A’ dalam peperiksaan, mengapa kita masih berdiam diri dari mencari sumber sahih dan cara terbaik melaksanakan solat bagi memastikan kita turut mendapat gred ‘A’ di mata ALLAH?

Alhamdulillah, beberapa jam sebelum saya menulis artikel ini, saya berkesempatan menonton vcd cara solat Rasulullah. Setiap apa yang diajar bukanlah hanya tulisan kaku dan lantunan suara yang tidak disokong, tetapi setiap apa yang terdapat dalam vcd ini adalah bersandarkan hadis-hadis sahih. Dan banyak sekali kesalahan yang saya temukan dalam solat saya selama ini, semoga ALLAH bantu saya untuk memperbetulkannya. Tapi saya tidak dapat menerangkan sepenuhnya cara solat Rasulullah dalam artikel ini. InsyaALLAH saya akan cuba pada artikel yang lain.

Cuma nasihat saya, nilailah semula solat anda. Contohilah sifat solat Rasulullah. Dan tatkala mencari rujukannya, tidak kisahlah daripada buku mahupun vcd atau internet, berpeganglah hanya pada sifat yang didatangkan dengan hadis sahih. Adalah kewajipan kita untuk berpegang pada AL-Quran dan sunnah. Janganlah rasa fanatic terhadap kepercayaan sendiri dan mazhab membutakan hati kita. Dan pada mereka yang mahu berubah, mulakanlah perubahan mu dengan menyempurnakan solat. InsyaALLAH bagi mereka yang sempurna solatnya, maka akan sempurna segala amalannya.

Buanglah frasa ‘asalkan aku solat’ dan ‘yang penting aku solat’ jauh-jauh dari hidup kita. Datangkanlah rasa dari hati dan kehambaan kepada ALLAH pada setiap solat kita. Supaya kita merasakan kemanisannya. Supaya anda tidak menjadi seperti saya yang dahului pernah meragui firman ALLAH. Nauzubillah! Allah tak pernah menipu kita. Hanya kita yang membiarkan diri kita tertipu dengan bisikan syaitan.

Ingatlah, solat itu mencegah kemungkaran! Solatlah kamu dengan rasa pada hatimu, pasti kamu selamat dan merasa bahagia…

Nota : Untuk setiap maksud ayat Al-Quran yang tertulis, adalah lebih baik jika pembaca membuat rujukan semula dalam tafsir Al-Quran supaya dapat melihat ayatnya (dalam bahasa Arab) =)

Bingkisan Buat Kakak...

‘Sesuatu yang tak disangka,
Seringkali mendatangi kita,
Itukah suratan dalam kehidupan, Atau sekadar suatu kebetulan…’ Lirik lagu ‘Suratan Atau Kebetulan’ sememangnya memberi seribu satu makna dalam hidupku. Dalam kehidupan ini memang banyak perkara yang tidak dapat dijangka menimpa kita. Kehadirannya dalam hidupku tidak pernah sekali dirancang dan semuanya di luar jangkaan. Namunku tahu, ini semua ketentuan ilahi. Pertama kali aku menatapwajahnya, aku dapat rasakan suatu ketenangan yang sudah lama kucari. Aku ingin sekali jadikan beliau sebagai seorang ‘KAKAK’ dalam hidupku. Aku sendiri tidak mengerti mengapa begitu tinggi sekali anggapanku terhadap dirinya,sedangkan baru sekali aku bersua muka dengannya. Aku sentiasa mencari masa yang sesuai untuk menegurnya di kolej. Tapi diriku tidak yakin untuk berbuat demikian. Aku takut, benar-benar takut kerana tidak mahu peristiwa silam berulang kembali. Sebelum ini, aku memang pernah rapat dengan seseorang sehingga kakak menjadi gelaran buatnya. Tapi entah macam mana, gelaran itu hanya buat seketika sahaja. Mungkin kerana tiada sefahaman antara kami. Sehingga kini aku tidak pasti ke mana koordinasi insan itu. Ah, cerita lama buat apa hendak diungkit kembali!
Tiap kali aku bertembung dikolej, hati ini seolah-olah mendesak untuk bertemu
dengannya. Lidah bagai ada sesuatu ingin diungkapkan. Tapi aku takut bila bertemu
lidahku kelu, diam seribu bahasa. Selepas dua bulan di kolej, aku baru berani meminta
nombor telefonnya. Aku mula menghantar mesej kepadanya. Walaupun jarang sekali
beliau membalas. Kawanku mula memerli. Kata mereka aku ‘syok sendiri’. Ada juga
yang cakap ‘orang lain admire lelaki, dia admire perempuan. Datang sini cari
boyfriendlah bukan cari AWEK.’ Lantaklah, aku kisah apa! Namun aku masih ingat lagi kata-kata yang meluncur keluar dari mulut Fitri, ‘tidak semestinya cinta yang kita beri akan dibalas kembali’ Cuti semester bermula. Kawan-kawanku semua sudah pulang ke rumah. Aku balik agak lewat memandangkan ayah menempah tiket kapal terbang lambat. Beliau mengajakku ke rumahnya lantaran rakan serumah beliau pulang ke kolej esok. Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaanku pada waktu itu. Inilah masa yang aku nanti-nantikan. Sepanjang malam kami berborak kosong sehingga tidak perasan waktu subuh hampir tiba.. Di rumah, fikiranku masih melayang-layang teringatkan beliau. Aku mencapaitelefon bimbit NOKIA 6030ku lantas menghantar mesej kepadanya. Aku tekad untuk memberitahu niatku untuk menjadikannya sebagai kakak angkatku. Aku tidak
menyangka pula beliau boleh menerimaku. Aku yakin, beliau pasti terpinga-pinga dengan
kehadiran hidupku. Insan asing yang tidak pernah beliau kenali sebelum ini. Yeah, cerita menarik nak bagitau kawan-kawan ni. Aku nak buktikan pada mereka yang aku ni bukanlah syok sendiri. Kini aku sudah berani hendak memanggilnya KAKAK. Cepat benar masa berlalu. Hampir tiga bulan juga perkenalan kami. Peperiksaan AS Level bermula. Sehari sebelum kertas Fizik, aku telah menguris hati Kakak. Aku menuduhnya bukan-bukan tanpa sebab yang munasabah. Aku tidak dapat memaafkan diriku kerana aku tahu aku telah mengganggu perasaannya hendak menghadapi peperiksaan. Aku bertindak tanpa berfikir dengan waras. Kakak pasti terkilan dengan perbuatanku. Namun Kakak masih boleh lagi memaafkan diriku. Kakak memang seorang yang pemaaf. Adeq minta maaf Kakak.
Keesokkan harinya aku cuba menelefon Kakak tapi gagal. Hatiku tidak keruan.
Sebelum ini kawan-kawannya pernah cakap juga kepadaku, Kakak selalu sakit. Perasaan
risau mula menerpa. Aku ambil keputusan untuk ke rumahnya. Tepat jangkaanku Kakak
terbaring diatas katil. Aku tidak tahu hendak buat apa. Kakak kata ni biasalah. ‘Kita kena sabar. SICKNESS IS PLEASANT REMINDER FROM ALLAH’ Itu sajalah yang sering
diulang-ulang. Aku hanya mampu mendiamkan diri. Kakak memang benar-benar seorang
yang penyabar. ‘Mesti sebab Adeq.. Kakak jadi macam nikan,’ getus hatiku.
Hari demi hari, perhubungan kami semakin erat. Kata kawan-kawan kami seperti
belangkas. Kemana-mana saja pasti berdua, di café, perpustakaan mahupun surau.
Kesimpulannya disetiap sudut dikawasan kolej kami pasti bersama kecuali di dalam
kelas. Itu memang tidak dapat dinafikan kerana Kakak pelajar 2 tahun A’ Level
sedangkan aku pelajar 1 tahun. Dimana ada aku disitu, ada Kakak.
Aku amat menyayanginya seperti kakak kandungku sendiri. Tikaku sakit
Kakaklah yang menjaga diriku, tikaku sedih Kakaklah yang memberi senyuman kembali
dan tikaku hilang semangat kakaklah pembakarnya. Padaku, kakaklah penawar duka,
pengubat hati yang sedang resah kecewa dan tika malam Kakaklah pembawa cahaya.
Aku ingat lagi ketika aku jatuh sakit, Kakaklah yang berusaha membawaku ke hospital.
Kakak menemanku sepanjang malam meskipun beliau amat sibuk dengan tugasan di
kolej. Aku amat bersyukur kepada ilahi kerana telah mengurniakan Kakak kepadaku.
Insan yang banyak memberiku NUR dalam kehidupan, banyak mengingatkanku tidak
kira urusan dunia ataupun akhirat. Aku menceritakan tentang kehadiran kakak dalam hidupku kepada ibu. Ibu ingin sekali bertemu dengan insan yang banyak memberi perubahan dalam hidupku. Aku mengajak Kakak pulang ke rumah. Malam tu kakak memberitahu segala-galanya. Kakak menghidapi Thalaesemia. Aku diam seribu bahasa. Patut pun kakak kelihatan pucat. Akubertekad, selagi aku mampu menjaganya selagi itu aku akan berada disisinya setiap waktu. Inilah caranya hendak membalas budi kakak.
Masa berlalu dengan begitu pantas. Peperiksaan A’Level hampir tiba. Ini
bermakna ada sebulan lagi Kakak akan berada disisiku. Aku belajar bersama di
perpustakaan dan setiap kali tamat belajar kami akan ke belakang blok, tengok bulan.
Kakak tanya kenapa aku suka tengok bulan? Bagiku Kakak umpama bulan sentiasa
menerangi hidupku yang dalam kegelapan. Walaupun dirinya tidak kelihatan namun aku
yakin bulan tetap disana. Begitu juga dengan Kakak, meskipun aku akan berpisah
dengannya tidak lama lagi, tapi aku pasti Kakak sentiasa ada dekat, dekat di hatiku.
Seminggu sebelum peperiksaan Fizik, kakak jatuh sakit. Air matanya berlinangan kerana tidak dapat belajar. Aku takkan benarkan mutiara jernih kakak menitis. Aku cuba yang terbaik untuk membuat kakak lebih bersemangat. Fikiranku melayang kepada satu peristiwa sebelum ini. ‘ Kakak, makanlah ubat’ ‘ Apa adeq boleh jamin if kakak makan ubat ni. Kakak boleh sembuh? Adeq akan sayang kakak selama-lamanya. Adeq,since kecil kakak makan ubat tapis till macam ni.’ Air mataku tidak dapat dibendung lagi. Mengalir pantas umpama rantai mutiara terputus talinya. Kata-kata yang meluncur dari mulut Kakak membuat aku terkesima.Namun kakak tetap tabah menghadapi ujian yang Maha Esa. Aku amat kagum dengandirinya. Kali ini, aku tidak akan mengecewakan kakak. ‘Adeq harap apa yang Adeq lakukan dapat memberi keyakinan dan semangat kepada Kakak’. Alhamdulillah, kakak nampak lebih ceria pada hari berikutnya. Aku bersyukur kepada Allah yang berkuasa untuk memberi dan menyembuhkan kembali.
Sebulan rasanya bagaikan sehari, sehari umpama sejam, sejam seperti seminit dan
seminit bagai sesaat. Cepat benar masa berlalu. Kertas terakhir peperiksaan pun tamat. Menghitung masa berpisah dengan kakak. Tinggal 24 jam lagi. Hari ni kami
menghabiskan waktu bersama keluar windows hopping di The Mines Shopping Complex.
Seronok ada, pilu pun ada. Apa taknya, kali terakhir keluar dangan kakak.
Dan hari ini merupakan hari terakhir aku dengan kakak. Hiba sungguh rasa dihati.
Lepas ni sudah tiada tempatku mengadu, tiada siapa mampu mengukir senyuman ceria
pada wajahku dan mengesat air mataku jika aku menangis. Ayah Kakak menghantarku ke
Terminal LCC. Aku akan pulang ke Pulau Pinang dan kakak pulang ke Shah Alam.
Malam tu kami chatting. Tak sangka jika pagi tadi aku dapat berborak dan menatap
wajahnya tapi malam ni aku hanya mampu berborak melalui tulisan. Aku amat merindui
suara dan gelak tawa kakak yang lembut itu. Aku sangat merindui cerita jenaka dan kata-kata hikmah dari kakak. Kata-katanya masih terngiang-ngiang di telingaku, ‘ADEQ
MESTI SABAR. Kita berpisah secara zahir tetapi bukan dihati. Berpisah kerana Allah.
Ada rezeki kita bertemu lagi.’Kakak.. Adeq rindu sangat kakak. Kalau boleh Adeq nak tukar universiti dan masuk sama dengan kakak. Kakak, mungkinkah memori kita selama ini akan berulang kembali? Kakak imbaslah kenangan semalam agar jadi azimat penguat semangat menempuh masa hadapan. Harapan Adeq kakak akan bahagia selalu. Percayalah, Adeq sentiasa disisi kakak walau dimana kakak berada.‘Ya Allah, Engkau lindungilah Kakakku, walau di mana jua beliau berada.Semoga kami berdua sama-sama berjaya dalam bidang ini dan seterusnya menjadi seorang pakar perubatan yang berguna kepada agama dan masyarakat. Insya Allah. Semoga Allah memberkati hidupmu, KAKAK.