Selasa, 21 Disember 2010

Jangan Hampakan Orang yang Sayang Kita...

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
    hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
     menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu
    merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain
    lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
    berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
    untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
     sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
     bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
    pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
    tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
    ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon
      untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
      mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
      baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
      Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran
       yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
       di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
      mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika
      kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
      bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
      mana permintaan mu.


20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
      dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
      dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
      kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak
      pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
      mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
      kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta

Harapan....

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan

Sahabat Baik ku....


Namanya Nurul Izyanni Binti Yahya.... sahabat yang aku kenal sejak dari sekolah rendah lagi... suka duka banyak yang aku kongsi dengan dia... saat susah senangku dia selalu ada... tatkala aku gembira dia kongsi bersamaku dengan gelak tawa... tatkala aku dalam kesedihan dia bersama dengan aku dengan harunginya.. dialah sahabatku... dia jua yang mengajar aku erti persahabatan yang sejati... 
Banyak kenangan antara kami... kini dia dah berjaya, dia berjaya ke menara gading.. tak seperti aku...  namun yang demikian aku x mahu mengalah. aku pastikan ikut jejak langkah dia. aku pasti mampu duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan dia...
Nurul... terima kasih menjadi sahabat yang baik untuk aku... terima kasih atas dorongan kau hingga aku berada di tempat aku sekarang. janji aku ... akan aku tamatkan pengajian ini dengan jayanya.. doakan aku berjaya sepertimana kau kini... aku sayang kau shabatku....

Dulu....Cikguku, Kini........






Inilah Suriyati Binti Hussin, merupakan jurulatih PLKN aku di Kem Pinggiran Pelangi Muadzam Shah , Pahang. aku pelatihnya dari kumpulan 1 siri 4 tahun 2007 ... hingga kini aku masih berhubung dengannya, kira 4 tahun dah berlalu.... tapi itu semuanya dulu.. dulu dia jurulatih juga cikgu bagi aku tapi kini... lebih kepada hubungan kekeluargaan. aku ngan dia kini kami lebih membiasakan diri dengan gelaran akak dan adik... bahagianya aku saat dia menyatakan " kalau boleh pasni tak payah panggil cikgu, panggil akk je ".... Syukur Alhamdulillah... suka sangat aku time tu hanya tuhan saja yang tahu. ianya berlaku hanya kerana aku kecewa dengan seseorang yang amat aku sayang di kem dl... apa pun yang berlalu biarkan berlalu.. kata akak.. "jangan berdendam sayang. tentang hal dia akak x mau dengar lagi hal remeh temeh jadi besar"... sejak itu ku biarkan saja semua yang terjadi...
kini kau jauh darinya... dia jua jauh dari keluarganya.. kini dia telah bergelar pendidik yang berjaya. moga usahanya untuk mendidik anak bangsa berjaya , berhasil. dia pasti berjaya!!!. kerana aku thu sapa dia.
best sangat bila ada yang sayang kita... tapi aku hanya menumpang kasih dari dia... kejamnya aku kerana mengambil kasih sayang yang sebaiknya hanya adik 2 kandungnya perolehinya... kejamnya aku kerana cemburukan dia atas kehadiran adik2 angkat dia yang lain.... tapi.. aku sayang dia!!!! salah ke??? hanya pada dia juga keluarga dia aku tumpang kebahagiaan... Ya Allah, sesungguhnya aku telah banyak melukai hati dia... aku tak layak mendapatkan dia juga keluarganya sepanjang pejalanan kamus hidup ku...






sewaktu akak pratikal kat Bentong





kenangan rumah lame.. aku rindui suasana itu....





nilah yang ku sayang...





tanpa dia sapa aku .. pastinya aku sekarang hanya orang jalanan...





kini dia jauh dariku demi anak bangsanya.....






aku kan selalu rindu dia......






segalanya tentang dia.....