Ahad, 5 Januari 2014

KELAS PEMASARAN 8- PROMOSI

Definisi Promosi

“Aktiviti-aktiviti yang memberitahu kebaikan produk dan memujuk pelanggan sasaran untuk membelinya.” Kotler

Objektif Promosi

i. Menyampaikan Maklumat
Promosi memperkenalkan barangan atau perkhidmatan baru kepada orang ramai. Promosi juga memberi penerangan tentang jenis barangan serta tempat mendapatkan barangan tersebut .Aktiviti promosi seperti pengiklanan tv dan katalog dilakukan untuk menyampaikan maklumat.

ii. Meningkatkan Jualan
Promosi dapat menarik minat pengguna untuk membeli barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan .Memujuk serta mempengaruhi mereka membeli dan menggunakan barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan di pasaran Promosi yang berkesan akan menyumbangkan peningkatan kuantiti jualan barangan atau perkhidmatan seterusnya meningkatkan keuntungan syarikat . Di mana pengguna akan terus membeli dan setia menggunakannya.

iii. Menstabilkan Jualan
Promosi digunakan untuk menarik minat pelanggan supaya membeli produk yang dijual terutama pada masa atau musim perniagaan lembab.Aktiviti promosi tertumpu kepada membuat tawaran tertentu bagi menggalakkan pembelian.Seperti tawaran potongan harga, jualan murah dll.

iv. Memposisikan Produk
Promosi memainkan peranan yang penting untuk menyedarkan kepada pelanggan tentang kewujudan produk di pasaran. Menonjolkan sesuatu ciri yang berlainan, unik dan istimewa tentang produk tersebut supaya ia dapat menimbulkan suatu imej yang baik, dan menarik minat pengguna. Pemposisian dapat mengekalkan produk diminda pengguna dan menjadikan pengguna yang setia

v. Membina imej
Promosi yang berkesan dapat melariskan jualan barangan dan perkhidmatan.Seterusnya memberikan imej yang baik kepada produk dan pengeluarnya.

Paduan Promosi

a.Definisi Paduan Promosi
Ialah gabungan alat-alat promosi seperti pengiklanan, jualan peribadi, promosi jualan, pemasaran langsung dan perhubungan awam yang digunakan oleh syarikat dalam melaksanakan objektif promosi dan pemasaran.

b.Jenis-jenis Paduan Promosi
1. Pengiklanan
2. Jualan Peribadi
3. Promosi Jualan
4. Pemasaran Langsung
5. Perhubungan Awam
6. Pengiklanan

Pengiklanan didefinisikan sebagai sebarang bentuk persembahan atau komunikasi berbayar, bersifat tidak peribadi, yang ditujukan kepada kumpulan sasaran dengan tujuan untuk mempromosi, memperkenal dan meningkatkan atau melariskan jualan sesuatu produk , perkhidmatan ataupun idea oleh penaja yang dikenalpasti.

a. Bentuk-Bentuk Pengiklanan

i. Pengiklanan Produk
Suatu bentuk komunikasi yang bukan peribadi dan berbayar yang ditujukan kepada pihak-pihak tertentu melalui media massa bercetak atau elektronik untuk meningkatkan permintaan terhadap sesuatu produk.
Digunakan untuk menyampaikan maklumat tentang produk yang dijual, memujuk dan mengingatkan sasaran pasaran mereka tentang kebaikan produk yang dimaksudkan

ii. Pengiklanan institusi
Suatu bentuk komunikasi yang bertujuan mempengaruhi tingkah laku pengguna untuk menerima sesebuah syarikat atau industri itu sebagai jiran yang baik dan memberi faedah kepada pengguna. Contohnya Petronas & Shell membuat kempen tentang keselamatan jalanraya. Dalam iklannya bukan sahaja mengingatkan orang ramai tentang perlunya berhati-hati ketika di jalanraya tetapi juga tentang kebersihan alam sekitar.
Menerusi corak pengiklanan institusi ini, syarikat bukan sahaja dapat membina semangat kemasyarakatan yang baik tetapi juga boleh meningkatkan jualan.

b. Media Pengiklanan

Merupakan alat atau saluran pengiklanan yang biasanya menggunakan media massa iaitu media cetak dan media elektronik.

C. Media Cetak

i. Suratkhabar
Digunakan secara meluas oleh firma-firma perniagaan.Memberi liputan kepada sasaran pasaran mengikut kehendak dan perancangan pemasar.Terbahagi kepada 3 jenis (iklan kecil, iklan muka surat dan iklan ruangan)

ii. Majalah
Media yang paling sesuai untuk mengiklankan barangan dan perkhidmatan yang ingin ditujukan kepada kumpulan pengguna yang tertentu.Contoh: Majalah WANITA sesuai untuk mengiklankan barangan dan perkhidmatan untuk wanita.Setiap majalah dalam pasaran mempunyai kumpulan sasar yang tersendiri.
Bayaran iklan bergantung kepada
- saiz dan bentuk ruangan ,
- saiz muka surat ,
- penggunaan warna,
- kedudukan ruang iklan dan
- saluran pengedaran media

iii. Pos Langsung/Mel Langsung
Iklan melalui pos langsung disampaikan dalam bentuk risalah, katalog surat atau sampel kepada bakal pelanggan melalui pos.Iklan jenis ini adalah sesuai untuk menjual produk kepada kumpulan tertentu sahaja.Kaedah ini berkesan bergantung kepada kecekapan penghantaran bahan maklumat,ketepatan sasaran sasaran pasaran. -Cth, Avon mengepos katalog syarikat ke rumah pelanggan

iv. Peragaan Luaran
Pengiklanan yang menggunakan medium dalam bentuk papan iklan, poster, iklan-iklan di bas dan teksi serta “skywriting”.Cth, Ikea memasang belon gergasi dengan nama syarikatnya

D. Media Elektronik

i. Televisyen
Iklan di televisyen disampaikan melalui penglihatan dan pendengaran dengan unsur- unsur kreativiti yang tinggi, penuh aksi, berwarna-warni dan menarik.
Iklan di televisyen diselitkan di antara rancangan untuk menarik perhatian penonton.
Pengiklan juga boleh menaja sesuatu rancangan televisyen.

ii. Radio
Radio menyampaikan iklan menerusi suara dan bunyi.
Iklan di radio diselitkan di antara rancangan untuk menarik perhatian pendengar.
Disesuaikan dengan keperluan tempatan,budaya setempat.
Cth, iklan untuk produk-produk IKS di stesen radio tempatan


Jualan Peribadi

“Persembahan peribadi oleh tenaga jualan firma untuk tujuan untuk membuat jualan serta membina hubungan pelanggan” (Kotler)

atau

Usaha peribadi untuk mempengaruhi dan memujuk pelanggan yang mempunyai prospektif untuk membeli sesuatu produk.

v Melibatkan:
- layanan jurujual di kedai
- lawatan penjual ke rumah / syarikat
v Kebaikan: pengguna dapat maklumat dengan jelas, boleh mencuba dan memberi maklumbalas segera.
v Contoh: layanan jurujual di pasaraya, syarikat insurans, broker tanah dan broker saham.
v Ciri-ciri produk : Produk beli belah
Barang-barang industri
Barang mewah


Promosi Jualan

Definisi

Merujuk kepada penawaran insentif jangka pendek untuk menggalakkan pembelian atau jualan produk.

Alat-alat promosi jualan

i. Kupon – berupa sekeping kertas yang diberi terus atau dari surat khabar atau majalah yang memberikan sesuatu penjimatan kepada pengguna.
ii. Rebat/Tawaran pulangan tunai – satu baucer dalam bentuk pengurangan harga jualan yang diberi kepada pembeli yang menunjukkan bukti pembelian sesuatu produk untuk menggalakkan pembelian. Cth, pembelian komputer Dell dapat rebat tunai RM100
iii. Sampel – pek percubaan yang diedarkan kepada pengguna semasa jualan pengenalan sesuatu produk bagi menarik pengguna membeli selepas mencuba atau minman percuma ditempat jualan pengenalan.
iv. Hadiah – Satu barangan sampingan yang diberikan secara percuma apabila membeli sesuatu produk
v. Pemberian mata atas pembelian – Pemberian mata ganjaran kesetiaan dan boleh ditukar kepada barangan apabila mencapai mata tertentu
vi. Diskaun jualan - Harga tawaran yang lebih rendah dari harga asal.
vii. Peraduan – Pengguna bersaing untuk mendapatkan hadiah yang ditawarkan untuk menumbulkan minat pengguna terhadap produk.
viii. Premium – barangan yang ditawarkan secara percuma atau harga rendah sebagai insentif untuk membeli

Tujuan promosi jualan:
• Meningkatkan jualan jangka pendek
• Membantu membina syer pasaran jangka panjang
• Meningkatkan kesedaran jenama
• Membentuk jualan tanpa dirancang
• Menggalakkan pengguna mencuba produk baru
• Menggalakkan belian ulangan
• Memberi pilihan yang banyak kepada pengguna.
• Memberi ganjaran kepada pengguna setia


Pemasaran Langsung

Merupakan komunikasi secara langsung dengan pengguna individu yang telah disasarkan dengan teliti untuk memperolehi respon segera.Ia membenarkan pemasar memfokus secara berkesan ke atas sub pasaran dengan menawarkan keluaran yang seragam yang memenuhi keperluan segmen pasaran dengan lebih baik .Mewujudkan hubungan baik dan berterusan dengan pelanggan.

Bentuk-bentuk komunikasi pemasaran langsung:
i. Jualan bersemuka
ii. Pemasaran mel langsung
iii. Pemasaran katalog
iv. Pemasaran-tele
v. Pemasaran televisyen respon langsung (DRTV)
vi. Pemasaran kiosk
vii. Pemasaran atas-talian (online)


Perhubungan Awam

Merujuk kepada membina hubungan baik dengan pelbagai pihak awam syarikat dengan mewujudkan publisiti serta imej korporat yang baik dan menangani sebarang khabar angin, cerita serta peristiwa yang tidak baik.

Tujuan :
- Mendapat publisiti yang sihat / positif ,
- Membina imej korporat yang berprestij
- Menghapuskan khabar angin

Jenis:

i. Hubungan akhbar/wakil akhbar – Mencipta dan menempatkan maklumat berharga dalam media berita untuk menarik perhatian pada seseorang dan produk

ii. Publisiti produk – Memberi publisiti kepada sesuatu produk spesifik

iii. Perhubungan awam – Membina dan mengekalkan hubungan nasional serta komuniti tempatan

iv. Lobi – Membina dan mengekalkan hubungan dengan pihak pegawai perundangan dan kerajaan untuk mempengaruhi undang-undang dan peraturan

v. Hubungan pelabur – Membina dan mengekalkan hubungan dengan pemegang saham dll dalam komuniti kewangan


Strategi Promosi

a. Strategi Tarik

“Aktiviti promosi yang dilakukan oleh pengeluar secara besar-besaran dengan memfokuskan kepada pengguna akhir untuk menghasilkan permintaan yang tinggi.”

Kaedah promosi di gunakan adalah pengiklanan dan promosi jualan yang dijalankan secara secara agresif. Pengeluar mengharapkan pembeli akan pergi sendiri ke kedai untuk dapatkan produk .


b. Strategi Tolak

“Aktiviti promosi yang dilakukan oleh pengeluar dengan menggunakan ahli saluran pengedaran sendiri iaitu pemborong dan peruncit sebagai pengedar untuk mempromosikan produk tersebut kepada pengguna” .
Pengeluar memberikan diskaun niaga, komisen dan kemudahan kredit kepada mereka dengan harapan pemborong dan peruncit akan membantu menolak/ memperkenalkan produknya ke dalam pasaran .
Strategi ini akan mengurangkan kos kerana pengedar bantu mempromosikan produk secara jualan peribadi

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kepentingan paduan promosi tade eh ?