Ahad, 12 Januari 2014

Perempuan Yang Tak Boleh Dijadikan Isteri

Sifat Perempuan Yang Tak Boleh Dijadikan Isteri!


Pernah tak anda terfikir apakah sifat perempuan yang tidak sepatutnya dijadikan isteri?
Pasti perkara pertama yang melintas di minda kita adalah perempuan yang mata duitan dan kaki pengikis duit lelaki.

Di sini kita kongsikan 6 sifat jijik wanita yang tidak wajar dijadikan isteri!
Perempuan tak boleh jadi isteri
Sifat PerempuanYang Tak Boleh Dijadikan Isteri!

Get RM20 off RM100 with ecoupon (code:W3ECLB) on Tesco Online now!

Ciri ciri wanita derhaka
1. Al -Anaanah:
banyak keluh kesah. Yg selalu merasa tak cukup, apa yg diberi semua tak cukup. diberi rumah tak cukup, diberi motor tak cukup, diberi mobil tak cukup, dll. Tak redha dg pembelaan dan aturan yg diberi suami. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia saja, tanpa memperhatikan perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yg suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yg tak cukup.

2. Al-Manaanah:
suka mengungkit. Kalau suami melakukan hal yg dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. sangat senang hendak membicarakan suami: tak ingat budi, tak bertanggungjawab, tak sayang dan macam-macam. Padahal suami sudah memberi perlindungan macam2 padanya.

3. Al -Hunaanah:
ingin pada suami yg lain atau berkenan kpd lelaki yg lain. sangat suka membanding-bandingkan suaminya dg suami/lelaki lain. Tak redha dg suami yg ada.

4. Al- Hudaaqah:
suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukan. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dg berbagai ancaman: ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami, dll. Suami dibuat seperti budaknya, bukan sebagai pemimpinnya. Yg dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.

5. Al -Hulaaqah:
sibuk bersolek atau tidur atau santai2 dll hingga lalai dg ibadah-ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dg anak2, dll.

6. As-Salaaqah:
banyak berbicara, menggosip. Siang malam, pagi petang asik menggosip terus. Apa saja yg suami kerjakan selalu tidak benar dimatanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan saja berbicara di depan suami, tapi dg telfon, SMS, internet, BBM dan macam2 cara yang lain. Yg jelas isteri tu asyik menyusahkan suami dg kata2nya yg menyakitkan.
Mari sama-sama muhasabah diri dan melatih diri agar menjadi seseorang yang terbaik untuk seseorang yang kita kasihi dan cintai di hari muka kelak.

JOB DIRUMAH!!!!

Kerja Di Rumah
Gaji RM1500 - RM2500 sebulan.

Data Entry, Admin Support, Virtual Assistant, Typist, Translator, Customer Support, Web Research, Proof Reader, Writers, Copywriters dan lain².

Berminat, sila layari:


Bagaimana Job Di Rumah berfungsi?

Secara mudahnya, terdapat dua cara bagaimana kita boleh menjana wang melalui program
ini.

1)Mempromosikan program Jobdirumah kepada pengguna-pengguna lain terutamanya kepada mereka-mereka yang berminat untuk menjana pendapatan secara online.Caranya dengan mendaftar untuk menjadi ahli kepada program ini secara percuma disini -->>
.

2)Melakukan kerja-kerja yang terdapat di dalam program .Untuk bermula, anda dikehendaki untuk membayar bayaran pendaftaran sebanyak RM50.00 (sekali bayaran sahaja untuk semur hidup). Setelah itu anda akan diberi panduan bagaimana hendak menjadi freelencer tugasan online dengan gaji yang lumayan dan paling penting 'anda dibayar'.


Pendaftaran hanya RM50 sekali seumur hidup, selepas itu pihak jobdirumah akan memberikan email,Video tutorial cara membuat permohonan kerja, Maklumat asas perkara yang perlu di sediakan sebelum membuat permohonan kerja yang ditawarkan. Anda boleh memilih kerja yang anda nak buat dan bayaran kepada anda akan dibayar dalam USD.

Antara Syarat Kelayakan Jobdirumah:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Daripada hasil pembacaan di internet, didapati ramai yang telah berjaya menjana wang yang lumayan dengan program
ini.

Walaupun begitu, seperti juga kebanyakan pekerjaan atau program mencari duit yang lain, untuk berjaya anda perlu rajin berusaha, fokus dengan kerja dan memberikan komitmen yang tinggi di dalam setiap kerja yang dilakukan.


Jadi, kalau anda mahu mendapat peluang untuk mendapatkan kerja sampingan atau sambilan secara online dengan mudah, boleh daftar di Jobdirumah.com. Ada banyak tawaran kerja yang boleh anda mohon setiap hari, malah setiap jam. Tidak perlu buang masa lagi untuk mencari peluang kerja sampingan di akhbar atau media lain. Pilihan di tangan anda, pilihan kerja juga di tangan anda.

Bayangkan kalau anda mencari kerja secara manual, berapa modal anda perlu keluar untuk setiap surat permohonan dan kos interview yang perlu anda keluarkan untuk mendapatkan kerja tersebut. Melalui segalanya akan disediakan dengan lebih mudah dengan kos yang lebih murah.

Teringin? Boleh daftar di sini ->> https://www.jobdirumah.com/tiramisu89

Semoga anda berjaya!!!

Kerana ego sy menyesal...

Awk...status ni khas
utk awk...Tp awk dh xde
dlm hdup sy...Hrap awk bca ye..

Ni kisah kite...Awk ingt lg x, mse
kite mula2 knal..Sy lyn awk dgn baik..
Awk pn lyn sy dgn baik...Mesranya
kite mse tu kn..

Sy dh buat awk jtuh hti pd sy..Dan
awk trlalu sygkan sy..Sy pn syg kt awk jgk...

Tp.......sy..Sy abaikan awk.. Sy ego..
Sy buta utk mlihat ktulusn awk..
Sy lukai prasaan awk..

Sy byk tipu awk..Sy sbuk
lyn org lain..Shinggakn
awk mnangis krn sy..Kejamnya sy..
Sy x pedulikn awk..

Sy slalu wt salah..Bila
awk marah, sy salahkn
awk blk..Sy buat x endah je kt awk..
Sy tau awk tluka..


Awk korbankn sgalanya utk sy..
Buat mcm2 utk2 sy..Awk rela sdih
aslkn sy bhgia..Butanya hati sy
sbb x hrgai awk..

Tp pd satu hari tu, sy rase sunyi
je..Mna awk pergi? Sy cari awk
tau..Call brkli2 awk x angkat..Sms
sy pn awk x rply...

Kosong hdup sy tnpa awk..
Slalunya stiap pg, stiap mlm,
awk msti msej sy..Sy rndu sms awk
(good morning syg, good nite dear)..
Tp skrg dh x ad msej awk tu..

Tiba2 awk call sy..Gmbira bila tgk
nmbor awk..Sy angkat call dgn hati
yg sgt bahagia..

Dgn scara tiba2 awk minta maaf
pd sy.. Awk ckp awk dh x dpt
kmbli bsama sy lg..Awk dh ade
org lain...

Awk ckp awk dh jmpa org lain mse sy abaikn
awk dulu..Btapa hncurnya hati sy dgr
smua pnjelasn awk...

Sjak hari tu, sy x dpt
trima knyataan yg awk dh
jd milik org lain..Awk!! Kmbalila!
Sy nk ckp kt awk yg sy cntakn
awk sgt!

khilangn awk buat sy sdar yg
sy sbnarnya sygkn awk..
Sy mnyesal sbb sia2kn awk
dlu..Ni lh balasn utk sy krn tlalu
ego.

"Ingtlah..Jgnlh trlalu ego &
pntingkn diri sndri shingga
mnyebbkn org yg pling brharga
dlm hdup kita..Jgn smpai kita
mnyesal x ade ksudahn...Hrgailh
org yg syg pd kita, psti kita bhgia
kelak..."

Ahad, 5 Januari 2014

KELAS PEMASARAN 11- KAWALAN

1. DEFINISI KAWALAN

Proses memantau prestasi dan pengambilan tindakan untuk memastikan hasil tercapai seperti yang dijangkakan. atau

Proses untuk menentukan atau menjamin supaya kegiatan organisasi terarah kepada pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.


2. KEPENTINGAN KAWALAN DALAM ORGANISASI
Bagi memastikan objektif tercapai
Untuk mengukur prestasi pengurus dan pekerja
Organisasi mempunyai kelebihan bersaing
Sebagai pengukur prestasi perniagaan dengan melihat kepada piawai/standard yang telah ditetapkan
Sebagai satu jaminan kualiti produk dengan mengawasi, memeriksa dan meningkatkan mutu kawalan.
Mengenalpasti peluang dan ancaman terutamanya dalam bidang persekitaran luaran seperti persaingan, perubahan teknologi, politik dan undang-undang, ekonomi, dan lain-lain.
Bersedia menghadapi perubahan.
• Organisasi sentiasa berdepan dengan persekitaran yang dinamik (sentiasa berubah)
• Organisasi perlu bersedia dan peka dengan perubahan yang akan berlaku terutamanya apabila ia melibatkan perubahan citarasa dan keperluan pengguna


3. JENIS JENIS KAWALAN
• Kawalan awalan
• Kawalan semasa
• Kawalan selepas

Kawalan awalan
• DEFINISI : Merupakan kawalan yang dibuat terhadap input untuk memastikan input yang digunakan semasa proses transformasi telah memenuhi standard (piawaian) yang tertentu.
• Input yang perlu dikawal mutu dan standardnya adalah seperti tenaga kerja, bahan mentah dan mesin.
• Input perlu dipastikan mutunya untuk mengelakkan berlakunya kerosakan atau kecacatan yang serius kepada proses transformasi dan juga kepada output yang dihasilkan.

Kawalan semasa
• DEFINISI : Merupakan kawalan yang dilakukan semasa (serentak) proses tranformasi input kepada output berlaku.
• Ia melibatkan kawalan ke atas aktiviti yang dilakukan untuk mengubah input kepada output agar mematuhi standard yang telah ditetapkan oleh organisasi.
• Pengurus perlu kenalpasti masalah-masalah yang timbul semasa aktiviti transformasi yang boleh memberi kesan kepada aktiviti akhir pengeluaran.

Kawalan selepas
• DEFINISI : Kawalan akhir merupakan kawalan terhadap output yang dihasilkan
• Dilakukan untuk memastikan bahawa output yang dihasilkan telah memenuhi standard yang telah ditetapkan oleh organisasi.
• Sebarang kesilapan yang berlaku atau yang tidak memenuhi standard yang ditetapkan boleh dikenalpasti untuk dibuat pembetulan.


4. PROSES KAWALAN

Definisi proses kawalan

Langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengawal yang melibatkan penetapan piawai,
mengukur prestasi sebenar, membuat perbandingan antara prestasi dan piawai dan melakukan tindakan pembaikan supaya objektif yang dirancang tercapai.


i. Menetapkan piawai/standard
• Proses kawalan bermula dengan membentuk objektif dan standard yang ingin dicapai.
• Ia merujuk kepada perancangan dan rancangan yang hendak dilaksanakan itu perlu mengandungi standard tertentu.
• Standard yang hendak dicapai ini perlulah ditetapkan dengan jelas dan boleh diukur.

ii. Mengukur prestasi semasa

Pengurus akan mengukur pencapaian sebenar. Sebelum mengukur beberapa perkara perlu dikenalpasti
Antaranya ialah:
• Aktiviti yang ingin dinilai
• Bagaimana proses penilaian akan dilakukan
• Kekerapan penilaian dilakukan

iii. Membuat perbandingan antara piawaian dan prestasi sebenar

Pengurus perlu membuat perbandingan di antara piawaian yang ditetapkan dengan prestasi sebenar yang dicapai.
Perbandingan ini dilakukan dengan tujuan untuk mengenalpasti perbezaan di antara maklumat yang telah dikumpulkan daripada penilaian prestasi sebenar dengan piawaian yang telah ditetapkan
Untuk membuat perbandingan, lazimnya pengurus akan bergantung kepada laporan yang diserahkan kepadanya oleh staf bawahan yang bertanggungjawab merekodkan hasil keputusan kemajuan prestasi sebenar.

iv. Tindakan pembetulan dan pembaikan

Proses ini dilakukan sekiranya terdapat penyimpangan (prestasi sebenar lebih rendah daripada piawaian yang telah ditetapkan)
Tindakan pembetulan /pembaikan dilakukan ke atas tahap-tahap operasi tertentu yang dikenalpasti menyebabkan penyimpangan
Jika didapati semua faktor yang dinilai tidak mencapai piawai, piawaian perlu diubahsuai – mungkin piawaian terlalu tinggi
Jika tiada penyimpangan, aktiviti akan diteruskan seperti biasa dan tindakan susulan akan dilaksanakan


5. ALAT-ALAT KAWALAN

a. BELANJAWAN
• DEFINISI – suatu penyata kuantitatif yang dinyatakan dalam nilai wang yang menghuraikan rancangan pihak pengurusan untuk mencapai objektif tertentu secara komprehensif dan terperinci untuk suatu tempoh yang ditetapkan di masa akan datang
• Contoh – Belanjawan induk, belanjawan tunai, belanjawan modal, kredit, pentadbiran, stok, induk dan lain-lain.
• Belanjawan digunakan untuk menjadi panduan dimana pihak pengurusan dapat mengawal perbelanjaan seperti yang ditetapkan.

Belanjawan tunai

Definisi
Belanjawan tunai adalah satu perancangan kewangan yang menganggarkan penerimaan tunai dan pembayaran tunai bagi suatu tempoh yang telah ditetapkan.
Daripada belanjawan ini, pengurus boleh membuat kawalan sumber kewangan supaya pengaliran tunai berlaku seperti yang dijangkakan.


b. CARTA GANTT

Definisi
Carta berbentuk bar yang menunjukkan susunan langkah-langkah/ aktiviti di dalam suatu projek dan masa yang diperuntukkan bagi menyelesaikan setiap langkah/aktiviti tersebut.
• Satu kaedah perancangan dan kawalan grafikyang membolehkan pengurus menentukan tarikh-tarikh bermula dan berakhirnya sesuatu aktiviti atau projek.
• Jadual keseluruhan dibentuk dengan menetapkan masa permulaan dan masa siap setiap kegiatan yang perlu disempurnakan mengikut turutan sehingga tamatnya projek berkenaan.
• Carta Gantt digunakan untuk mengawal atau memastikan aktiviti perniagaan dilaksanakan seperti masa yang ditetapkan.


Projek Mengubahsuai Bilik Darjah

A Dapatkan kelulusan kewangan(13/4—20/4)
B Alihkan kerusi dan meja keluar bilik(20/4—24/4)
C Beli jubin baru(20/4—11/5)
D Bawa kerusi dan meja ke bengkel perabut
(24/4—27/4)
E Keluarkan jubin lama dari bilik(24/4—8/4)
F Pasang jubin baru(11/5—25/5)
G Baik pulih kerusi dan meja(27/4—8/6)
H Masukkan kerusi meja ke kelas(8/6—12/6)
I Pasang kerusi dan meja(12/6—19/6)


c. CARTA PERT/CPM

• Definisi : Rajah yang menggunakan garisan bagi mewakili turutan aktiviti-aktiviti dan masa yang diperuntukkan di dalam menyiapkan sesuatu projek di mana melaluinya masa terpanjang (laluan genting) projek dapat disiapkan boleh diketahui.
• PERT/CPM menggunakan pendekatan grafik untuk menguruskan sesuatu projek.
• Alat atau teknik yang digunakan oleh pengurus untuk mengenalpasti dan mengawal tindakan berasingan yang dilakukan untuk menyiapkan sesuatu projek.
• Jaringan atau gambarajah menunjukkan hubungan serta turutan berlakunya setiap kegiatan-kegiatan dalam projek tersebut.

Contoh projek ialah untuk mengubahsuai kelas yang mengambil masa selama 9 ½ minggu .
Aktiviti untuk menyiapkan projek adalah seperti
Berikut:

A Dapatkan kelulusan kewangan(13/4—20/4)
B Alihkan kerusi dan meja keluar bilik(20/4— 24/4)
C Beli jubin baru(20/4—11/5)
D Bawa kerusi dan meja ke bengkel perabut
(24/4—27/4)
E Keluarkan jubin lama dari bilik(24/4—8/5)
F Pasang jubin baru(11/5—25/5)
G Baik pulih kerusi dan meja(27/4—8/6)
H Masukkan kerusi meja ke kelas(8/6—12/6)
I Pasang kerusi dan meja(12/6—19/6)


d. ANALISIS TITIK PULANG MODAL

Definisi
Analisis yang digunakan untuk mengkaji hubungan antara jualan (hasil) dengan kos untuk menentukan titik di mana jumlah jualan akan menyamai jumlah kos iaitu titik pulang modal.

Ia tercapai bila Jumlah Hasil= Jumlah Kos
Dengan ini firma akan mempastikan output yang dijual melebihi titik yang telah ditetapkan supaya memperolehi keuntungan.
TPM digunakan untuk menentukan unit minima yang patut dikeluarkan atau dijual untuk mendapat pulangan modal.


Contoh soalan

Apakah kuantiti pulang modal jika harga jualan seunit ialah RM 25, Kos Berubah seunit ialah RM 10 dan Kos Tetap seunit RM 150,000?

Jawapan:

TPM berlaku bila JH=JK
JH=P*Q, JK= KT +KB
PQ =150,000 +(KB *Q)
Q =150,000/25-10
Q =10,000 unit

Atau

KT/(h-KB) = 150,000/(25-10)
= 10,000 unit
JH = 25 x 10,000 = RM250,000

Produk X dijual pada harga RM 8 seunit, di mana firma pengeluarannya menanggung kos tetap sebanyak RM5000 sementara kos berubah seunitnya ialah RM 3.

Soalan:
a. Dengan menunjukkan jalan pengiraan, tentukan kuantiti pulang modal bagi produk X?
b. Berdasarkan jawapan dari a, lakarkan gambarajah untuk menunjukkan titik pulang modal yang berkenaan?

Penyelesaian:

TPM = KT
P – KB

= RM 5000
RM 8 – RM 3
Q = 1000 unit


Diberi kos berubah seunit ialah RM 8, harga ialah RM 15 dan Kos tetap ialah RM 100,000. Cari titik pulang modal?

TPM = KT
P – KB
= RM 100,000
RM 15 – RM 8

Q = 14,245.71

KELAS PEMASARAN 10-PRODUK

0.1 PENGENALAN PRODUK

Definisi Produk

— Produk merupakan apa sahaja yang ditawarkan kepada pasaran untuk perhatian, pemilikan atau penggunaan yang boleh memuaskan kehendak dan keperluan pembeli.
Cth, rumah, kerusi, kereta
— Servis merupakan suatu bentuk produk yang mengandungi aktiviti, kelebihan atau kepuasan yang ditawarkan untuk jualan tetapi berbentuk tidak ketara dan tidak menghasilkan pemilikan sesuatu.
Cth, perbankan, perundingan, perhotelan

KOMPONEN/PERINGKAT PRODUK

PRODUK TERAS

— Meliputi semua faedah yang ingin didapati daripada pembelian sesuatu produk .
— penyelesai masalah atau teras kebaikan yang sebenar dibeli oleh pengguna apabila mereka memperolehi produk/servis tersebut.
— Contoh: Mesin basuh – produk terasnya ialah boleh membasuh.
Kerusi – boleh duduk.

PRODUK KETARA

— Meliputi lima ciri yang digabungkan untuk membolehkan pembeli memanfaatkan produk teras.
— Ciri tersebut seperti: pembungkusan, jenama, rekabentuk, ciri-ciri dan kualiti.
— Pemasar mengolah idea produk teras supaya menjadi sesuatu yang ketara.
— Cth: Mesin basuh – automatik, jenama Toshiba, muatan 8kg

PRODUK SAMPINGAN

— Faedah- faedah tambahan yang diinginkan oleh pengguna seperti:
i. Jenama
ii. Layanan jurujual
iii. Perkhidmatan penghantaran
iv. Jaminan dan perkhidmatan selepas penghantaran.
Cth, Mesin basuh – penghantaran percuma, waranti 1 tahun


10.2 PADUAN PRODUK

Definisi Paduan Produk

Campuran keluaran yang terdiri daripada semua barisan dan item keluaran yang ditawarkan oleh seseorang penjual.

Definisi Barisan Produk

Kumpulan produk yang berkait rapat disebabkan fungsi yang hampir sama,dijual kepada kumpulan pelanggan yang sama dan dipasarkan melalui jenis saluran yang sama dan mempunyai harga dalam lingkungan tertentu.

ELEMEN-ELEMEN PADUAN PRODUK

Kelebaran paduan produk

— Bilangan lini produk yang dihasilkan oleh pengeluar untuk ditawarkan kepada pengguna.
— Campuran yang lebar menarik pelbagai segmen pasaran.
— Contoh: P&G mengeluarkan banyak barisan keluaran seperti kertas, makanan, barang pencuci rumah, ubat-ubatan.

Kepanjangan paduan produk

— Merujuk kepada jumlah item yang dibawa oleh syarikat di dalam lingkungan barisan keluarannya.
— Contoh:P&G menjual sebelas jenis sabun basuh, lapan sabun cuci tangan,enam jenis syampu dan empat sabun pencuci pinggan.

Kedalaman produk

— Merujuk kepada bilangan versi yang ditawarkan oleh setiap keluaran di dalam barisan.
— Pengkhususan terhadap sesuatu produk akan menjadikan sesebuah organisasi itu pakar dalam bidang produk berkenaan.
— Contoh: P&G mengeluarkan shampu Pantene dalam tiga saiz.

Ketekalan produk

— Darjah perkaitan antara lini keluaran dari segi pengguna akhir, saluran pengagihan, keperluan pengeluaran atau apa juga cara.
— Syarikat yang hanya mengeluarkan sejenis produk dikatakan mempunyai ketekalan tinggi.
— Contoh: P&G mengeluarkan keluaran pengguna yang disalurkan kepada saluran agihan yang sama.


10.3 PENGKELASAN PRODUK

Produk mudah beli

— Produk yang selalu dibeli
— Boleh diperolehi dengan segera dan dengan usaha yang paling minimum


3 jenis produk mudah beli:

Produk gerak hati – produk yang dibeli tanpa perancangan.
Contoh: gula-gula

Produk kecemasan – produk yang dibeli apabila keperluan mendesak.
Contoh: ubatan

Produk Asasi – produk yang dibeli berulang kali.
Contoh: beras

Produk istimewa

— Harga mahal
— Pembeli tidak membanding produk
— Dibeli sekali atau dua kali seumur hidup
— Perlu masa dan maklumat untuk membeli produk
— Dibeli kerana kualiti dan ciri-ciri unik pada produk
Cth: Jam ROLEX, kereta FERRARI

Produk tidak dicari

— Produk yang pengguna tidak mengetahui atau mengetahuinya, tetapi tidak terfikir untuk membelinya.
— Setelah dilakukan banyak pengiklanan, penjualan peribadi dan usaha-usaha pemasaran yang lain, pengguna akhirnya membeli produk.
— Cth: Ensiklopedia, Insurans

Produk beli belah

— Barangan yang dibeli sekali-sekala
— Pembeli menghabiskan masa yang lama untuk mengumpul maklumat dan membuat perbandingan
— Perbandingan yang teliti dari segi kesesuaian, kualiti, harga dan gaya perlu dibuat
Contoh: pakaian, perabot rumah.


Bahan-Bahan & Bahagian Ganti

— Bahan dan bahagian ganti termasuk bahan mentah dan bahan dan bahagian ganti yang telah diproses.
— Bahan mentah terdiri daripada keluaran tani[ gandum, kapas, binatang, ternakan, buah-buahan] dan keluaran alam semulajadi[ ikan, kayu balak, petroleum, besi]
— Bahan dan bahagian ganti yang diproses terdiri daripada bahan-bahan komponen[ besi, benang, simen, dawai] dan bahagian komponen[ motor kecil, tayar]

Item-Item Modal

— Keluaran industri yang membantu di dalam pengeluaran atau operasi pembeli, termasuklah pemasangan dan kelengkapan aksesori.
— Pemasangan terdiri daripada pembelian utama seperti bangunan[ kilang, pejabat] dan kelengkapan yang dipasang[ jenerator, drill, sistem komputer besar, lif]
— Kelengkapan aksesori termasuklah kelengkapan dan peralatan kilang boleh alih[ alatan tukang, lori angkut] dan kelengkapan pejabat[ mesin faks, meja]
— Ia mempunyai jangka hayat yang lebih singkat daripada pemasangan dan ia membantu di dalam proses pengeluaran.

Bekalan Dan Perkhidmatan

— Bekalan termasuk bekalan operasi[ minyak pelincir, arang batu, kertas, pensil] dan item pembaikan dan penyelenggaraan[ cat, paku, penyapu]
— Bekalan adalah keluaran mudah beli bagi industri kerana ia selalunya dibeli dengan usaha atau perbandingan yang minimum.
— Perkhidmatan perniagaan termasuklah perkhidmatan penyelenggaraan dan pembaikan[ cucian tingkap, pembaikan komputer]. Perkhidmatan sedemikian selalunya diberikan di bawah kontrak.


10.4 KITARAN HAYAT PRODUK

Definisi
— Sejarah hidup/ kitaran hayat sesuatu produk sejak produk itu diperkenalkan di pasaran
— Setiap produk yang dipasarkan perlu melalui KHP
— Setiap produk mempunyai KHP berbeza antara satu produk lain
— Strategi pemasaran produk berbeza mengikut KHP.

Terdapat 4 peringkat.

Peringkat Pengenalan
— Kategori produk, bentuk, jenama baru diperkenalkan dipasaran
— Jualan - sangat rendah kerana permintaan rendah
— Kos - tinggi kerana perbelanjaan untuk promosi.
— Keuntungan - negatif atau rendah
— Pelanggan- Perintis – hanya pembeli yang cukup bersedia sahaja yang membeli produk yang ditawarkan.
— Pesaing-Sedikit
— Objektif –memupuk kesedaran terhadap keluaran dan percubaan.
— Strategi :
— Produk – Tawarkan suatu keluaran asas
— Harga - Tokokan
— Pengedaran- Membina agihan terpilih.
— Promosi – Pengiklanan (Membina kesedaran produk di kalangan pengguna awal dan pengedar), Promosi jualan (promosi jualan yang hebat untuk menggalakkan percubaan)

Peringkat Pertumbuhan
— Jualan – meningkat kerana pelanggan telah mula membuat pembelian.
— Kos –Purata bagi setiap pelanggan
— Keuntungan –meningkat kerana jualan meningkat.
— Pelanggan – Penerima awal mula membeli dan terus membeli setelah mengetahui tentang kebaikan produk.
— Pesaing – semakin bertambah kerana pesaing-pesaing baru mula memasuki pasaran disebabkan peluang untuk mendapat keuntungan yang besar.
— Objektif – Memaksimumkan syer pasaran.
— Strategi:
i. Produk-Tawarkan perlanjutan produk,perkhidmatan,jaminan.
Meningkatkan kualiti keluaran dan menambahkan ciri-ciri atau model produk.
ii. Harga – Untuk menembusi pasaran, harga diturunkan untuk menarik lebih ramai pelanggan.
iii. Pengedaran – Membina agihan intensif.
iv. Promosi – Pengiklanan(membina kesedaran dan minat dalam pasaran massa)
v. Promosi jualan (Kurangkan untuk mengambil faedah permintaan pengguna)

Peringkat Kematangan
— Peringkat terpanjang dalam KHP
— Jualan –Berada di kemuncak dan mula menurun.
— Kos –rendah bagi setiap pelanggan
— Keuntungan – tinggi
— Pelanggan- Majoriti pertengahan
— Pesaing- Bilangan stabil yang mula berkurangan.Hanya pesaing-pesaing yang kuat sahaja yang tinggal dalam industri.
— Objektif –Memaksimumkan keuntungan sambil mempertahankan syer pasaran.
— Strategi:
i. Produk-Pelbagaikan jenama/model
ii. Harga – Untuk menandingi pesaing
iii. Pengedaran – Membina agihan intensif yang lebih hebat.
iv. Promosi –Pengiklanan (meningkatkan aktiviti ,menekankan perbezaan jenama dan faedah), promosi jualan(tambahkan untuk galakkan penukaran jenama)

Peringkat Kemerosotan
— Jualan-merosot disebabkan oleh kemajuan teknologi, perubahan citarasa pengguna dan persaingan yang meningkat.
— Kos –rendah bagi setiap pelanggan
— Keuntungan –merosot kerana jualan yang merosot.
— Pelanggan -Tercicir
— Pesaing- berkurangan kerana terdapat firma yang keluar dari pasaran disebabkan keuntungan yang merosot.
— Objektif-Mengurangkan perbelanjaan dan meraih sepenuhnya dari jenama.
— Strategi:
i. Produk- Item yang lemah digugurkan daripada barisannya.
ii. Harga- Turunkan harga
iii. Pengedaran-Saluran yang lemah digugurkan
iv. Promosi- Pengiklanan (kurangkan), promosi jualan (kurangkan kepada tahap minimum)

Kepentingan KHP
— Sebagai satu alat perancangan kepada pihak pemasar dalam memasarkan produk.
— Pemasar dapat menentukan strategi pemasaran yang sesuai pada setiap peringkat KHP
— Sebagai satu cara mengenalpasti masa yang sesuai untuk melihat cara-cara memanjangkan jangka hayat sesuatu produk (mengekalkan produk dalam pasaran).
— Pemasar dapat mencapai jualan dan keuntungan yang ditetapkan.


10.5 IDENTITI PRODUK

JENAMA
— Definisi - nama, istilah, tanda, perkataan, simbol atau rekabentuk atau kombinasi daripadanya yang digunakan untuk memperkenalkan dan membezakan keluaran/perkhidmatan sesebuah firma.
— Jenama meliputi 3 perkara:
i. Nama Jenama (brand name) –sebahagian daripada jenama, boleh disebut dan mengandungi perkataan, huruf atau nombor.
Contoh: IKEA
ii. Tanda Jenama (brand mark) – sebahagian daripada jenama tetapi dalam bentuk simbol, rekabentuk, warna atau huruf yang unik yang dapat dilihat tetapi tidak boleh disebut.
Contoh: BMW
iii. Tanda Perdagangan (trademark) – satu jenama yang telah diterima pakai oleh penjual dan telah mendapat kelulusan pendaftarannya mengikut undang-undang untuk digunakan oleh penjual secara ekslusif.
Disebut sebagai jenama,tanda jenama atau kombinasi antara nama jenama dan tanda jenama.
Tanda perdagangan yang telah didaftarkan akan mempunyai tanda ®.

Jenama Generik
— Produk yang tidak mempunyai jenama
— Pengguna tidak memilih produk berdasarkan jenama.
— Produk mempunyai ciri-ciri ringkas
— Contoh: garam yang tiada apa-apa tanda pengenalan jenama.

Jenama Pengeluar
— Penjenamaan mengikut pengeluar yang mengeluarkan keluaran.
— Jenama dicipta dan dimiliki oleh pengilang produk itu sendiri.
— Cth: PROTON, IBM, Coke


Jenama Pengedar
— Jenama produk yang menggunakan nama pemborong atau pengedar
— Jenama yang dicipta dan dimiliki oleh penjual semula.
— Cth: Giant, Tesco, Carrefour, Singer, Mydin


KESETIAAN JENAMA

— Tahap kesetiaan pelanggan terhadap sesuatu jenama yang biasa digunakan.
— Jenama yang popular mampu mendapat perhatian pengguna.

PEMBUNGKUSAN

— Definisi – Aktiviti mencipta dan menghasilkan sesuatu bekas atau pembungkus sesuatu produk.
— Jenis Pembungkusan:
i. Primer – Pembungkusan termasuk bekas utama.
Contoh: Tiub ubat gigi Darlie
ii. Sekunder – Kotak yang membungkus bekas utama. Akan dibuang apabila keluaran hendak digunakan.
Contoh: Kotak kadbod ubat gigi Darlie
iii. Pembungkusan Penghantaran – Kertas tebal yang diperlukan untuk menyimpan, mengenalpasti dan menghantar produk kepada pembeli.
Contoh: Kotak korugated yang mengandungi 6 dozen ubat gigi Darlie

Tujuan Pembungkusan:

— Menyimpan dan melindungi produk
— Menolong pengguna membuat pilihan dan mengelakkan pembeli membeli produk pesaing.
— Memudahkan penyimpanan dan kegunaan produk
— Mempromosikan produk
— Memudahkan mendapat sokongan dari pihak pengedar untuk mengedar.

PELABELAN

— Definisi - Ciri luaran pembungkusan. Merupakan sebahagian daripada pembungkusan dan merangkumi maklumat bercetak yang terdapat pada produk/pembungkusan.

Tujuan:

i. Mengenalpasti produk atau jenama.
ii. Menyatakan perkara penting tentang produk (tempat dibuat, tarikh luput, kandungan, cara guna dll).
iii. Mempromosikan produk melalui grafik yang menarik.

iv. Membezakan produk dengan produk pesaing

KELAS PEMASARAN 9 - HARGA

Definisi Harga

Sejumlah wang yang dikenakan untuk sesuatu barangan atau perkhidmatan yang diberikan. (Kotler)

Konsep harga meliputi 3 elemen utama:

1. Nilai Pertukaran
Nilai pertukaran diperlukan sebelum berlakunya proses pertukaran. Melalui nilai pertukaran pembeli dapat mengetahui nilai apa yang perlu dibayar untuk mendapatkan sesuatu barangan.Cth: 10 ekor ikan mempunyai nilai yang sama untuk ditukarkan dengan seekor ayam.

2. Menggambarkan Kepuasan
Harga melambangkan prestij dikalangan pengguna dalam pasaran sasar tertentu dan seterusnya akan memberikan kepuasan kepada mereka. Ini kerana pengguna percaya harga yang mahal melambangkan kualiti dan mutu yang tingi. Cth: Barangan berjenama seperti Rolex dan Christian Dior.

3. Menunjukkan Hasil/Untung
Harga sebagai asas untuk mengira hasil @ untung. Tanpa harga, sukar untuk tentukan untung. Dalam disiplin perakaunan nilai wang penting sebelum membuat sebarang pengiraan hasil atau untung.

Objektif Penentuan Harga

a. Kemandirian ( Survival )/Tumpuan untuk terus beroperasi.
Jika persaingan yang dihadapi oleh syarikat adalah hebat dan pengguna sentiasa berubah kehendak dan citarasa mereka, jadi objektif syarikat bukan lagi untuk keuntungan tetapi untuk terus beroperasi/survive. Syarikat akan tawarkan harga produk pada paras yang rendah.Tujuan untuk mendapat perolehan/penguasaan pasaran.Objektif ini berbentuk jangka pendek.Meletakkan harga yang lebih rendah daripada pesaing supaya dapat menampung kos operasi dan syarikat boleh beroperasi

b. Memaksimumkan Keuntungan
Harga yang diputuskan haruslah dapat memaksimumkan keuntungan.Biasanya diletakkan pada harga yang tinggi. Caranya dengan membuat anggaran terhadap permintaan dan kos bagi harga yang berbeza terhadap barangan dan perkhidmatan. Cth, barangan istimewa, barangan baru

c. Menguasai Syer Pasaran
Jualan yang tinggi membolehkan syarikat menguasai syer pasaran. Strategi ini digunakan oleh firma dengan meletakkan harga yang rendah untuk mendapatkan syer pasaran yang tinggi. Cth: Perodua menguasai syer pasaran kereta di Malaysia pada tahun 2009 dengan 31.1%.

d Kepimpinan Kualiti
Kebanyakan syarikat ingin memasarkan barangan yang paling berkualiti di pasaran.Syarikat meletakkan harga yang tinggi .Syarikat mengenakan harga yang tinggi untuk meliputi kualiti dan prestasi yang tinggi serta kos R&D yang tinggi .Biasanya mempunyai sasaran pasarannya yang tersendiri .Cth, kereta Ferrari, jam Rolex dll.
e. Pulangan Pelaburan
Pulangan (bentuk %) kepada pelabur daripada jumlah wang yang dilabur dalam sesuatu perniagaan.Syarikat perlu meletakkan harga dengan mengambilkira usaha untuk mendapatkan keuntungan dan pulangan pelaburan yang diharapkan. Cth: Suzana melabur RM20,000 dalam perniagaan kain. Beliau telah menetapkan pulangan sebanyak 20 % daripada jumlah pelaburan tadi pada akhir tempoh perakaunan.

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penentuan Harga.

a) Pengguna
Dalam pasaran, terdapat 3 golongan pengguna iaitu golongan atasan, pertengahan dan bawahan. Pengeluar perlu menyesuaikan harga berasaskan kepada 3 golongan pengguna tersebut

b) Kos
Sesebuah syarikat itu perlu menutup kosnya sebelum memikirkan tentang memperolehi keuntungan Kos pengeluaran seperti bahan mentah, buruh, sewa dll akan menentukan harga sesuatu produk. Kebanyakan syarikat cuba menjadi pengeluar berkos rendah.

c) Dasar Kerajaan
Kerajaan boleh mempengaruhi penetapan harga melalui dasar, akta dan peraturan tertentu dalam negara .Sesetengah barangan berada di bawah barangan kawalan dan harga ditentukan oleh kerajaan.Cth: Petrol, gula, beras, simen dan lain-lain

d) Saluran Pengedaran
Merupakan orang tengah yang terlibat di dalam pemasaran barangan seperti agen, pemborong dan peruncit. Jenis barangan boleh mempengaruhi saluran pengedaran yang dipilih dan di masa yang sama boleh mempengaruhi harga barangan tersebut.

e) Persaingan
Keputusan penentuan harga syarikat boleh juga bergantung kepada harga yang ditawarkan pesaing serta kemungkinan tindakbalas pesaing terhadap penentuan harga yang dilakukan oleh syarikat.Produk syarikat yang mempunyai kualiti yang sama dengan produk pesaing, harga yang diletakkan lebih kurang sama. Jika produk syarikat mempunyai kualiti yang lebih baik, syarikat mempunyai kelebihan untuk meletakkan harga yang tinggi setanding dengan kualitinya

f) Objektif Syarikat
Sesebuah syarikat mempunyai objektif-objektif perniagaan yang tertentu. Sekiranya objektif syarikat ingin menguasai syer pasaran, harga yang murah perlu diletakkan. Sekiranya objektif syarikat untuk mendapatkan keuntungan, harga yang lebih tinggi perlu diletakkan. Boleh juga bergantung kepada Kitaran Hayat Produk

g) Ciri-Ciri Produk
Merujuk kepada produk mudah beli, beli belah atau istimewa. Produk mudah beli biasanya harga yang rendah. Produk istimewa, harga yang lebih tinggi. Selain itu, ciri-ciri pada produk seperti kualiti, ketahanan, pembungkusan, kitaran hayat produk dll.


h)Permintaan dan Penawaran
Kedua-dua pembeli iaitu pengguna dan industri menseimbangkan harga produk dengan faedah yang diperolehi dengan memilikinya.Peletakkan harga bergantung kepada jenis pasaran. Cth, Persaingan sempurna – harga ditentukan pasaran. Pasaran monopoli – penjual menentukan harga.

Kaedah-Kaedah Penentuan Harga

a) Kaedah Harga Berasaskan Kos (Cost – Plus Pricing)

i) Kaedah harga tokokan kos

Kaedah ini melibatkan penambahan mark up piawai kepada kos sesuatu produk.
Harga sesuatu produk ditentukan dengan menambah margin keuntungan yang dikehendaki ke atas kos pengeluaran produk tersebut

Formula untuk mengira harga mark up :






Formula untuk mengira kos seunit:






Contoh soalan:

Dalam pengeluaran komputer, kos-kos terlibat seperti berikut:
Kos berubah = RM15.00
Kos tetap = RM 300 000
Jumlah jualan dijangka = 200 000 unit

Jika pengeluar komputer ingin menikmati tokokan kos ke atas jualan sebanyak 40%
i) kirakan harga tokokan pengeluar tersebut.
ii) Berapakah untung yang diperolehi daripada setiap unit komputer.


ii) Kaedah Harga Berdasarkan Titik Pulang Modal.
Ø TPM boleh dicapai apabila jumlah hasil menyamai jumlah kos yang dibelanjakan (Jumlah Hasil = Jumlah Kos).
Ø Kaedah ini digunakan untuk mengenalpasti jumlah jualan yang diperlukan pada sesuatu titik harga untuk mencapai TPM.
Ø Ia juga digunakan untuk mengenalpasti harga yang perlu diletakkan pada kuantiti jualan tertentu bagi mencapai pulangan modal.


Contoh Pengiraan:

Dalam pengeluaran komputer, kos-kos terlibat seperti berikut:
Kos berubah seunit = RM 15.00
Kos tetap = RM 300 000
Jumlah jualan dijangka = 200 000 unit

Pada Titik Pulang Modal:
Jumlah kos = jumlah hasil
Kos Tetap + Kos Berubah = harga x kuantiti
300 000 + (15 x 200 000) = P (200 000)
200 000 P = 3 300 000
P = 3300000/200000
Harga perlu diletakkan = RM 16.50
Jumlah unit yang perlu dijual untuk mendapatkan TPM
TPM = kos tetap
harga – kos berubah seunit
= 300 000 / (16.50 – 15)
= 200 000 unit


b) Kaedah Harga Berasaskan Nilai
Menggunakan nilai produk pada persepsi pengguna dan bukannya kos penjual sebagai kunci kepada penentuan harga. Syarikat akan menetapkan harga keluaran yang diinginkan berdasarkan persepsi pembeli terhadap nilai keluaran tersebut. Contohnya harga ‘ steak’ lebih murah dijual oleh penjaja berbanding dengan hotel kerana persepsi nilainya mengambil kira persekitaran dan suasana hotel.
c. Kaedah Harga Berasaskan Persaingan.
Syarikat boleh meletakkan harga yang sama, lebih tinggi atau kurang daripada harga pesaing utama. Bagi syarikat bersaiz kecil mereka akan mengikut harga yang ditetapkan oleh pemimpin pasaran. Strategi ini sesuai digunakan untuk mengelakkan peperangan harga yang boleh mengelirukan pengguna.


STRATEGI PENENTUAN HARGA

a Harga Produk Baru

i) Harga Tarahan (price skimming )

Strategi ini meletakkan harga pengenalan produk baru di pasaran pada harga yang tinggi. Meletakkan harga yang tinggi dan kemudian akan menarah (menurunkan) sedikit demi sedikit. Ianya sesuai bagi produk tertentu sahaja Cth : produk yang mempunyai imej dan kualiti yang tinggi, dan kos pengeluaran yg. tidak terlalu tinggi supaya bila harga diturunkan syarikat masih lagi untung. Bertujuan untuk menarik pembeli yang mementingkan kualiti dan bukannya harga dan untuk menunjukkan prestij + kualiti sesuatu produk.

Tujuan:
• Untuk menarik pembeli yang mementingkan kualiti dan bukannya harga.
• Kaedah ini digunakan untuk menunjukkan prestij + kualiti sesuatu produk.
• Cth:Komputer, Telefon Bimbit, kamera dan sebagainya

ii) Harga Penembusan (penentration pricing)

Strategi meletakkan harga permulaan pada tingkat harga yang rendah untuk menembusi pasaran yang lebih luas .Membina syer pasaran yang besar dan membentuk kesetiaan pengguna terhadap jenama baru.

b Harga Psikologi

Penentuan harga yang bertujuan mempengaruhi emosi pembeli.
i) Harga Genap
Digunakan untuk menggambarkan imej yang ekslusif kepada produk. Pengguna mungkin akan membuat anggapan sepasang baju yang berharga RM100.00 adalah lebih mahal & berkualiti jika dibandingkan dengan harga sepasang baju RM99.90.

ii) Harga Ganjil
Harga yang diakhiri dengan nombor ganjil dan menunjukkan produk itu lebih murah .Pembeli akan membuat tanggapan harga ganjil baju RM99.90 lebih murah jika dibandingkan dengan harga genap iaitu RM100.00.

c. Harga Profesional
Harga untuk perkhidmatan rundingan yang diberikan oleh golongan profesional. Harga dikenakan berdasarkan kepakaran dan perkhidmatan yang diberikan.Cth: Peguam, doktor, akauntan dll.


d. Harga Diskaun

Harga tawaran yang lebih rendah dari harga asal. Mengurangkan harga untuk memberi ganjaran kepada respon pelanggan seperti pembayaran awal atau mempromosikan produk. Diskaun terdiri daripada

i) Diskaun tunai: Pengurangan harga bagi produk, jualan penghabisan stok dan pembukaan kedai baru.
ii) Diskaun musim: Pengurangan harga mengikut musim
a. Produk di luar musim – Cth, hotel
b. Produk pada musim – Cth, baju sekolah
iii) Diskaun kuantiti: Diskaun harga jika pembelian dibuat dalam kuantiti yang besar.

iv) Diskaun fungsi: Pengurangan harga yang ditawarkan kepada saluran seperti peruncit @ pemborong

KELAS PEMASARAN 8- PROMOSI

Definisi Promosi

“Aktiviti-aktiviti yang memberitahu kebaikan produk dan memujuk pelanggan sasaran untuk membelinya.” Kotler

Objektif Promosi

i. Menyampaikan Maklumat
Promosi memperkenalkan barangan atau perkhidmatan baru kepada orang ramai. Promosi juga memberi penerangan tentang jenis barangan serta tempat mendapatkan barangan tersebut .Aktiviti promosi seperti pengiklanan tv dan katalog dilakukan untuk menyampaikan maklumat.

ii. Meningkatkan Jualan
Promosi dapat menarik minat pengguna untuk membeli barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan .Memujuk serta mempengaruhi mereka membeli dan menggunakan barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan di pasaran Promosi yang berkesan akan menyumbangkan peningkatan kuantiti jualan barangan atau perkhidmatan seterusnya meningkatkan keuntungan syarikat . Di mana pengguna akan terus membeli dan setia menggunakannya.

iii. Menstabilkan Jualan
Promosi digunakan untuk menarik minat pelanggan supaya membeli produk yang dijual terutama pada masa atau musim perniagaan lembab.Aktiviti promosi tertumpu kepada membuat tawaran tertentu bagi menggalakkan pembelian.Seperti tawaran potongan harga, jualan murah dll.

iv. Memposisikan Produk
Promosi memainkan peranan yang penting untuk menyedarkan kepada pelanggan tentang kewujudan produk di pasaran. Menonjolkan sesuatu ciri yang berlainan, unik dan istimewa tentang produk tersebut supaya ia dapat menimbulkan suatu imej yang baik, dan menarik minat pengguna. Pemposisian dapat mengekalkan produk diminda pengguna dan menjadikan pengguna yang setia

v. Membina imej
Promosi yang berkesan dapat melariskan jualan barangan dan perkhidmatan.Seterusnya memberikan imej yang baik kepada produk dan pengeluarnya.

Paduan Promosi

a.Definisi Paduan Promosi
Ialah gabungan alat-alat promosi seperti pengiklanan, jualan peribadi, promosi jualan, pemasaran langsung dan perhubungan awam yang digunakan oleh syarikat dalam melaksanakan objektif promosi dan pemasaran.

b.Jenis-jenis Paduan Promosi
1. Pengiklanan
2. Jualan Peribadi
3. Promosi Jualan
4. Pemasaran Langsung
5. Perhubungan Awam
6. Pengiklanan

Pengiklanan didefinisikan sebagai sebarang bentuk persembahan atau komunikasi berbayar, bersifat tidak peribadi, yang ditujukan kepada kumpulan sasaran dengan tujuan untuk mempromosi, memperkenal dan meningkatkan atau melariskan jualan sesuatu produk , perkhidmatan ataupun idea oleh penaja yang dikenalpasti.

a. Bentuk-Bentuk Pengiklanan

i. Pengiklanan Produk
Suatu bentuk komunikasi yang bukan peribadi dan berbayar yang ditujukan kepada pihak-pihak tertentu melalui media massa bercetak atau elektronik untuk meningkatkan permintaan terhadap sesuatu produk.
Digunakan untuk menyampaikan maklumat tentang produk yang dijual, memujuk dan mengingatkan sasaran pasaran mereka tentang kebaikan produk yang dimaksudkan

ii. Pengiklanan institusi
Suatu bentuk komunikasi yang bertujuan mempengaruhi tingkah laku pengguna untuk menerima sesebuah syarikat atau industri itu sebagai jiran yang baik dan memberi faedah kepada pengguna. Contohnya Petronas & Shell membuat kempen tentang keselamatan jalanraya. Dalam iklannya bukan sahaja mengingatkan orang ramai tentang perlunya berhati-hati ketika di jalanraya tetapi juga tentang kebersihan alam sekitar.
Menerusi corak pengiklanan institusi ini, syarikat bukan sahaja dapat membina semangat kemasyarakatan yang baik tetapi juga boleh meningkatkan jualan.

b. Media Pengiklanan

Merupakan alat atau saluran pengiklanan yang biasanya menggunakan media massa iaitu media cetak dan media elektronik.

C. Media Cetak

i. Suratkhabar
Digunakan secara meluas oleh firma-firma perniagaan.Memberi liputan kepada sasaran pasaran mengikut kehendak dan perancangan pemasar.Terbahagi kepada 3 jenis (iklan kecil, iklan muka surat dan iklan ruangan)

ii. Majalah
Media yang paling sesuai untuk mengiklankan barangan dan perkhidmatan yang ingin ditujukan kepada kumpulan pengguna yang tertentu.Contoh: Majalah WANITA sesuai untuk mengiklankan barangan dan perkhidmatan untuk wanita.Setiap majalah dalam pasaran mempunyai kumpulan sasar yang tersendiri.
Bayaran iklan bergantung kepada
- saiz dan bentuk ruangan ,
- saiz muka surat ,
- penggunaan warna,
- kedudukan ruang iklan dan
- saluran pengedaran media

iii. Pos Langsung/Mel Langsung
Iklan melalui pos langsung disampaikan dalam bentuk risalah, katalog surat atau sampel kepada bakal pelanggan melalui pos.Iklan jenis ini adalah sesuai untuk menjual produk kepada kumpulan tertentu sahaja.Kaedah ini berkesan bergantung kepada kecekapan penghantaran bahan maklumat,ketepatan sasaran sasaran pasaran. -Cth, Avon mengepos katalog syarikat ke rumah pelanggan

iv. Peragaan Luaran
Pengiklanan yang menggunakan medium dalam bentuk papan iklan, poster, iklan-iklan di bas dan teksi serta “skywriting”.Cth, Ikea memasang belon gergasi dengan nama syarikatnya

D. Media Elektronik

i. Televisyen
Iklan di televisyen disampaikan melalui penglihatan dan pendengaran dengan unsur- unsur kreativiti yang tinggi, penuh aksi, berwarna-warni dan menarik.
Iklan di televisyen diselitkan di antara rancangan untuk menarik perhatian penonton.
Pengiklan juga boleh menaja sesuatu rancangan televisyen.

ii. Radio
Radio menyampaikan iklan menerusi suara dan bunyi.
Iklan di radio diselitkan di antara rancangan untuk menarik perhatian pendengar.
Disesuaikan dengan keperluan tempatan,budaya setempat.
Cth, iklan untuk produk-produk IKS di stesen radio tempatan


Jualan Peribadi

“Persembahan peribadi oleh tenaga jualan firma untuk tujuan untuk membuat jualan serta membina hubungan pelanggan” (Kotler)

atau

Usaha peribadi untuk mempengaruhi dan memujuk pelanggan yang mempunyai prospektif untuk membeli sesuatu produk.

v Melibatkan:
- layanan jurujual di kedai
- lawatan penjual ke rumah / syarikat
v Kebaikan: pengguna dapat maklumat dengan jelas, boleh mencuba dan memberi maklumbalas segera.
v Contoh: layanan jurujual di pasaraya, syarikat insurans, broker tanah dan broker saham.
v Ciri-ciri produk : Produk beli belah
Barang-barang industri
Barang mewah


Promosi Jualan

Definisi

Merujuk kepada penawaran insentif jangka pendek untuk menggalakkan pembelian atau jualan produk.

Alat-alat promosi jualan

i. Kupon – berupa sekeping kertas yang diberi terus atau dari surat khabar atau majalah yang memberikan sesuatu penjimatan kepada pengguna.
ii. Rebat/Tawaran pulangan tunai – satu baucer dalam bentuk pengurangan harga jualan yang diberi kepada pembeli yang menunjukkan bukti pembelian sesuatu produk untuk menggalakkan pembelian. Cth, pembelian komputer Dell dapat rebat tunai RM100
iii. Sampel – pek percubaan yang diedarkan kepada pengguna semasa jualan pengenalan sesuatu produk bagi menarik pengguna membeli selepas mencuba atau minman percuma ditempat jualan pengenalan.
iv. Hadiah – Satu barangan sampingan yang diberikan secara percuma apabila membeli sesuatu produk
v. Pemberian mata atas pembelian – Pemberian mata ganjaran kesetiaan dan boleh ditukar kepada barangan apabila mencapai mata tertentu
vi. Diskaun jualan - Harga tawaran yang lebih rendah dari harga asal.
vii. Peraduan – Pengguna bersaing untuk mendapatkan hadiah yang ditawarkan untuk menumbulkan minat pengguna terhadap produk.
viii. Premium – barangan yang ditawarkan secara percuma atau harga rendah sebagai insentif untuk membeli

Tujuan promosi jualan:
• Meningkatkan jualan jangka pendek
• Membantu membina syer pasaran jangka panjang
• Meningkatkan kesedaran jenama
• Membentuk jualan tanpa dirancang
• Menggalakkan pengguna mencuba produk baru
• Menggalakkan belian ulangan
• Memberi pilihan yang banyak kepada pengguna.
• Memberi ganjaran kepada pengguna setia


Pemasaran Langsung

Merupakan komunikasi secara langsung dengan pengguna individu yang telah disasarkan dengan teliti untuk memperolehi respon segera.Ia membenarkan pemasar memfokus secara berkesan ke atas sub pasaran dengan menawarkan keluaran yang seragam yang memenuhi keperluan segmen pasaran dengan lebih baik .Mewujudkan hubungan baik dan berterusan dengan pelanggan.

Bentuk-bentuk komunikasi pemasaran langsung:
i. Jualan bersemuka
ii. Pemasaran mel langsung
iii. Pemasaran katalog
iv. Pemasaran-tele
v. Pemasaran televisyen respon langsung (DRTV)
vi. Pemasaran kiosk
vii. Pemasaran atas-talian (online)


Perhubungan Awam

Merujuk kepada membina hubungan baik dengan pelbagai pihak awam syarikat dengan mewujudkan publisiti serta imej korporat yang baik dan menangani sebarang khabar angin, cerita serta peristiwa yang tidak baik.

Tujuan :
- Mendapat publisiti yang sihat / positif ,
- Membina imej korporat yang berprestij
- Menghapuskan khabar angin

Jenis:

i. Hubungan akhbar/wakil akhbar – Mencipta dan menempatkan maklumat berharga dalam media berita untuk menarik perhatian pada seseorang dan produk

ii. Publisiti produk – Memberi publisiti kepada sesuatu produk spesifik

iii. Perhubungan awam – Membina dan mengekalkan hubungan nasional serta komuniti tempatan

iv. Lobi – Membina dan mengekalkan hubungan dengan pihak pegawai perundangan dan kerajaan untuk mempengaruhi undang-undang dan peraturan

v. Hubungan pelabur – Membina dan mengekalkan hubungan dengan pemegang saham dll dalam komuniti kewangan


Strategi Promosi

a. Strategi Tarik

“Aktiviti promosi yang dilakukan oleh pengeluar secara besar-besaran dengan memfokuskan kepada pengguna akhir untuk menghasilkan permintaan yang tinggi.”

Kaedah promosi di gunakan adalah pengiklanan dan promosi jualan yang dijalankan secara secara agresif. Pengeluar mengharapkan pembeli akan pergi sendiri ke kedai untuk dapatkan produk .


b. Strategi Tolak

“Aktiviti promosi yang dilakukan oleh pengeluar dengan menggunakan ahli saluran pengedaran sendiri iaitu pemborong dan peruncit sebagai pengedar untuk mempromosikan produk tersebut kepada pengguna” .
Pengeluar memberikan diskaun niaga, komisen dan kemudahan kredit kepada mereka dengan harapan pemborong dan peruncit akan membantu menolak/ memperkenalkan produknya ke dalam pasaran .
Strategi ini akan mengurangkan kos kerana pengedar bantu mempromosikan produk secara jualan peribadi