Ahad, 5 Januari 2014

KELAS PEMASARAN 10-PRODUK

0.1 PENGENALAN PRODUK

Definisi Produk

— Produk merupakan apa sahaja yang ditawarkan kepada pasaran untuk perhatian, pemilikan atau penggunaan yang boleh memuaskan kehendak dan keperluan pembeli.
Cth, rumah, kerusi, kereta
— Servis merupakan suatu bentuk produk yang mengandungi aktiviti, kelebihan atau kepuasan yang ditawarkan untuk jualan tetapi berbentuk tidak ketara dan tidak menghasilkan pemilikan sesuatu.
Cth, perbankan, perundingan, perhotelan

KOMPONEN/PERINGKAT PRODUK

PRODUK TERAS

— Meliputi semua faedah yang ingin didapati daripada pembelian sesuatu produk .
— penyelesai masalah atau teras kebaikan yang sebenar dibeli oleh pengguna apabila mereka memperolehi produk/servis tersebut.
— Contoh: Mesin basuh – produk terasnya ialah boleh membasuh.
Kerusi – boleh duduk.

PRODUK KETARA

— Meliputi lima ciri yang digabungkan untuk membolehkan pembeli memanfaatkan produk teras.
— Ciri tersebut seperti: pembungkusan, jenama, rekabentuk, ciri-ciri dan kualiti.
— Pemasar mengolah idea produk teras supaya menjadi sesuatu yang ketara.
— Cth: Mesin basuh – automatik, jenama Toshiba, muatan 8kg

PRODUK SAMPINGAN

— Faedah- faedah tambahan yang diinginkan oleh pengguna seperti:
i. Jenama
ii. Layanan jurujual
iii. Perkhidmatan penghantaran
iv. Jaminan dan perkhidmatan selepas penghantaran.
Cth, Mesin basuh – penghantaran percuma, waranti 1 tahun


10.2 PADUAN PRODUK

Definisi Paduan Produk

Campuran keluaran yang terdiri daripada semua barisan dan item keluaran yang ditawarkan oleh seseorang penjual.

Definisi Barisan Produk

Kumpulan produk yang berkait rapat disebabkan fungsi yang hampir sama,dijual kepada kumpulan pelanggan yang sama dan dipasarkan melalui jenis saluran yang sama dan mempunyai harga dalam lingkungan tertentu.

ELEMEN-ELEMEN PADUAN PRODUK

Kelebaran paduan produk

— Bilangan lini produk yang dihasilkan oleh pengeluar untuk ditawarkan kepada pengguna.
— Campuran yang lebar menarik pelbagai segmen pasaran.
— Contoh: P&G mengeluarkan banyak barisan keluaran seperti kertas, makanan, barang pencuci rumah, ubat-ubatan.

Kepanjangan paduan produk

— Merujuk kepada jumlah item yang dibawa oleh syarikat di dalam lingkungan barisan keluarannya.
— Contoh:P&G menjual sebelas jenis sabun basuh, lapan sabun cuci tangan,enam jenis syampu dan empat sabun pencuci pinggan.

Kedalaman produk

— Merujuk kepada bilangan versi yang ditawarkan oleh setiap keluaran di dalam barisan.
— Pengkhususan terhadap sesuatu produk akan menjadikan sesebuah organisasi itu pakar dalam bidang produk berkenaan.
— Contoh: P&G mengeluarkan shampu Pantene dalam tiga saiz.

Ketekalan produk

— Darjah perkaitan antara lini keluaran dari segi pengguna akhir, saluran pengagihan, keperluan pengeluaran atau apa juga cara.
— Syarikat yang hanya mengeluarkan sejenis produk dikatakan mempunyai ketekalan tinggi.
— Contoh: P&G mengeluarkan keluaran pengguna yang disalurkan kepada saluran agihan yang sama.


10.3 PENGKELASAN PRODUK

Produk mudah beli

— Produk yang selalu dibeli
— Boleh diperolehi dengan segera dan dengan usaha yang paling minimum


3 jenis produk mudah beli:

Produk gerak hati – produk yang dibeli tanpa perancangan.
Contoh: gula-gula

Produk kecemasan – produk yang dibeli apabila keperluan mendesak.
Contoh: ubatan

Produk Asasi – produk yang dibeli berulang kali.
Contoh: beras

Produk istimewa

— Harga mahal
— Pembeli tidak membanding produk
— Dibeli sekali atau dua kali seumur hidup
— Perlu masa dan maklumat untuk membeli produk
— Dibeli kerana kualiti dan ciri-ciri unik pada produk
Cth: Jam ROLEX, kereta FERRARI

Produk tidak dicari

— Produk yang pengguna tidak mengetahui atau mengetahuinya, tetapi tidak terfikir untuk membelinya.
— Setelah dilakukan banyak pengiklanan, penjualan peribadi dan usaha-usaha pemasaran yang lain, pengguna akhirnya membeli produk.
— Cth: Ensiklopedia, Insurans

Produk beli belah

— Barangan yang dibeli sekali-sekala
— Pembeli menghabiskan masa yang lama untuk mengumpul maklumat dan membuat perbandingan
— Perbandingan yang teliti dari segi kesesuaian, kualiti, harga dan gaya perlu dibuat
Contoh: pakaian, perabot rumah.


Bahan-Bahan & Bahagian Ganti

— Bahan dan bahagian ganti termasuk bahan mentah dan bahan dan bahagian ganti yang telah diproses.
— Bahan mentah terdiri daripada keluaran tani[ gandum, kapas, binatang, ternakan, buah-buahan] dan keluaran alam semulajadi[ ikan, kayu balak, petroleum, besi]
— Bahan dan bahagian ganti yang diproses terdiri daripada bahan-bahan komponen[ besi, benang, simen, dawai] dan bahagian komponen[ motor kecil, tayar]

Item-Item Modal

— Keluaran industri yang membantu di dalam pengeluaran atau operasi pembeli, termasuklah pemasangan dan kelengkapan aksesori.
— Pemasangan terdiri daripada pembelian utama seperti bangunan[ kilang, pejabat] dan kelengkapan yang dipasang[ jenerator, drill, sistem komputer besar, lif]
— Kelengkapan aksesori termasuklah kelengkapan dan peralatan kilang boleh alih[ alatan tukang, lori angkut] dan kelengkapan pejabat[ mesin faks, meja]
— Ia mempunyai jangka hayat yang lebih singkat daripada pemasangan dan ia membantu di dalam proses pengeluaran.

Bekalan Dan Perkhidmatan

— Bekalan termasuk bekalan operasi[ minyak pelincir, arang batu, kertas, pensil] dan item pembaikan dan penyelenggaraan[ cat, paku, penyapu]
— Bekalan adalah keluaran mudah beli bagi industri kerana ia selalunya dibeli dengan usaha atau perbandingan yang minimum.
— Perkhidmatan perniagaan termasuklah perkhidmatan penyelenggaraan dan pembaikan[ cucian tingkap, pembaikan komputer]. Perkhidmatan sedemikian selalunya diberikan di bawah kontrak.


10.4 KITARAN HAYAT PRODUK

Definisi
— Sejarah hidup/ kitaran hayat sesuatu produk sejak produk itu diperkenalkan di pasaran
— Setiap produk yang dipasarkan perlu melalui KHP
— Setiap produk mempunyai KHP berbeza antara satu produk lain
— Strategi pemasaran produk berbeza mengikut KHP.

Terdapat 4 peringkat.

Peringkat Pengenalan
— Kategori produk, bentuk, jenama baru diperkenalkan dipasaran
— Jualan - sangat rendah kerana permintaan rendah
— Kos - tinggi kerana perbelanjaan untuk promosi.
— Keuntungan - negatif atau rendah
— Pelanggan- Perintis – hanya pembeli yang cukup bersedia sahaja yang membeli produk yang ditawarkan.
— Pesaing-Sedikit
— Objektif –memupuk kesedaran terhadap keluaran dan percubaan.
— Strategi :
— Produk – Tawarkan suatu keluaran asas
— Harga - Tokokan
— Pengedaran- Membina agihan terpilih.
— Promosi – Pengiklanan (Membina kesedaran produk di kalangan pengguna awal dan pengedar), Promosi jualan (promosi jualan yang hebat untuk menggalakkan percubaan)

Peringkat Pertumbuhan
— Jualan – meningkat kerana pelanggan telah mula membuat pembelian.
— Kos –Purata bagi setiap pelanggan
— Keuntungan –meningkat kerana jualan meningkat.
— Pelanggan – Penerima awal mula membeli dan terus membeli setelah mengetahui tentang kebaikan produk.
— Pesaing – semakin bertambah kerana pesaing-pesaing baru mula memasuki pasaran disebabkan peluang untuk mendapat keuntungan yang besar.
— Objektif – Memaksimumkan syer pasaran.
— Strategi:
i. Produk-Tawarkan perlanjutan produk,perkhidmatan,jaminan.
Meningkatkan kualiti keluaran dan menambahkan ciri-ciri atau model produk.
ii. Harga – Untuk menembusi pasaran, harga diturunkan untuk menarik lebih ramai pelanggan.
iii. Pengedaran – Membina agihan intensif.
iv. Promosi – Pengiklanan(membina kesedaran dan minat dalam pasaran massa)
v. Promosi jualan (Kurangkan untuk mengambil faedah permintaan pengguna)

Peringkat Kematangan
— Peringkat terpanjang dalam KHP
— Jualan –Berada di kemuncak dan mula menurun.
— Kos –rendah bagi setiap pelanggan
— Keuntungan – tinggi
— Pelanggan- Majoriti pertengahan
— Pesaing- Bilangan stabil yang mula berkurangan.Hanya pesaing-pesaing yang kuat sahaja yang tinggal dalam industri.
— Objektif –Memaksimumkan keuntungan sambil mempertahankan syer pasaran.
— Strategi:
i. Produk-Pelbagaikan jenama/model
ii. Harga – Untuk menandingi pesaing
iii. Pengedaran – Membina agihan intensif yang lebih hebat.
iv. Promosi –Pengiklanan (meningkatkan aktiviti ,menekankan perbezaan jenama dan faedah), promosi jualan(tambahkan untuk galakkan penukaran jenama)

Peringkat Kemerosotan
— Jualan-merosot disebabkan oleh kemajuan teknologi, perubahan citarasa pengguna dan persaingan yang meningkat.
— Kos –rendah bagi setiap pelanggan
— Keuntungan –merosot kerana jualan yang merosot.
— Pelanggan -Tercicir
— Pesaing- berkurangan kerana terdapat firma yang keluar dari pasaran disebabkan keuntungan yang merosot.
— Objektif-Mengurangkan perbelanjaan dan meraih sepenuhnya dari jenama.
— Strategi:
i. Produk- Item yang lemah digugurkan daripada barisannya.
ii. Harga- Turunkan harga
iii. Pengedaran-Saluran yang lemah digugurkan
iv. Promosi- Pengiklanan (kurangkan), promosi jualan (kurangkan kepada tahap minimum)

Kepentingan KHP
— Sebagai satu alat perancangan kepada pihak pemasar dalam memasarkan produk.
— Pemasar dapat menentukan strategi pemasaran yang sesuai pada setiap peringkat KHP
— Sebagai satu cara mengenalpasti masa yang sesuai untuk melihat cara-cara memanjangkan jangka hayat sesuatu produk (mengekalkan produk dalam pasaran).
— Pemasar dapat mencapai jualan dan keuntungan yang ditetapkan.


10.5 IDENTITI PRODUK

JENAMA
— Definisi - nama, istilah, tanda, perkataan, simbol atau rekabentuk atau kombinasi daripadanya yang digunakan untuk memperkenalkan dan membezakan keluaran/perkhidmatan sesebuah firma.
— Jenama meliputi 3 perkara:
i. Nama Jenama (brand name) –sebahagian daripada jenama, boleh disebut dan mengandungi perkataan, huruf atau nombor.
Contoh: IKEA
ii. Tanda Jenama (brand mark) – sebahagian daripada jenama tetapi dalam bentuk simbol, rekabentuk, warna atau huruf yang unik yang dapat dilihat tetapi tidak boleh disebut.
Contoh: BMW
iii. Tanda Perdagangan (trademark) – satu jenama yang telah diterima pakai oleh penjual dan telah mendapat kelulusan pendaftarannya mengikut undang-undang untuk digunakan oleh penjual secara ekslusif.
Disebut sebagai jenama,tanda jenama atau kombinasi antara nama jenama dan tanda jenama.
Tanda perdagangan yang telah didaftarkan akan mempunyai tanda ®.

Jenama Generik
— Produk yang tidak mempunyai jenama
— Pengguna tidak memilih produk berdasarkan jenama.
— Produk mempunyai ciri-ciri ringkas
— Contoh: garam yang tiada apa-apa tanda pengenalan jenama.

Jenama Pengeluar
— Penjenamaan mengikut pengeluar yang mengeluarkan keluaran.
— Jenama dicipta dan dimiliki oleh pengilang produk itu sendiri.
— Cth: PROTON, IBM, Coke


Jenama Pengedar
— Jenama produk yang menggunakan nama pemborong atau pengedar
— Jenama yang dicipta dan dimiliki oleh penjual semula.
— Cth: Giant, Tesco, Carrefour, Singer, Mydin


KESETIAAN JENAMA

— Tahap kesetiaan pelanggan terhadap sesuatu jenama yang biasa digunakan.
— Jenama yang popular mampu mendapat perhatian pengguna.

PEMBUNGKUSAN

— Definisi – Aktiviti mencipta dan menghasilkan sesuatu bekas atau pembungkus sesuatu produk.
— Jenis Pembungkusan:
i. Primer – Pembungkusan termasuk bekas utama.
Contoh: Tiub ubat gigi Darlie
ii. Sekunder – Kotak yang membungkus bekas utama. Akan dibuang apabila keluaran hendak digunakan.
Contoh: Kotak kadbod ubat gigi Darlie
iii. Pembungkusan Penghantaran – Kertas tebal yang diperlukan untuk menyimpan, mengenalpasti dan menghantar produk kepada pembeli.
Contoh: Kotak korugated yang mengandungi 6 dozen ubat gigi Darlie

Tujuan Pembungkusan:

— Menyimpan dan melindungi produk
— Menolong pengguna membuat pilihan dan mengelakkan pembeli membeli produk pesaing.
— Memudahkan penyimpanan dan kegunaan produk
— Mempromosikan produk
— Memudahkan mendapat sokongan dari pihak pengedar untuk mengedar.

PELABELAN

— Definisi - Ciri luaran pembungkusan. Merupakan sebahagian daripada pembungkusan dan merangkumi maklumat bercetak yang terdapat pada produk/pembungkusan.

Tujuan:

i. Mengenalpasti produk atau jenama.
ii. Menyatakan perkara penting tentang produk (tempat dibuat, tarikh luput, kandungan, cara guna dll).
iii. Mempromosikan produk melalui grafik yang menarik.

iv. Membezakan produk dengan produk pesaing

Tiada ulasan: