Sabtu, 8 Januari 2011

Aku Gagal Dalam Hidup......


kerna kesilapan masa lalu dan kemiskinan, kawan-kan dan keluarga menjauhkan diri...ya...mereka tak bersalah,aku yg salah,im a FUCKER adik,adik JAHANAM yg pertama masuk NERAKA.


ku buat apa yg buat me gembira bergaul dng batas2nya bagi meneruskan SISA2 hidup ini..now im happy,me ada kawan2 n kakak angkat yg sudi panggil ku adik , manje di FB, im glad u all panggil aku manje......!


kadang2 aku marahkan diri sendiri dng menghukum dir sendirii,AKU TAK MAKAN, TAK TIDUR,TAK SEMBAHYANG....tpi belum jua mau mati...sengsara saja JASAD. BODOH kn?????....


Yang penting kuatkan semangat,allah maha pengampun...ku bersujud padamu...
Yang penting,aku tak mau ganggu kebahgiaan rakan-rakan dan kakak ku...kamu sentiasa dlm doa2ku wlupn kita berjauhan...itu HAK kamu untuk membenci mami...


LONELY??? ada jua...CINTA???? nada sebenarnya..ia tetap datang dan pergi...KASEH SAYANG dlm
CINTA ku tak pernah merasa sbenarnya...wlu dh berkali gagal dlm cinta,aku tak pernah JATUH CINTA,SBB TU KU BERANI KATAKN CINTA ITU NADA SBENARNYA,MELAINKN CINTA KPD ALLAH..
Kita terbuai oleh NAFSU saja sbenarnya...


So,hingga hari ini, aku tak pernah bertemu dng org yang bnar2 buatku tunduk dan INSAFI KEGAGALAN.

yang pasti allah maha mengetahui apa yg ku inginkan,biarlah ku tanggung sendiri segala sengsara hingga tertutupnya mataku buat selamanya...


Sabenarnya sudah lama aku ingin meneriak meluahkan segalanya...!


WAHAI KAWAN2 dan kakak ANGKAT di FB ku, kamulah kekuatan ku, yang boleh buatku gembira dan bersemangat bagi meneruskan sisa2 hidup ini...MILION TQ KAKAK ANGKAT TERSAYANGKU...TERIMA LAH AKU SEADANYA,TANPA MENOLEH MASA2 LALUKU YG BODOH DAN PAHIT

Silap Diriku...


sedih..hatiku terlalu sedih..mataku masih bengkak lagi.hmm mungkin akibat seharian menagis.fikiranku masih terawang2 mengingati setiap detik kejadian semlm..fikiranku masih jauh meneliti dan merenung insiden semlm..ya..hatiku benar2 hancur luluh smlm..hancur berkecai..tiada satu perkataan pun dlm dunia ini dapat menggambarkan perasaanku smlm.air mata yang mengalir smlm terasa amat sakit dan pedih.kekecewaan yang teramat sgt membuatkan seluruh anggota badanku lemah..lalu jatuh terbaring.semangat hidupku hilang.aku bagaikan org yang hilang akal.masih terdengar kata2nya ketika aku di angkat dari bilik air.tapi aku tak mahu terus membuka mata.kerana aku tahu kesedihan yang masih perlu aku hadapi..

Saya Mahu Awak Jadi Imam Saya

saya sayang awak..tapi betul ke saya sayang awak??awak sayang saya ke??kalau sayang, nape awak pegang tangan saya??awak nak tengok rambut saya,nak hug saya,nak saya pakai seksi2..memang la awak xkasi boy lain tengok saya pakai seksi..tp awak xhalal lagi utk saya kan??saya sayang awak ke kalau saya kasi semua tu kat awak??

saya sayang awak..betul..xtipu..tapi sayang ke kalau bila dengan awak, saya lalai??saya lupa kat Dia yang dah cipta saya, yang kasi saya perasaan cinta kat awak..saya lupa solat, saya lupa dosa..saya lupa Tuhan..takut la...

betul awak..saya sayang awak..tapi saya takut..takut sangat nak sayang awak..awak baik, selalu solat awal..tapi nape bila dengan saya awak lupa solat??masa kuar, kita lalu je depan masjid..xpernah stop..tp kt tempat xde orang, kita stop.beratus duit awak habis untuk saya kn??saya hargai sgt..saya tau awk syg saya..tp nape awak xsimpan duit tu dulu..kot2 ada jodoh, boleh kita kawen..awak...saya takut..takut sangat..takut bila ingat pe yang kita dah buat..saya nak awak jadi halal utk saya..tp xboleh la sekarang..mcm mana awk nk tanggung saya..kita blaja lg..saya nak hidup dgn awak..saya nak awak jd imam saya..nak sgt share everything dgn awak..saya nak jadi kekasih halal awak..tapi betul ke cara kita wak??saya takut laaaa...

awak..saya nak hidup dgn awak forever kat heaven..tapi layak ke kita gi heaven kalau kita camni??macam mana kalau tiba2 Dia panggil kita pergi..xkisah la saya dulu, awak dlu atau dua2 skali..boleh ke kita gi heaven kalau Dia panggil kita skarang??kalau la Dia tanya apa yg saya dah buat dgn awk, pe saya nk jawab nanti..saya maluuuuuuuuuuu sgt kat Dia..

awak..lama saya fikir..saya fikir pasal kita..betul saya sayang awak..tapi, sampai bila kita nak camni??awak..saya dah fikir lama...lepas ni, kalau saya xmsj awk,xnk jumpa awk, xnak call awk, xnk vc, mms or wc,awak jgn salah faham tau..saya buat camtu sbb saya syg awk sgt2..awak..saya nak forever kat syurga dgn awak..dulu saya sedih sbb kita jauh..tapi skarang, saya bersyukur sangat..Tuhan sayang kita..kalau dekat, awak boleh agak kn pe kita buat nnti??

saya xtau camne nk gtau awk..saya nak jaga hati awk..tp awak sedar x sebenarnya saya dah kotorkan hati awak..saya suka goda awak dgn manja saya, dengan body saya..saya suka buat awak cair dgn saya..jahatnya saya..awak saya banyak dosa..awak nk ke terima org mcm saya jd wife awak??awak..saya nak bersihkan diri saya sebelum jadi yang halal buat awak..saya nak jadi the best wife..baru la awak xpandang orang lain dah..saya xnk susahkan awak dgn saya yg mcm ni..awak..saya nak jadi bidadari awak..bukan kat dunia je..tp kat heaven gak..saya nak jadi bidadari awak yg forever..


awak..saya tahu saya xbaik....banyak sangt kurang n xlayak nak tegur salah awak..tapi saya sayang awak..pe kita buat, bukan ada org tahu pn...sape lagi nak tegur awak kalau bukan saya??saya pn nak awak jadi suami yg boleh pimpin saya ke syurga..xnak ke??xkn la awak sayang saya utk hepi2 kat dunia ni je..awak xnk ke pilih saya jadi bidadari awak kt syurga nanti??awak..tolong la...saya xnk dah jumpa awak..tp mungkin saya lalai gak nanati..syaitan selalu ada dgn saya..suka je dia kalau saya keluar dgn awk, goda awak..awak..tolong la ingat kan saya gak bila saya lupa.tolong ek..saya lemah sangat..saya nak jadi kuat..kuat utk awak..untuk hidup dgn awak.

saya sayang awak..camne kalau tiba2 Dia panggil kita b4 kita sempat bertaubat..takutnye saya..awak xtakut ke??camne kita nak gi syurga??camne saya nak jadi bidadari awak??saya nak sangat cinta ni kerana Dia..tp dgn apa kita dah buat, layak ke kita letak nama Dia dlm cinta kita??malu sangat kat Dia..awak..saya nak berubah..utk diri saya gak, utk parents saya..tp, kalau saya berubah, awak still terima saya lagi kan??saya nak berubah pn sbb nak jadi the best utk awak..utk babies kita nanti..nak jadi mom yg the best..huhu. tinggi betul cita2 saya..saya pn nak kita jadi pasangan yg educated..nak sama2 berjaya..tp educated yg taat padaNya la..mesti bahagia kan..kita ingat Dia, Dia pun ingat kita,,so, boleh la Dia jaga kita nanti..

awak, kalau la saya pergi dulu,saya nak tunggu awak kt syurga tau..awak doakan la saya bia boleh masok syurga..saya nak jadi bidadari yg tunggu awak..n there, i'll be yours forever...tapi, kalau awak pergi dulu??ye..saya sedih..tp saya pun akan doakan awak..insyaAllah..nanti awak tunggu la saya kt syurga k??mesti ramai bidadari tunggu awak kat sana..tapi, simpan la 1 tempat untuk saya k??saya nak jadi bidadari awak..


awak..maaf kan saya kalau ape yg saya buat n gtau ni mengguris hati awak..saya buat camni sbb saya sayang awak..saya xtau camne nak gtau awak..sebab tu saya taip kt sini..maaf sebab saya post kat sini..bukan nak bukak kburukan sendiri..at least mereka yang baca ni boleh jadikan kisah ni sbgai panduan..ramai kt luar sana kapel n buat macam2..saya takot nak post kat awak..tapi saya harap awak tergerak hati nak baca ni k..awak..dah nak subuh la..kejap lagi mesti Dia panggil saya..ingat tau..SAYA SAYANG AWAK ETERNALLY N INFINITY.. n saya tunggu awak jemput saya sebagai yg halal utk awak nanti k..♥♥♥

Khas Buat insan Yang Ku Gelar Kakak.....





hidup seorang peri kecil yang menunggu saat pemergiannya..
yang belum puas kecapi hidup sebenar..
yang tidak mahu mngerti tentang kebahagiaan..
kerna dia pasti harus meninggalkan..

bagai bidadari syurga diangkat oleh cintanya..
juga bagai mentari senja yang menunggu hari malamnya..
kerna pemergian yang harus didahului dia..
dengan melangkah meninggalkan insan tersayang..
meninggalkan insan yang menjadi jantungnya..

kasih kau harus mengerti..
mengerti untuk melepaskannya pergi..
mengerti kerna terpaksa ditinggali..
mengerti bahawa kau akan bertemu yang lain..

kau tidak perlukannya..
si bunga yang membuat mu tersiksa..
si dia yang membuat kau terluka..
si peri yang mmbuat kasihmu relai...

tapi..dia sedang menderita..
menderita menerima takdir hidupnya..
menderita pada nasib hayatnya..
menderita untuk sisa-sisa yang ada..

wahai bidadari relakan dia pergi..
sempurnakan hidupnya dengan melihat kasih yang diganti..
kerna hatinya pasti mati..
saat terpaksa meningglkan kau pergi..

Sahabat aku

su dah lama melupakan kau. Tidak macam dulu. Contohnya tadi, aku betul-betul lupa, Su. Pagi tu, aku bangun lambat. Dekat pukul lapan jugak la. Kelam kabut aku bersiap untuk ke kelas, mana tidaknya, malam tadi aku tidak tidur semalaman. Assignment bertimbun. Presentation econs la, latihan P3 la, ulasan buku la. Tu belum lagi dengan preparation kuiz physics esok. Minta maaf, Su. Tak sempat nak bersua dengan kau walaupun sekejap…. Aku bukannya tak nak jumpa kau, tapi kau faham-faham je lah keadaan aku. Bukan kau sorang je aku tak jumpa, Su.


Zu pun lama aku tak jenguk. Kesian Zu. ‘Sorry’ banyak-banyak la, Zu. Aku sekarang selalu lambat balik kelas. Pukul satu. Itu pun kalau takde kelas petang. Kalau ada kelas petang, harus aku terpele’ot. Balik je, lapar-lapar tu, aku terus je pergi DH. Lepas pekena nasi beriani, aku tak lengah, terus tidur. Kadang-kadang sekejap, biasanya lama. Aku tahu, Zu. Dulu aku rajin jumpa kau ‘time-time’ macam ni, tapi sekarang aku pun tak tahu kenapa aku tak dapat jumpa kau. Aku takde masa, Zu.


As, kau sorang lagi kawan rapat aku dulu. Nampak macam aku dah mengabaikan kau aje sekarang ni. Aku sibuk, As. Petang-petang aku ada meeting. Kau kan tahu, aku presiden kelab. Kejap-kejap ada je program. Aku kena jaga anak-anak buah aku tu. Diorang tu bukan tahu sangat buat kerja. ‘Meeting’ pulak tu, bukan tahu nak sekejap, mesti terlajak sejam dua punya. Kalau meeting ‘start’ pukul 4.30, harus pukul 6 baru ‘settle’. Itu belum kira borak-borak kosong lagi.


Rib pun aku dah ingat-ingat lupa. Agaknya sebab engkau ni ‘ganjil’, kot. Yang lain tak ganjil macam kau. Macam mana aku nak jumpa kau, Rib. Sekarang ni, latihan bola sepak tengah giat. Coach nak pilih pemain-pemain handal je untuk team dia. So, latihan pun dipanjangkan. Aku pulak, mestilah berlatih bersungguh-sungguh. Aku dulu pemain sekolah. Kalau aku tak terpilih, malu besar la aku. Mana aku nak letak muka aku ni. Kawan-kawan aku semuanya kaki bola. Diorang semua balik lewat. Main sampai hari gelap. Balik aje dari main bola, aku tak terus mandi. Mana boleh mandi masa berpeluh, panau nanti. Agak-agak penat dah hilang baru aku mandi. Lepas mandi, awek baru aku ajak study kat RC.


Aku tahu ada temujanji dengan Is malam ni, pukul lapan setengah. Gara-gara awek baru aku tu, aku sanggup tinggalkan kau. Lepas tu, member-member aku ajak lepak kat cafĂ© pulak. Terpaksalah aku ikut, nanti aku dikataka sombong la, macam-macam. Tu yang aku tak nak dengar tu. Dah tu kita orang lepas makan, sembang la pulak. Lepas satu topik, topik lain pulak keluar. Balik lewat malam. Layan pulak VCD dengan member-member. Is, ‘sorry’.


‘Last-last’, semuanya aku tinggalkan. Tentu kamu semua sedih kan. Kawan-kawan semua, untuk pengetahuan, nama sebenar kawan-kawan “aku” tu, Su, Zu, As, Rib dan Is masing-masing adalah Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. Kamu semua janganlah jadi macam “aku”. Jagalah mereka dengan sepenuh jiwa dan raga. Mereka semua adalah ‘kawan sejati’ kita yang sebenar, yang akan‘backing’ kita apabila akhirat nanti. Adakah kita ‘menjaga’ mereka dengan baik sekali? Itulah persoalan pertama yang akan disoal masa akhirat nanti. Bagi kawan-kawan yang sentiasa ‘mendampingi’ mereka, ‘belailah’ mereka dengan ‘sempurna’ dan ‘tiada cacat celanya’. Tumpukan ‘perhatian’semasa bersama mereka agar keredhaan-Nya sentiasa menyinari hidup kita. Semoga cerita rekaan yang tiada kaitan dengan sesiapa ini menjadi pengajaran dan iktibar kepada kita semua.

Ucapan Maaf dari Seorang Lelaki Mampu Menyihatkan Jantung Perempuan.....

Bismillahirrahmanirrahim.....

Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi kalian perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah kalian bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan iklas dapat membantu memanjangkan usianya.

Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafaskan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.



Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.

Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.

Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.

Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat ‘bekerja’. Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.

Jadi,sayangilah pasangan kalian.Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf.

Hakikat Seorang Perempuan.....

Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau ada segalanya. Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.

Didiklah mereka dengan panduan darinya. Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.

Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman.

Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Ia bukan diskriminasi Allah.Sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan. Tanpa iman, ilmu dan akhlak, mereka tidak akan lurus, Bahkan akan semakin membengkok. Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka,pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara. Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata! Tapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya. Jinakkan diri kepada Allah. Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu. Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra' Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah.

Ingatlah.....

Azab Bagi Wanita

(tolong ingatkan kepada semua kaum perempuan yang anda kenal)


Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat

Renungan

khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri.....


Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat

Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.

Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,


"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.


Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.


Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.


Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.


Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.


Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.


Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,

beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang

rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.


Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka

disiksa seperti itu?


*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.


*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.


*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.





*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.


*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

cerita......

saya selalu harap ಠ_ಠ
sesuatu yang terlalu mustahil
contohnya,macam bidadari..~ ^_^
saya nak pergi ke bulan...
kawan saya cakap nanti
kita akan dekat sangat dengan
bintang-bntang.... >.<"
sebab saya suka bintang...
ermm..... (^-^")'\
dia jugak macam bintang...
mula saya hanya rasa suka dia....
tapi lepas suka...
saya rasa sayang... ^///^
Er~~cinta (._.)
saya takut nak bagitahu...
tapi saya lebih takut
kehilangan dia..dan saya
mula imaginasikan kesedihan
yang bakal saya hadapi...
sebab dia tak mungkin
terima saya... (¬_¬)
dan saya terus pendam..
segalanya saya serah pada takdir...
hari-hari-hari-hari...
terus berlalu..
suatu hari saya
rasa putus asa... _| ̄|○
saya rasa dia semakin jauh
saya rasa sedih.. (-_-)
saya hanya mahu dia
tapi ketakutan saya terlalu kuat..
saya selalu rasa saya terlalu
kecil dihatinya...~~
kalau saya mampu copy paste o)-<
apa yang ada dalam hati saya
tentu dia akan faham..
saya tak pandai meluah.. //_^

Dialah Segalanya.....


Inilah Suriyati Binti Hussin, merupakan jurulatih PLKN aku di Kem Pinggiran Pelangi Muadzam Shah , Pahang. aku pelatihnya dari kumpulan 1 siri 4 tahun 2007 ... hingga kini aku masih berhubung dengannya, kira 4 tahun dah berlalu.... tapi itu semuanya dulu.. dulu dia jurulatih juga cikgu bagi aku tapi kini... lebih kepada hubungan kekeluargaan. aku ngan dia kini kami lebih membiasakan diri dengan gelaran akak dan adik... bahagianya aku saat dia menyatakan " kalau boleh pasni tak payah panggil cikgu, panggil akk je ".... Syukur Alhamdulillah... suka sangat aku time tu hanya tuhan saja yang tahu. ianya berlaku hanya kerana aku kecewa dengan seseorang yang amat aku sayang di kem dl... apa pun yang berlalu biarkan berlalu.. kata akak.. "jangan berdendam sayang. tentang hal dia akak x mau dengar lagi hal remeh temeh jadi besar"... sejak itu ku biarkan saja semua yang terjadi...
kini kau jauh darinya... dia jua jauh dari keluarganya.. kini dia telah bergelar pendidik yang berjaya. moga usahanya untuk mendidik anak bangsa berjaya , berhasil. dia pasti berjaya!!!. kerana aku thu sapa dia.
best sangat bila ada yang sayang kita... tapi aku hanya menumpang kasih dari dia... kejamnya aku kerana mengambil kasih sayang yang sebaiknya hanya adik 2 kandungnya perolehinya... kejamnya aku kerana cemburukan dia atas kehadiran adik2 angkat dia yang lain.... tapi.. aku sayang dia!!!! salah ke??? hanya pada dia juga keluarga dia aku tumpang kebahagiaan... Ya Allah, sesungguhnya aku telah banyak melukai hati dia... aku tak layak mendapatkan dia juga keluarganya sepanjang pejalanan kamus hidup ku...






sewaktu akak pratikal kat Bentong





kenangan rumah lame.. aku rindui suasana itu....





nilah yang ku sayang...





tanpa dia sapa aku .. pastinya aku sekarang hanya orang jalanan...





kini dia jauh dariku demi anak bangsanya.....






aku kan selalu rindu dia......




Lingkup Bam.. hahhaa



1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.

2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.

3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.

4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.

5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang. (Itulah...lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)

6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... nasi pun habis.

7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok, jangan tak gosok tau)

8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.

9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.

10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin lagi ape)

11. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.

12. Biar korek hidung jangan korek tabung.

13. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.

14. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.

15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi.....boleh blah.......

16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.

17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.

18. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.

19. Biar lambat asalkan perlahan.

20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....

21. Habis madu, sepah jangan dibuang merata-rata.

22. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.

23. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri

24. Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang gunakan tangan....

25. Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang tak hendak tandanya kita tak lawa.

26. Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu takkan lari jugak.

27. Patah tumbuh, hilang report polis.

28. Berapa berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yang masuk acara angkat berat.

29. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk Sukan Olimpik jugak.

30. Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang aje beli jarum yang baru.

31. Kalau ada sumur diladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita kahwin lari.......(nak tak?)

32. Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang hamba makan satay Kajang lagi best......

33. Kalau kail panjang sejengkal, belilah kail yang panjang sikit.

34. Kalau takut dilambung ombak janganlah berumah ditepi pantai, buat rumah jauh-jauh sikit dari pantai la ..

35. Pecah kaca pecah gelas, kalau dah pecah tu tak reti-reti nak ganti ke.

Gelak seketika.....


Lawak 1:
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah
klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia
segera mendekati Amin.
Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah
dijalankan, mereka telah melukai jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis? Shan : Saya datang untuk ujian air
kencing...

Lawak 2:
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar
surat.Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke
dalam tong berwarna merah."Atok buat apa tu?" "Atok bagi surat kat
kawan atok, cu!"jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi,"Apa bangang
sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"

Lawak 3:
Orang Asli Dan Polis

orang asli: selamat pagi tuan
polis: selamat pagi
polis: apa hal
orang asli: saya nak buat repot tuan
polis: fasal apa tu
orang asli: kawan saya di baham harimau
polis: pukul berapa
orang asli: dia tak pukul, terkam
polis: habis?
orang asli: tak habis, tinggal kepala

Lawak 4:

Ada 3 sekawan bernama Gaduh, Gila & Bendul. Ditakdirkan Gaduh hilang.
Bendul pun membuat laporan polis.
Bendul : Encik, I nak cari Gaduh.
Polis : Isk.. apa?? U ni Gila ke ?
Bendul : Uik mana Encik tahu kawan I Gila ?
Polis : Adoi. apa la si Bendul ni nak ?
Bendul : I mmg Bendul. Tapi saya nak cari Gaduh !
Polis : .@%

Lawak 5:

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut
tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga !!!
kamu harus berjalan...
terus berjalan,
kami tau jalan
yang kamu lalui
sangat sukar....
kami nampak kesedihan
kamu,dia juga nampak..
percayalah kamu
sangat kuat tuk harunginya...
jangan sekali berpatah balik...
walaupun kamu keliru,
dengan diri kamu sendiri..
kamu rindukan dia..
kamu cintakan dia?
kamu mahu dia bahagia?
percayalah dia juga begitu..
kamu tak nampak apa
yang ada dalam hati kami,
kami sentiasa temani kamu..
cuma kamu tak dapat melihat..
dan....
Photobucket
kamu terus berjalan lagi
dalam keadaan lemah dan longlai
muka kamu kusut dan pucat..
kamu tak sedar kamu buat
kami sedih...
kalau kamu sayang kami
kamu kena gembira dan ceria...


Renungan Bersama

Dalam seminggu tujuh hari,
Berbagai nikmat telah diberi,
Cubalah lihat, renung dan kaji,
Agar faham dan tahu mensyukuri.

Hari Ahad yang kita cuti,
Hari dicipta bintang dan bumi,
Tujuh lautan dan tujuh api,
Tujuh neraka yang telah pasti.

Hari Isnin juga diseri,
Lahir Rasulullah penghulu Nabi,
Hari Jibrail turun menemui,
Membawa wahyu Rabbul Izzati.

Betapa pula di hari Selasa,
Wafatnya Nabi Zakaria dan Nabi Yahya,
Meninggal Habil Putera Adam a.s tercinta,
Juga Asiah isteri Firaun durjana.

Hari Rabu Hari Kehancuran,
Qarun, Fir’aun dan Namrud bin Kan’an,
Kaum Hud, kaum Saleh a.s dan sekelian,
Sebagai tanda murkanya Tuhan.

Hari Khamis ramai yang berhijrah,
Masuk Rasulullah ke kota Mekah,
Nabi Ya’kub a.s juga Musa nabi Allah,
Datang ke Mesir menyambung dakwah.

Hari Jumaat pernikahan Adam dan Hawa,
Nabi Yusuf a.s dengan Zulaikha,
Sayyidina Ali dengan Fatimah wanita mulia,
Juga nabi Sulaiman a.s dengan Ratu Balqis yang kaya.

Hari Sabtu berlakunya tipu daya,
Kaum Nuh kepada nabinya,
Tipu daya Fir’aun kepada Musa,
Juga Yahudi kepada Isa,
Mungkin peringatan kepada kita,
Agar lebih waspada urusan dunia.

Kenangan Kita


Persahabatan yang cukup lama buat kita... moga ianyakan kekal hingga ke syurga... persahabatan yang terjalin ini terlalu banyak kenangan yang indah.. pahit manis segalanya kita lalu bersama... dikala aku kesedihan kamulah yang buat aku tersenyum...... kini aku sepi tanpa kalian... aku rindukan detik kita bersama-sama... iz.. kau yang terbaik untuk aku... andud... kaulah penguat persahabatan ini... jgn biarkan persahabatan ini berlalu bergitu sahaj.. i luv u all...