Definisi Pengedaran
“Proses memindahkan barangan di pusat pengeluaran kepada pengguna di lokasi dan masa yang dikehendaki oleh mereka.”
Kepentingan Pengedaran
•Berupaya memenuhi konsep utiliti kepada pengguna iaitu;
-tempat
-masa
-bentuk
-pemilikan
•Sistem yang digunakan mestilah pada tingkat kos yang paling minimum
•Kaedah pengedaran yang dapat mencapai keuntungan yang disasarkan oleh syarikat
•Kaedah pengedaran yang dapat menampung kuantiti produk
•Membolehkan aktiviti pemasaran dijalankan dengan cekap dan efektif
Contoh: produk yang cepat rosak dapat diagihkan dengan segera
•Sistem pengedaran yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
Saluran-SaluranPengedaran
•Fungsi Saluran Pengedaran
i. Maklumat
Mengumpul dan mengagihkan maklumat penyelidikan pemasaran dan perisikan pemasaran tentang faktor-faktor dan tekanan-tekanan dalam persekitaran pemasaran yang diperlukan untuk tujuan pertukaran perancangan dan bantuan.
ii. Promosi
Membentuk dan menyebarkan komunikasi yang berkesan berhubung dengan sesuatu tawaran.
iii.Jalinan
Mencari dan berkomunikasi dengan pembeli prospektif.
iv. Pemadanan
Membentuk dan menyesuaikan tawaran mengikut keperluan para pembeli termasuk aktiviti-aktiviti seperti:
Pengeluaran
Penggredan
Pemasangan
Pembungkusan
v. Perundingan
Mencapai satu persetujuan ke atas harga dan terma-terma lain sesuatu tawaran supaya pemilikan boleh dipindahkan.
vi. Pengedaran Fizikal
Mengangkut dan menyimpan barangan.
vii.Pembiayaan
Mendapat dan menggunakan dana untuk mengurangkan kos pengedaran.
viii.Pengambilan Risiko
Mengambil risiko dalam menjalankan kerja-kerja saluran.
Tahap Saluran Pengedaran
Pengedaran Langsung
Saluran pengedaran yang paling pendek.
Tidak mempunyai sebarang pengantara atau orang tengah.
Terdiri daripada syarikat yang menjual secara terus produk kepada pengguna.
Selalunya bagi produk yang mudah rosak dan produk pengguna.
Contoh : Nelayan menjual sendiri ikan kepada pengguna atau petani yang menanam sayur jual sendiri di pasar.
Pengedaran Peruncitan
Mempunyai 1 tahap orang tengah (perantara) iaitu peruncit .
Penglibatan peruncit memaksa pihak pengeluar membuka gudang berhampiran peruncit. Ini dapat memendekkan masa dan memudahkan urusniaga.
Contoh peruncit : pasaraya, gedung aneka jabatan, gedung perabot dan kedai mudahbeli.
Pengedaran Pemborongan
Mempunyai 2 tahap orang tengah (pemborong dan peruncit).
Sering digunakan oleh pengeluar kecil makanan, farmasi, perkakasan rumah.
Kaedah Pengedaran
Definisi
Kaedah yang digunakan oleh pihak pengeluar untuk mengagihkan barangan kepada pengguna akhir menggunakan saluran pengedaran yang ada.
Kepentingan
•Memaksimumkan perkhidmatan pelanggan, dengan memastikan pengguna mendapat barang dan perkhidmatan pada tempat, masa dan dalam bentuk yang dikehendaki.
•Meminimumkan kos dengan memastikan pengeluar dapat memilih kaedah pengedaran yang menjimatkan dan menguntungkan.
Kaedah Pengedaran Fizikal
i. Darat
• Keretapi
Pengangkutan darat yang paling murah.
Sesuai untuk barang tahan lama seperti simen, beras dan arang.
Boleh angkut dalam jumlah yang banyak dan jarak yang jauh.
• Lori
Menjimatkan kos serta mengurangkan risiko kerosakan pemunggahan.
Contoh: Shapadu, Kontena Nasional.
• Van
Sesuai untuk mengangkut barangan pengguna dengan destinasi yang hampir.
• Trak
Sesuai untuk membawa barang yang dibawa oleh kapal dan keretapi ke tempat tertentu.
ii. Laut
• Kapal Laut
Pengangkutan menggunakan kapal
Barang : Arang batu, gula mentah, minyak mentah dan yang tahan lama.
Kelebihan : Kos pengangkutan yang murah dan banyak barang boleh diangkut secara pukal
Kelemahan : Mengambil masa yang lama untuk sampai ke destinasi.
iii. Udara
• Kapal Terbang
Ideal apabila kepantasan diperlukan atau pasaran jauh.
Sesuai bagi menghantar barangan yang cepat rosak (ikan dan bunga segar) dan bernilai tinggi, item-item kurang berat (alatan teknikal, barang kemas).
Kelemahan: Merupakan kos pengangkutan yang paling mahal.
Kelebihan: Masa penghantaran lebih cepat berbanding pengangkutan lain.
Contoh: Fed-Ex, MAS kargo, dan Cyberair.
Kaedah Pengedaran Bukan Fizikal
i. Internet
Kaedah pemasaran yang dikenali sebagai perdagangan elektronik.
Pengguna boleh memilih syarikat dan pengeluar melalui alamat laman web mereka.
Cth : www.eon.com.my/ atau www.dell.com
ii. Telefon
Kaedah pemasaran tele (telemarketing).
Pemasar menggunakan telefon untuk berhubung dengan bakal pembeli.
iii. Faksimili
Pengeluar menghantar katalog atau risalah mengenai sesuatu produk kepada pelanggan.
Pengguna pula menggunakan faksimili untuk menghantar pesanan kepada pengeluar.
iv. Mesin
(ATM, Mesin Vending Automatik)
Kaedah peruncitan secara automatik.
Produk dijual secara langsung/terus melalui mesin.
Contoh : minuman ringan, coklat, suratkhabar, kad ATM, tiket komuter dan bas.
Tidak memerlukan kedai dan bukan jualan peribadi.
Strategi Pengedaran
a. Pengedaran Intensif
Pengedaran yang merangkumi liputan yang paling luas dan maksima.
Pengeluar ingin memastikan produk mereka mudah didapati di merata kedai.
Sesuai untuk produk pengguna seperti makanan dan lain-lain.
b. Pengedaran Selektif
Merangkumi liputan mengikut kawasan tertentu.
Pengeluar menghadkan kepada beberapa pengantara sahaja.
Sesuai untuk produk beli belah, istimewa dan industri.
Contoh: perabot, alatan elektrik
c. Pengedaran Eksklusif
Digunakan untuk menghadkan pengedaran kepada satu outlet/kedai dalam sesuatu kawasan.
Selalunya bagi produk yang imejnya tinggi dan berprestij.
Hanya melantik beberapa pengantara sahaja bagi satu-satu kawasan.
Contoh: kereta mewah, butik pakaian berjenama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan