Sabtu, 8 Januari 2011

Gelak seketika.....


Lawak 1:
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah
klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia
segera mendekati Amin.
Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah
dijalankan, mereka telah melukai jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis? Shan : Saya datang untuk ujian air
kencing...

Lawak 2:
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar
surat.Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke
dalam tong berwarna merah."Atok buat apa tu?" "Atok bagi surat kat
kawan atok, cu!"jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi,"Apa bangang
sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"

Lawak 3:
Orang Asli Dan Polis

orang asli: selamat pagi tuan
polis: selamat pagi
polis: apa hal
orang asli: saya nak buat repot tuan
polis: fasal apa tu
orang asli: kawan saya di baham harimau
polis: pukul berapa
orang asli: dia tak pukul, terkam
polis: habis?
orang asli: tak habis, tinggal kepala

Lawak 4:

Ada 3 sekawan bernama Gaduh, Gila & Bendul. Ditakdirkan Gaduh hilang.
Bendul pun membuat laporan polis.
Bendul : Encik, I nak cari Gaduh.
Polis : Isk.. apa?? U ni Gila ke ?
Bendul : Uik mana Encik tahu kawan I Gila ?
Polis : Adoi. apa la si Bendul ni nak ?
Bendul : I mmg Bendul. Tapi saya nak cari Gaduh !
Polis : .@%

Lawak 5:

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut
tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga !!!

Tiada ulasan: