su dah lama melupakan kau. Tidak macam dulu. Contohnya tadi, aku betul-betul lupa, Su. Pagi tu, aku bangun lambat. Dekat pukul lapan jugak la. Kelam kabut aku bersiap untuk ke kelas, mana tidaknya, malam tadi aku tidak tidur semalaman. Assignment bertimbun. Presentation econs la, latihan P3 la, ulasan buku la. Tu belum lagi dengan preparation kuiz physics esok. Minta maaf, Su. Tak sempat nak bersua dengan kau walaupun sekejap…. Aku bukannya tak nak jumpa kau, tapi kau faham-faham je lah keadaan aku. Bukan kau sorang je aku tak jumpa, Su.
Zu pun lama aku tak jenguk. Kesian Zu. ‘Sorry’ banyak-banyak la, Zu. Aku sekarang selalu lambat balik kelas. Pukul satu. Itu pun kalau takde kelas petang. Kalau ada kelas petang, harus aku terpele’ot. Balik je, lapar-lapar tu, aku terus je pergi DH. Lepas pekena nasi beriani, aku tak lengah, terus tidur. Kadang-kadang sekejap, biasanya lama. Aku tahu, Zu. Dulu aku rajin jumpa kau ‘time-time’ macam ni, tapi sekarang aku pun tak tahu kenapa aku tak dapat jumpa kau. Aku takde masa, Zu.
As, kau sorang lagi kawan rapat aku dulu. Nampak macam aku dah mengabaikan kau aje sekarang ni. Aku sibuk, As. Petang-petang aku ada meeting. Kau kan tahu, aku presiden kelab. Kejap-kejap ada je program. Aku kena jaga anak-anak buah aku tu. Diorang tu bukan tahu sangat buat kerja. ‘Meeting’ pulak tu, bukan tahu nak sekejap, mesti terlajak sejam dua punya. Kalau meeting ‘start’ pukul 4.30, harus pukul 6 baru ‘settle’. Itu belum kira borak-borak kosong lagi.
Rib pun aku dah ingat-ingat lupa. Agaknya sebab engkau ni ‘ganjil’, kot. Yang lain tak ganjil macam kau. Macam mana aku nak jumpa kau, Rib. Sekarang ni, latihan bola sepak tengah giat. Coach nak pilih pemain-pemain handal je untuk team dia. So, latihan pun dipanjangkan. Aku pulak, mestilah berlatih bersungguh-sungguh. Aku dulu pemain sekolah. Kalau aku tak terpilih, malu besar la aku. Mana aku nak letak muka aku ni. Kawan-kawan aku semuanya kaki bola. Diorang semua balik lewat. Main sampai hari gelap. Balik aje dari main bola, aku tak terus mandi. Mana boleh mandi masa berpeluh, panau nanti. Agak-agak penat dah hilang baru aku mandi. Lepas mandi, awek baru aku ajak study kat RC.
Aku tahu ada temujanji dengan Is malam ni, pukul lapan setengah. Gara-gara awek baru aku tu, aku sanggup tinggalkan kau. Lepas tu, member-member aku ajak lepak kat cafĂ© pulak. Terpaksalah aku ikut, nanti aku dikataka sombong la, macam-macam. Tu yang aku tak nak dengar tu. Dah tu kita orang lepas makan, sembang la pulak. Lepas satu topik, topik lain pulak keluar. Balik lewat malam. Layan pulak VCD dengan member-member. Is, ‘sorry’.
‘Last-last’, semuanya aku tinggalkan. Tentu kamu semua sedih kan. Kawan-kawan semua, untuk pengetahuan, nama sebenar kawan-kawan “aku” tu, Su, Zu, As, Rib dan Is masing-masing adalah Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. Kamu semua janganlah jadi macam “aku”. Jagalah mereka dengan sepenuh jiwa dan raga. Mereka semua adalah ‘kawan sejati’ kita yang sebenar, yang akan‘backing’ kita apabila akhirat nanti. Adakah kita ‘menjaga’ mereka dengan baik sekali? Itulah persoalan pertama yang akan disoal masa akhirat nanti. Bagi kawan-kawan yang sentiasa ‘mendampingi’ mereka, ‘belailah’ mereka dengan ‘sempurna’ dan ‘tiada cacat celanya’. Tumpukan ‘perhatian’semasa bersama mereka agar keredhaan-Nya sentiasa menyinari hidup kita. Semoga cerita rekaan yang tiada kaitan dengan sesiapa ini menjadi pengajaran dan iktibar kepada kita semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan