Yayasan Pelajaran Johor
Posted on May 3 2007by admin
Kemudahan ini adalah ditawarkan bagi mengikuti kursus peringkat Persijilan, Diploma dan integrasi di: Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) (bagi kursus kembaran dengan IPTA dan yang diiktiraf oleh LAN sahaja) dan Universiti Swasta.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Lahir di Negeri Johor atau Warganegara Malaysia yang telah menetap lebih lima (5) tahun berturut-turut di Negeri Johor.
Sudah mendapat tempat pengajian / sedang menuntut di IPT;
Berumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh permohonan ditutup;
Belum mendapat sebarang tajaan / pinjaman pelajaran;
Keutamaan diberikan kepada warganegara Malaysia yang kurang berkemampuan;
CARA MEMOHON
Borang permohonan boleh didapati di Bahagian Hal Ehwal Pelajar di Institusi pengajian masing-masing dengan bayaran RM1/=mengunakan Wang Pos atas nama Yayasan Pelajaran Johor (borang adalah terhad).
ATAU
Hadir sendiri ke Pejabat YPJ untuk membeli borang dengan bayaran RM1/=senaskah atau kirimkan wang pos bernilai RM1/= atas nama “YAYASAN PELAJARAN JOHOR” berserta sampul surat beralamat sendiri berukuran 23 cm x 16 cm dengan bersetem RM1/= kepada :-
YAYASAN PELAJARAN JOHOR
NO 12 BANGUNAN YPJ
JLN NURI, LARKIN JAYA
KARUNG BERKUNCI NO. 711
80990 JOHOR BAHRU
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Borang yang lengkap (berserta kad akuan terimaan bersetem 50 sen) harus dikembalikan terus ke alamat di atas sebelum 30 Julai 2007 dan dituliskan dengan “Pinjaman YPJ” di sudut atas kiri sampul surat.
* Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dihubungi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan