Ahad, 9 Januari 2011

Umi....

Tahun 2002.. menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah.. indah sungguh saat itu.. mencapai usia remaja yang cukup luas dengan cabaran.... aku duduk dalam kelas yang terlalu ramai kaum cina.. terkadang aku bosan dengan keriuhan kelas dengna teriakan yang membingitkan telinga apabila gabungan bahasa dari dua kaum yang berbeza..... keriuhan itu terhenti apabila kehadiran guru kelas aku disitu... bermulanya perkenalan aku dengan guru kelas aku yang pertama di alam sekolah menengah ini... Puan Hajah Noriyah Binti Md dali... itu lah namanya... seorang yang tegas.. dan amat ditakuti oleh semua rakan kelas aku... pada sesi pertama itu... bermulalah perlantikan wakil kelas dimana aku dipertanggungjawabkan sebagai penolong kelas.... rakan aku Mimie merupakan ketua kelas aku pada waktu itu..... dalam waktu itu juga kami terpilih menyandang jawatan pengawas sekolah... namun jawatan bagi penolong masih berpihak pada aku... begitu juga Mimie... aku berbakti sepenuhnya kepada guru-guru ku.. tak sekali aku membantah... lama kelamaan aku menjadi terlalu rapat dengan guru kelas aku... antara rakan-rakan kelas hanya aku yang tahu akan kisah hidup guru kelas ku itu.... suka duka tentangnya hanya aku yang tahu... dalam leka dengan hidup seorang pelajar yang terlalu bebas bergaul dengan semua tanpa memilih rakan yang terbaik.. aku tersilap langkah... hingga keputusan exam pertengahan tahun aku amat teruk sekali.. sedih bila terkenangkan kembali saat itu... atas kegagalan itu aku jadikan guru kelas ku sebagai inspirasi aku.. telah ku luahkan pada dia untuk menjadi ibu angkat ku... namun bukan mudah untuk dia menerima aku ... sedang bukan hanya aku yang mahukan dia tapi juga Idlan.... oleh itu menjelang peperiksaan bulanan guru kelas aku mencabar aku dan idlan untuk mendapatkan markah tertinggi bagi mata pelajaran yang diajar iaitu sejarah.... atas cabaran itu aku berusaha bersungguh-sungguh.. tidak aku melepaskan peluang itu.. tiba lah pada hari peperiksaan... aku jadi serba tak kena.. bila tamatnya masa aku termenung jauh.. mampukah aku memiliki dia... sedang aku tak mampu uantuk lakukan yang terbaik dalam peperiksaan itu.... kini hanya doa dan tawakal saja yang mampu buat aku... pada hari keputusan di keluarkan.. disaat guru kelas aku memasuki kelas dengan wajah serius yang amat aku takuti... hati ku tertanya-tanya .. Bagaimana dengan keputusan aku??? berjayakah aku?? sedang dia membacakan markah rakan- rakan lain , aku gementar di tempat duduk ku... setelah habis rakan aku disebutnya markah hanya tinggal aku yg masih tidak disebut... berpeluh aku sendiri di tempat aku.. aku terduduuk malu.. kerana aku yakin keputusan aku amat mengecewakan dia.. dari riak wajahnya telah ku mengerti.... saat aku menumdukkan muka dia ke sisi meja ku.. dia menghulurkan hadiah buat aku.. aku terpinga.. lalu dia tersenyum pada aku.. sambil mengucapkan TAHNIAH atas kejayaan aku dalam ujian tu dengan markah yang bolehlah aku berbangga... lebih memilukan aku bila dia mendakap aku dan kata panggil saya "UMI"... aku terasa ianya hanya mimpi.. tpi itulah realiti......

Tiada ulasan: