Jumaat, 28 Januari 2011

Penyakit peparu berair..

-Juga dikenali sebagai ‘efusi pleura’
-Paru-paru itu dikelilingi oleh satu rongga kosong yang disebutkan sebagai kaviti pleura (pleural cavity) yang memisahkan antara paru-paru dan dinding dada.
-Ia diselaputi oleh ‘prietal pleura’ disebelah dalam dinding dada dan ‘viceral pleura’ yang meliputi paru-paru.Kaviti pleura ini penting semasa proses pengembangan dan pengucupan waktu bernafas.
-Jika rongga ini diisi oleh udara disebabkan oleh kebocoran pada viceral pleura ia dikenali sebagai ‘pnemothorax’, ‘hemothorax’ jika ia dipenuhi darah dan ‘pyothorax’ jika dipenuhi dengan nanah.


Jenis-Jenis Penyakit

-Exudate
-Transudate

Punca Penyakit / Faktor Risiko

-Terjadi daripada penyakit pada paru-paru itu sendiri atau penyakit organ lain seperti jantung, hati dan buah pinggang
-Batuk kering (TB)
-Pneumonia
-kanser paru-paru atau lain-lain kanser (efusi malignan)
-Embolisme paru-paru atau infarkasi (mati0 atau ‘infuction pulmonary’
-Kolagen (collegen disease) sepertti ‘rhuemathoid’ ‘arthritis’, SLE dan sistem sterosis
-Kegagalan jantung
-Sindrom nefrotik (kehilangan protin dari buah pinggang)
-Sirosis hati

Tanda-Tanda / Simptom

(1) Exudate
-Mempunyai kandungan protein yang tinggi (2 gram/100 ml)
-Cecairnya lebih pekat dengan spesifik graviti yang tinggi
-Jika warnanya keruh dan kelabu (cloudiness) ia mengandungi sel darah daripada penyakit kanser atau jangkitan paru-paru.
-Warna air tebu (straw colour) menentukan pesakit batuk kering (TB)
-Jika bernanah ia berpunca dari ‘lung abses’ atau jangkitan bakteria yang serius dalam kaviti pleura.

(2) Transudate
-berwarna lebih jernih dan cair
-kandungan protin yang kurang daripada 2 gram / 100ml
-terjadi akibat daripada kegagalan jantung mengepam air keluar dari paru-paru
-dalam penyakit sindrom nefrotik dan sirosis hati mengakibatkan tekanan onkotik palsma darah yang rendah, seterusnya berlakulah pergerakan air keluar dari pembuluh vena dan berkumpul di kaviti pleura.

Aids, anemia, aritmia, arterosklerosis, artritispsoriatik, asites(busung), asma, batu hempedu (gall stone), batu karang, batuk berdarah, bronkitis, chikungunya, cirit birit (diarea), demam denggi, demensia(nyanyuk), diabetes (kencing manis), epilepsi (sawan), fobia, gangguan usus perut, rawatan

Tiada ulasan: