Isnin, 18 April 2011

Kesan Minum Ais!!!

Hebahkan kepada kenalan anda dan yang anda sayangi

Kesan Minum AIS

Baca dan terus sebarkan kepada teman dan kenalan anda.

Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas ....

Artikel ini berguna untuk semua.

Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.
Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah
akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.
Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak
yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.
Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.
Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.
Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada
serangan pertama serangan jantung.
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.
Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..
Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...
PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang mendapat e-mail ini menghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa.
Baca ini..... ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!.

10 Pertanda Wajib Kawin!!!

10 tanda wajib kahwin
Pernah kah anda berasa sunyi dihati walaupun dikellilingi ramai orang? hah itu dah ade tanda2 wajib kahwin tu. Jalan jalan ke blog kawan, baca tentang artikal 10 tanda wajib kahwin. Ceh kalau bab kahwin ni memang cepat je klik nak baca. oh tidak. Gatal eh. Mane ade mane ade.

Cinta bertambah indah dengan ikatan pernikahan..

10 tanda wajib kahwin.


1. Sunyi di hati walaupun dikelilingi ramai orang.


"Dan kahwinkanlah orang yang bersendirian di antara kamu dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya; dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui." (Surah an-Nur : 32)

Perasaan sunyi dan sayu merupakan sindrom paling kerap menimpa manusia yang kosong hatinya daripada mengingati Allah. Kesunyian ini bermaksud hati terasa kosong dan wujud perasaan sepi sehingga boleh membawa kepada penderitaan, kepiluan serta kesedihan. Usahkan diri mereka yang mengalaminya, orang yang melihat juga akan berasa kesedihan tersebut.

Apabila seseorang itu berasa sunyi sekalipun terdapat ramai orang di sampingnya, maka itu adalah tanda pertama bahawa dia sudah sampai waktu untuk berkahwin. Kawan yang ramai bergelak ketawa tetapi jenaka dan lelucon itu tetap tidak dapat mengubat kekosongan di hati. Ini lantaran wujud ruangan vakum yang perlu diisi oleh seseorang yang dipanggil sebagai 'buah hati'. Apabila didatangi perasaan sunyi yang pelik ini, maka ketahuilah bahawa perkahwinan itu sudah diwajibkan bagi mencegah kejadian dan penyakit lebih berat.

Rasulullah bersabda:

"Sesungguhnya syaitan itu bersama seorang dan menjauh apabila berdua." - Hadith sahih riwayat Ahmad, an-Nasa'i, at-Tirmizi, Ibn Hibban dan lain-lain.

Apabila berseorangan, manusia itu mudah terdedah kepada pelbagai godaan, pemikiran tidak tangkas, akal lemah dan mudah terperangkap oleh tipu daya syaitan. Maka ketika itu, berkahwin sudah menjadi wajib bagi menyelamatkan kehidupan. Ini kerana syaitan sentiasa mendorong manusia untuk berbuat mungkar sehingga mereka terjerumus ke dalam jurang maksiat.

2. Kehidupan yang tidak terurus.

Kehidupan sepatutnya menjadi medan untuk beramal soleh dan menunaikan kewajipan serta perintah ALLAH dengan mengikuti lunas-lunas Islam. Kehidupan memberi kita satu peluang mengumpul sebanyak mungkin pahala bagi mendapatkan ganjaran syurga. Malangnya, bagi sesetengah orang, kehidupan mereka tidak terurus. Ia boleh dilihat ketika menziarahi rumah mereka. Keadaannya bersepah, tidak kemas, makan serta pakai mereka tidak teratur sehingga mengundang pelbagai masalah sampingan. Justeru orang seperti ini perlu dikahwinkan.Perkahwinanlah yang akan menjadikan mereka lebih bertanggungjawab serta berkeyakinan untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik dan juga bersistematik.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Sebaik-baik wanita yang menunggang unta salah satunya ialah wanita Quraisy yang solehah dan yang keduanya ialah wanita Quraisy yang berbuat baik kepada anak yatim yang masih kecil dan mengurus sendiri keperluan suaminya." - Hadith sahih riwayat Muslim no. 4589.

3. Jiwa menjurus kepada lawan jantina

Pernahkah terjadi perasaan berdebar-debar dan jantung berdegup laju tatkala berada berhampiran dengan lawan jantina? Sekiranya 'ya' dan jika keadaan sudah menjadi parah, jangankan sesekali duduk berdekatan, cukuplah kalau hanya sekadar melihat wanita cantik atau lelaki kacak melintas di hadapan mata.

Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Maka sesiapa yang fitrahnya diarahkan kepada sunnahku, maka dia telah mendapat petunjuk. Sesiapa yang fitrahnya terarah kepada selainnya, maka dia telah binasa." - Hadith riwayat Ahmad dan Ibn Hibban.


"Katakanlah kepada orang mukmin (lelaki) agar mereka menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan mereka. Demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita mukminah agar mereka menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan mereka..." - Surah an-Nur: 30-31

Rasulullah S.A.W. bersabda di dalam sebuah hadith qudsi yang menerangkan bahawa pandangan itu seperti panah beracun.

"Pandangan itu adalah panah beracun di antara panah iblis. Sesiapa yang meninggalkannya kerana takut kepadaKU, maka akan AKU gantikan dengan keimanan, yang ia dapatkan manisnya di dalam hatinya." - Hadith riwayat at-Tabrani dan al-Hakim.
Jika hati atau jantung berdebar-debar sewaktu memandang lawan jantina, maka sudah pasti mereka ini termasuk di dalam golongan yang diwajibkan berkahwin.

ALLAH berfirman:

"Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan Rahmat-Nya: bahawa DIA menciptakan untukmu (lelaki) isteri-isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan antara kamu (suami isteri) kasih sayang dan belas kasihan, sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang yang berfikir." - Surah ar-Rum: 21

4. Hilang fokus apabila wujud lawan jantina.

Hilang fokus atau lemah tumpuan adalah perkara normal yang berlaku kepada kebanyakan orang bujang. Keadaan ini berlaku kerana mereka kerap memikirkan berkisar tentang soal pasangan, masa depan yang tidak pasti dan persepsi daripada banyak pihak. Akibatnya, ia memberi kesan kepada tugas harian seperti mereka mudah hilang tumpuan, prestasi kerja merosot serta hasil produktiviti menurun. Mereka yang mengalami gejala hilang fokus atau lemah tumpuan ini adalah berpunca daripada faktor psikologi serta perasaan tidak stabil. Umumnya, penyakit ini disebabkan oleh kesunyian dan kekurangan cinta serta belaian kasih sayang. Jalan selamat dan ubat yang paling mujarab kepada masalah ini ialah dengan berkahwin.


"Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada ALLAH dan Rasul-Nya; mereka itu akan diberi rahmat oleh ALLAH; sesungguhnya ALLAH Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. ALLAH menjanjikan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam Syurga 'Adn serta keredhaan daripada ALLAH yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar." - Surah at-Taubah: 71-72

5. Cemburu melihat kebahagiaan orang lain.

Perasaan cemburu atau ghirah di dalam Islam terbahagi kepada dua bahagian. Pertama ialah padabahagian yang halal dan diperintahkan iaitu cemburu di dalam perkara kebaikan. Kedua ialah kepada perkara haram serta dilarang iaitu cemburu yang melampaui batas dan merosakkan. Cemburu yang melampaui batas ini disebut hasad. Perasaan hasad ini mampu menghapuskan kebaikan yang ada pada diri mereka, sebagaimana api membakar kayu kering. Inilah yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. di dalam sabdanya:

"Jauhkanlah (oleh kamu) dengki (hasad) kerana ia akan memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu." - Hadith riwayat Abu Daud.

Di dalam hadith yang lain, ada disebutkan:

"Janganlah saling hasad dan jangan mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah saling bermusuhan. Hendaklah saling memaafkan dan jadilah kamu bersaudara." - Hadith riwayat Muslim.

Berusaha menunaikan kewajipan perkahwinan jika sudah wujud perasaan cemburu dan tertekan apabila melihat kebahagiaan orang lain. Terutamanya ketika melihat kawan-kawan di sekeliling sudah pun mempunyai pasangan. Cemburu melihat orang lain berpasangan adalah isyarat bahaya bahawa perkahwinan itu perlu disegerakan. Ketahuilah bahawa perkahwinan itu sememangnya indah sehingga wajar untuk kita berasa cemburu.

6. Wujud perasaan sayang terhadap kanak-kanak.

Ini berlaku kepada mereka yang sudah sampai seru untuk berumah tangga. Apabila perasaan keibuan atau kebapaan tumbuh di dalam sanubari, ia akan mula memainkan peranan dengan menguasai diri dan mempengaruhi segala tindak tanduk. Ini menunjukkan bahawa seseorang yang sudah sampai waktu untuk memiliki keluarga sendiri. Inilah fitrah yang sudah ditetapkan oleh ALLAH.

ALLAH berfirman:

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak daripada jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi ALLAHlah tempat kembali yang baik (syurga)." - Surah ali-Imran : 14

Ketika memegang kanak-kanak atau bayi, terasa berat untuk kita melepaskannya. Apabila berada berhampiran mereka, naluri keibuan atau kebapaan itu seolah-olah mendorong kita untuk merangkul, bermain, mengusik dan membelai manja serta menikmati penuh gembira senyuman yang suci bersih itu. Itulah petanda bahawa sudah tiba masanya kita bergelar ibu dan bapa.

7. Jatuh cinta pada seseorang.

Jatuh cinta merupakan fitrah setiap manusia, begitu juga dengan perasaan minat dan suka. Ia adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana ALLAH telah mencipta manusia dengan fitrah sedemikian. Lelaki dijadikan untuk tertarik kepada wanita dan begitulah juga sebaliknya. Maka,tarikan ini adalah fitrah di mana ALLAH telah menyediakan jalan keluar yang paling sempurna iaitu dengan berkahwin secara sah. Perkahwinan merupakan sebaik-baik jalan perhubungan di antara lelaki dan wanita.

Ibn al-Qayyim berkata bahawa ia adalah 'Ketetapan ALLAH dengan hikmah-Nya menciptakan makhluk dalam keadaan saling mencari yang sesuai dengannya. Secara fitrah saling tertarik dengan jenisnya. Tetapi akan menjauh daripada yang berbeza dengannya.' Inilah ketetapan ALLAH kepada semua makhluk-Nya.

ALLAH berfirman:

"DIAlah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya, DIA menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya..." - Surah al-A'raf: 189

8. Desakan hawa nafsu

Ini selalu terjadi kepada lelaki dan wanita yang baru mencapai usia remaja. Sekiranya terdedah kepada lawan jantina, mereka akan cepat tergoda dan teruja. Bahkan, golongan dewasa yang mencapai usia pertengahan juga kerap kali mempunyai desakan ini. Hal ini disebabkan oleh banyak faktor dan perkara ini perlulah diambil berat. Mereka mesti berhati-hati di dalam mengendalikan hawa nafsu tersebut kerana ia boleh mengundang pelbagai masalah dan bahaya. Jalan paling selamat bagi menangani desakan nafsu ini ialah melalui perkahwinan. Melaluinya, desakan tersebut dapat dilangsaikan menurut tatacara Islam.

Hadith ini memiliki syahid yang diriwayatkan oleh Abu Zubair. Daripada Jabir, bahawa Rasulullah S.A.W. melihat seorang wanita lalu wujud keinginan di dalam hati baginda. Lalu baginda mendatangi Zainab yang sedang membuat roti dan lantas melaksanakan hajatnya. Setelah selesai, baginda keluar dan bersabda:

"Sesungguhnya seorang wanita menghadap dengan bentuk syaitan dan mundur dengan bentuk syaitan juga. Jika ada di antara kalian melihat seorang wanita, lalu berasa ghairah, maka datangilah isterinya (salurkan kepadanya). Sebab hal itu dapat menolak penyakit yang ada dalam hatinya." - Hadith riwayat Imam Muslim, Abu Daud, al-Baihaqi dan Ahmad. Matan ini milik Ahmad daripada beberapa jalur yang berasal dari Abu Zubair.
Maksud 'wanita sebagai menghadap dengan bentuk syaitan' bukan menunjukkan satu penghinaan atau penindasan. Makna paling tepat ialah wanita itu dipergunakan oleh syaitan dengan menghiasi mereka sehingga kelihatan cantik di mata lelaki yang memandang. Hakikatnya, wanita itu biasa sahaja. Hal itu berlaku kerana syaitan menghiasi mata dengan penipuan dan godaan.

9. Beronani.

Onani atau melancap ialah perbuatan mengeluarkan air mani bukan melalui hubungan intim atau persetubuhan. Beronani adalah satu perbuatan yang dipandang sebagai dosa besar di sisi Islam.Demikian, menurut majoriti para fuqaha. Imam Syafi'e dan Imam Malik juga mengharamkan perbuatan sedemikian. Ini berdasarkan firman ALLAH S.W.T. di dalam al-Quran:

"Dan mereka yang menjaga kehormatannya (dalam hubungan seksual) kecuali kepada isteri atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela. Barang siapa yang mengingini selain yang demikian, maka mereka adalah orang yang melampaui batas." - Surah al-Mukminun: 5-7

"Hendaklah kamu berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal." - Hadith riwayat al-Bukhari no. 5063, Muslim no. 3389, an-Nasa'i dan Ahmad.

Hadith tersebut jelas menunjukkan bahawa puasa berperanan untuk mencegah nafsu syahwat, bukannya merawat. Rawatan mujarab bagi penyakit ini hanyalah melalui perkahwinan.

10. Dorongan untuk melakukan hubungan intim.

Seseorang itu wajib berkahwin jika telah wujud di dalam jiwanya desakan untuk melakukan hubungan intim. Lelaki yang memiliki desakan nafsu yang kuat dibenarkan untuk berkahwin sehingga empat orang isteri pada satu masa. Ketentuan ini diperkuat lagi dengan ayat al-Quran.

ALLAH berfirman:

"...Kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian, jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil maka (kahwinilah) seorang sahaja..." - Surah an-Nisa' : 3.

Itulah hikmah ALLAH memberi keizinan untuk berpoligami kepada suami yang memiliki kekuatan dan kemampuan yang ditetapkan oleh-Nya. Memiliki nafsu syahwat yang kuat bukanlah satu kesalahan. Sebaliknya, ia adalah kebaikan jika disalurkan pada jalan yang halal dan benar. Justeru, lelaki haruslah lebih bijak dalam menangani kemampuan ini.

Khamis, 14 April 2011

Suami.. Jika si isteri menangis... gengam eratlah tangannya.....

Jika isteri menangis dihadapanmu….

“hargai lah ia sblm terlewat…”



Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,

itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!



Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!



Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.



Wahai suami2,

jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.



Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?



Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”



Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..



TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..



SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .



PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..



Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..



Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..



Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .



Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..



Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..



TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.



Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…



Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…



Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk



begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

Antara teman dan kekasih????

Antara Teman dan kekasih Yang mana harus kupilih?
Teman pengubat kesunyian,
Kekasih penyembuh kelukaan

Antara Teman dan kekasih Yang mana harus didahulukan?
Teman tempat mengadu,
Kekasih tempat bermadu

Antara Teman dan kekasih Keduanya tak bisa kusisih.
Teman menghulurkan bantuan,
Kekasih menghulurkan sokongan

Antara Teman dan kekasih Keduanya aku harapkan
Teman sekuntum senyuman,
Kekasih sepenuh perhatian

Antara Teman dan kekasih Bilakah akan kutemui.
Teman sejujur kata,
Kekasih setulus setia

Isnin, 11 April 2011

Pertemuan yang indah

Dia baru sahaja tamat belajar dan kini telah bergelar seorang doktor. Masih bujang dan tercari-cari seorang isteri sebagai teman hidup.Pada suatu hari, ketika sedang minum di sebuah kedai kopi berdekatan dengan sebuah sekolah tahfiz di Lembah Beringin bersama seorang rakannya yang hafaz Quran, dia terpandang seorang gadis yang sungguh cantik.Dengan wajahnya yang tenang dan penampilan solehah, gadis itu sungguh menawan.Si doktor dan si gadis bertentangan mata, tetapi dengan segera kedua-duanya mengalihkan pandangan mereka."Astaghfirullah," bisik doktor itu perlahan. Dia sedar itu panahan syaitan. Si gadis sedang minum-minum bersama dua orang rakannya.Subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah ini! Secara tiba-tiba si doktor menjadi gugup, berdebar-debar dan serba tidak kena. Ingin sahaja dia menyunting gadis ini sebagai isterinya.Doktor tersebut berbisik kepada rakannya yang hafaz Quran itu, "Kau kenal ke gadis itu?""Kenal. Dia sungguh berbudi bahasa. Dan masih belum berpunya lagi," jawab rakannya sambil tersenyum memahami. Aduh, bertambah guguplah doktor muda ini!Tiba-tiba, datang pelayan meminta order, dan dia secara spontan berkata,"Berikan saya kopi masin!"Semua orang memandang dan melihat aneh kepadanya, termasuklah rakannya, pelayan dan gadis tersebut. Mukanya mendadak menjadi merah, tetapi dia tetap tidak mengubah pesanannya, dan setelah kopinya sampai, dia terus meminumnya.Kehairanan, rakannya bertanya "Mengapa kopimu mesti masin, sahabatku?""Saat aku masih kecil, aku tinggal di tepi laut. Aku sangat suka bermain-main di laut, di situlah tempatnya aku dapat rasakan air laut... masin dan pahit. Sama seperti rasa kopi ini," jawab lelaki ini.Tanpa disedari, gadis cantik yang duduk di meja bersebelahan mereka mendengar kata-kata si doktor tersebut. Gadis ini terharu. Itu adalah hal yang sungguh menyentuh hati. Perasaan yang begitu dalam dari seorang lelaki yang mengungkap kerinduan akan kampung halamannya.Dia pasti lelaki itu adalah seorang yang menyintai dan mengambil berat akan rumah dan keluarganya. Dia pasti mempunyai rasa tanggungjawab akan tempat tinggal dan orang tuanya. Jika dia seorang abang, pastinya dia seorang yang sangat menyayangi adik-adiknya. Bertuahlah siapa yang menjadi isterinya.Setelah peristiwa tersebur, si doktor ini meminta rakannya merisik gadis tersebut. Pucuk dicita, ulam mendatang. Setelah mengetahui rombongan merisik adalah mewakili lelaki yang ditemuinya di kedai kopi tempohari, si gadis yang pada ketika itu hampir tamat pengajian di sekolah tahfiz, menerima si doktor ini sebagai teman hidupnya dengan hati terbuka.Seperti kisah cinta yang indah, Allah mengurniakan ketenangan di dalam rumah tangga mereka. Mereka hidup bahagia, saling menyanyangi antara satu sama lain, walaupun tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ini. Cinta yang berputik setelah perkahwinan, terus kembang mekar seiring dengan ketaatan mereka kepada Yang Maha Pencipta. Dan setiap kali si isteri membuatkan secawan kopi buat suaminya, dia tidak lupa membubuh sedikit garam di dalamnya, kerana dia tahu, itulah kesukaan suaminya.Setelah 40 tahun hidup bersama, si suami meninggal dunia. Dia meningalkan sepucuk surat buat isterinya."Sayangku, sepanjang tempoh kehidupan kita bersama, abang telah sentiasa jujur terhadapmu, tetapi maafkan abang untuk satu perkara. Maafkan kebohongan yang telah abang buat sepanjang hidup abang. Inilah satu-satunya kebohongan abang kepadamu - tentang kopi masin. Kamu ingatkah di saat kita pertama kali bertemu? Pada ketika abang sedang minum kopi dengan Ustaz Syakir, di maahad? Abang sangat gugup pada ketika itu. Sebenarnya abang inginkan kopi manis. Tetapi abang telah tersebut kopi masin. Waktu itu abang ingin batalkannya, tetapi abang terlalu gugup di hadapanmu ketika itu, maka abang biarkan sahaja. Abang tidak pernah menyangka itu akan menjadi awal perkenalan kita. Abang telah mencuba untuk mengatakan hal yang sebenarnya kepadamu..abang telah mencuba beberapa kali sepanjang hidup abang...tetapi abang tak sanggup melukakan hatimu..Sekarang saat kamu membaca surat ini, abang sudah tiada. Tidak ada lagi yang perlu abang bimbangkan, maka abang akan menyatakan ini kepadamu: Abang tidak menyukai kopi masin. Tapi sejak mengenalimu, abang selalu minum kopi masin yang kamu buatkan sepanjang hidup abang. Dapat berada di sampingmu adalah kebahagiaan terbesar dalam hidup abang. Jika abang punya kesempatan untuk menjalani kehidupan sekali lagi, abang akan tetap berusaha mengenalimu dan menjadikanmu sebagai isteri abang walaupun abang harus minum kopi masin sekali lagi."Sambil membaca, air matanya membasahi surat itu.Suatu hari, seseorang telah bertanya kepadanya, "Bagaimana rasa kopi yang masin?"Dia dengan pastinya menjawab, "Rasanya manis sekali."Begitulah kisah bahtera cinta yang antara dua insan, dalam pelayaran menuju cinta Tuhan.

Khamis, 7 April 2011

PANTANG LARANG SEBELUM KAWIN.. :-)

Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.
Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.
Elakkan minum air berkarbonat kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.
Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat ketika bersama.
Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)
Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.
Amalkan makan telur ayam kampung 2 kali seminggu yang dicampur madu dan ada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga.
Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia utk membuang angin.
Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin.
Elakkan minum minuman keras dan merokok.
Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.
Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.
Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.
Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.
Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.
Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.
Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.
Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.
Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.
Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.
Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu dan menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar.
Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut di santau oleh mereka yang mempunyai niat yang tidak baik.
Jangan tidur di rumah orang kerana takut terkena ilmu yang tidak baik. Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga.
Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.
Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai atau kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak mengalir.
Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.
Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.
Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.
Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.
elajar ilmu rumahtangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.
Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.
Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dari dikhianati orang lain.
Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan untuk menghangatkan lagi kemesraan.
Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.
Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah mengalami gangguan emosi.
Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.
Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.
NOTA: Percaya atau tidak terpulanglah kepada anda. Namun setiap pantang larang orang dulu-dulu pastinya ada hikmah dan kebenarannya.

Rabu, 6 April 2011

Amaran Dari ALLAH!!!!

AMARAN dari ALLAH ...DIDALAM MULUT BAYI
AMARAN dari ALLAH ...DIDALAM MULUT BAYI....
- please read!!!.. TRUE STORY

Message: Begini ceritanya.... Sahabat saya tu seorang guru di salah sebuah sekolah di Malaysia. Sahabat saya tu mempunyai seorang kawan Cina yang sama mengajar macam dia. Kawan Cinanye kata , dia telah terbaca berita di akhbar Cina baru-baru ini yang mengatakan ada seorang bayi cina baru saja lahir dalam keadaan mulutnye seperti berjahit tapi takdelah kesan jahit. Cuma mulutnye tertutup rapat. Jadi doktor bersepakat untuk membedah bayi Cina tersebut.

Ketika dalam pembedahan, mulutnye berjaya dibedah tapi ada sesuatu yang amat memeranjat yang berada di dalam mulut bayi tersebut..............Nak tahu ape dia???????? Doktor yang membedah bayi tersebut telah menemui sehelai kertas kecil yang didalam kandungannye bertulis dalam tulisan cina..nak tahu tak ape kandungannye??? Didalam kertas tersebut telah menyebut dalam tulisan cina yang berbunyi "Ingatlah wahai manusia, sesungguhnye Hari Kiamat akan menjelma tidak lama lagi"

Maka terperanjat lah doktor cina tersebut sebab bayi tersebut memang sejak dilahirkan memang mulutnye tertutup. Jadi tiada bukti mengatakan ada orang yang meletakkan kertas kecil tersebut. Jadi memanglah terbukti bahawa kuasa
Allah Yang Maha Besar menciptakan bayi tersebut sedemikian rupa untuk memberi maklumat kepada manusia tentang
ketibaan hari kiamat.. Sesungguhnye Allah Maha Bekuasa untuk memberikan agar bertaubat. Jadi sesungguhnye Allah sebenarnye masih sayangkan kita kerana telah memberi maklumat tersebut...

Adakah anda percaya ?Dalam keadaan ini , cuba kita renungkan pada zaman Rasullulah s.a.w Allah telah memberikan petunjuk kecil tentang tanda-tanda hari kiamat sejak zaman nabi-nabi dulu lagi.Contonhye lelaki kawin sama lelaki begitulah sebaliknye. Dan didalam Al-Qur'an sendiri telah mengatakan bahawa tanda tanda hari kiamat ialah apabila orang islam sendiri yang membenci islam dan menentangnye. Ini telah terbukti pada zaman sekarang di negara kita. Jadi secara amnye... sebenarnye hari kiamat akan menjelma tidak lama lagi tapi kita tak tahu bila. Cuma rasullullah ada menyebut hari kiamat akan datang pada hari Jumaat tapi tak tahu bila...........Tapi kita hairan kenapa akhbar melayu tiada berita ini.Ini adalah disebabkan pemerintah tak mahu akan menjadi kecoh di negara ini. Jadi sama-samalah kita renungkan bersama sesungguhnye berita itu adalah merupakan satu bonus daripada Allah terhadap manusia agar bersiap sedia.....untuk menanti ketibaan hari kiamat....................

Seperkara lagi ialah berkenaan salah satu tanda kiamat iaitu akan berlaku gempabumi di tiga tempat ....timur tengah, barat dan timur. Waktu itu baru Turki dan Taiwan.Tup..tup..Mexico di landa gempabumi yang dasyhat juga seminggu. Dan Allahyarham Ustaz Taha pernah berkata sekitar lima tahun lepas salah satu tanda kiamat akan berlaku kekecohan di Indonesia dan Turki. Sama sama kita renungkan...buktinya jelas makin nyata dari hari ke hari....sabarlah menanti.....sekian

Ini adalah keratan email yang dihantar oleh seorang rakan kepada saya..oleh itu menjadi tanggungjawab saya untuk edarkan pada semua.. sekian..

Notis dlm Mulut Bayi (pernah disiarkan disebuah akhbar berbahasa Cina)

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan- amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)