Rabu, 26 Januari 2011

Insan yang ku sayang

Akak.. Terima kasih tok segalanya....


11.1.11...

kakak,
terima kasih atas jasa mu yang banyak membantu aku...
tidak terbalas oleh aku akan setiap kebaikkan yang telah kau buat pada aku...
aku adik yang tidak pernah mengenang jasa mu sebagai pendidik jua sbgai kakak...
banyak yang telah kau tunjukkan pada aku tentng kehidupan..
entah bagaimana lagi tok aku lalui hari2 mendatang tnpa kata2 dari kamu...
tanpa ucapan mu..
tanpa semangat mu..
aku takkan pernah salahkan kamu membuang aku dari jdi sebahagian dari kamu..
cuma aku mahu kau tahu yg aku syang kamu...
syang aku x pernah melampaui batas hanya sbgai kakak dan adik..
telah ku dapatkan kamu dengan cara yang baik..
tapi aku kehilangan kamu dengan cara yang begini...
kamu benar2 buang aku dari life kamu....
Aku tak salahkan kamu..
Malah aku lebih sayang dan rindu sangat kat kamu...
macam mana aku sayang sangat kat 3 sahabat akuu... Izyanni.. Andud n Emy macam tu gak sayang aku kat kamu...
kamu yang selalunya ada saat suka duka aku...
kamulah pengubat duka lara aku...
kamulah yang buat aku bersemangat dikala aku diambang kegagalan....
kini?? sapa lagi yang aku ada?
ya, memang aku punya keluarga jua shabat.. tpi tidak lengkap tanpa dia...
asalkan kamu bahagia kini aku turut gembira...
biarpun setiap detik , saat waktu dah ketikanya hanya airmata yang menjadi pendamping setia aku... aku tak peduli..
janji tetap janji.. kan ku turuti ...
moga kamu berbahagia...
aku tahu aku tak biasa bersemangat tanpa kamu...
biarlah ku lalui kehidupan ini sendiri....
kenangan dengan kamu kan kujadikan memori terindah...
kenangan itu jualah yang akan jadi kekuatan aku..
tapi.... mampukah aku???
Ya Tuhan... sesungguhnya kau lah yang maha mengetahui..
bertapa siksanya aku lalui hidup ini tanpa kamu...
mengapa ini harus berlaku..
sedang aku amat menyayangi dia...
if i have time machine.. i want to return year 2007.....
umi... adik tak kuat tok lalui semua ni lagi..
sepertimana adik sayangkan umi begitulah adik sayangkan dia...
manakah lagi kekuatan buat adik...
sahabat.. maafkan keterlanjuran aku serta kekerasan aku
disaat aku menghadapi kesulitan ini...
sahabat kaulah yang masih setia disisi aku... terima kasih sahabat...
buat adik2 ku.. maafkan angah memarahi kamu.... angah sayang kamu.. maafkan angah...
kenapa aku masih tak dapat kawal emosi aku sendiri...
kenapa adik2 , shabt aku yg harus jadi mangsa!!!
kejamnya aku!!!
aku tak biasa kuat tanpa dia...
maafkan aku wahai insan2 kesayangan ku...
ku akui aku lemah tnpa dia...
walau ku tahu Tuhan itu selalu ada dengan aku...
tapi aku tak kuat lalui semua ni...
bantulah aku sahabat.........

~ if in a single flower we see
the wonder of life’s mystery
how beautiful this world can be
how filled with possibility
with gentleness a flower imparts
...beauty blossoms in the heart
and brings with her the scent of spring
that makes the soul rejoice and sing
the gift of beauty dwells in you
in a heart most good and true
and in earth’s garden you’ve a place
that sun can’t fade nor time erase..~~~

Jumaat, 21 Januari 2011

Yayasan Pelajaran Johor
Posted on May 3 2007by admin
Kemudahan ini adalah ditawarkan bagi mengikuti kursus peringkat Persijilan, Diploma dan integrasi di: Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) (bagi kursus kembaran dengan IPTA dan yang diiktiraf oleh LAN sahaja) dan Universiti Swasta.


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Lahir di Negeri Johor atau Warganegara Malaysia yang telah menetap lebih lima (5) tahun berturut-turut di Negeri Johor.
Sudah mendapat tempat pengajian / sedang menuntut di IPT;
Berumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh permohonan ditutup;
Belum mendapat sebarang tajaan / pinjaman pelajaran;
Keutamaan diberikan kepada warganegara Malaysia yang kurang berkemampuan;
CARA MEMOHON
Borang permohonan boleh didapati di Bahagian Hal Ehwal Pelajar di Institusi pengajian masing-masing dengan bayaran RM1/=mengunakan Wang Pos atas nama Yayasan Pelajaran Johor (borang adalah terhad).

ATAU

Hadir sendiri ke Pejabat YPJ untuk membeli borang dengan bayaran RM1/=senaskah atau kirimkan wang pos bernilai RM1/= atas nama “YAYASAN PELAJARAN JOHOR” berserta sampul surat beralamat sendiri berukuran 23 cm x 16 cm dengan bersetem RM1/= kepada :-
YAYASAN PELAJARAN JOHOR
NO 12 BANGUNAN YPJ
JLN NURI, LARKIN JAYA
KARUNG BERKUNCI NO. 711
80990 JOHOR BAHRU

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Borang yang lengkap (berserta kad akuan terimaan bersetem 50 sen) harus dikembalikan terus ke alamat di atas sebelum 30 Julai 2007 dan dituliskan dengan “Pinjaman YPJ” di sudut atas kiri sampul surat.
* Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dihubungi.
Yayasan Pelajaran Johor
Posted on May 3 2007by admin
Kemudahan ini adalah ditawarkan bagi mengikuti kursus peringkat Persijilan, Diploma dan integrasi di: Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) (bagi kursus kembaran dengan IPTA dan yang diiktiraf oleh LAN sahaja) dan Universiti Swasta.


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Lahir di Negeri Johor atau Warganegara Malaysia yang telah menetap lebih lima (5) tahun berturut-turut di Negeri Johor.
Sudah mendapat tempat pengajian / sedang menuntut di IPT;
Berumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh permohonan ditutup;
Belum mendapat sebarang tajaan / pinjaman pelajaran;
Keutamaan diberikan kepada warganegara Malaysia yang kurang berkemampuan;
CARA MEMOHON
Borang permohonan boleh didapati di Bahagian Hal Ehwal Pelajar di Institusi pengajian masing-masing dengan bayaran RM1/=mengunakan Wang Pos atas nama Yayasan Pelajaran Johor (borang adalah terhad).

ATAU

Hadir sendiri ke Pejabat YPJ untuk membeli borang dengan bayaran RM1/=senaskah atau kirimkan wang pos bernilai RM1/= atas nama “YAYASAN PELAJARAN JOHOR” berserta sampul surat beralamat sendiri berukuran 23 cm x 16 cm dengan bersetem RM1/= kepada :-
YAYASAN PELAJARAN JOHOR
NO 12 BANGUNAN YPJ
JLN NURI, LARKIN JAYA
KARUNG BERKUNCI NO. 711
80990 JOHOR BAHRU

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Borang yang lengkap (berserta kad akuan terimaan bersetem 50 sen) harus dikembalikan terus ke alamat di atas sebelum 30 Julai 2007 dan dituliskan dengan “Pinjaman YPJ” di sudut atas kiri sampul surat.
* Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dihubungi.

Khamis, 13 Januari 2011

Jangan Makan Panadol

SEBUAH KISAH BENAR....

Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.


Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Alternative Treatment ( Tips )
Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak.
Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.
Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis Painkiller? semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda.. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.


Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?
Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang Biasa?ini ke dalam mulut anda.

p/s: serik la aku xnk telan benda ni lagi..apa komen korang.??

Rabu, 12 Januari 2011

Temujanji dengan Pakwe Hansem... AT HSTF

13.1.2011
12.30a.m...

dah x larat dah ni.. ngantok gle..
tok kawan2 blog aku yang aku dok edit td tu,
semuanya aku ambil dari email aku yang lama..
ada rupanya msj2 dr someone untuk someone dlm flder n email aku...
aku kuar kan kat blog tok kongsi bersama kalian..
so bacalah yer..
aku dah x larat kot nak tgk email2 lain..
serabut..
dahlah byk sgt2... tpi email bisness la...
korang nak thu gak ke??? x perlu ar.. aku pon x buat bisness korang apa lagi.. huhuhu...
skit kepala kau tgk email aku yang ni...
hope email baru aku x lah seserabut yang ni..
bercampur aduk..
pasti klu ada msj dri rakan2 aku kat oversea n kat sini pon yang dok menyelit x pat aku baca...
aku x rajin ar nak tgk satu-satu..
banyak tu 30,000 ++ tu email...
jadinya aku spam and delete saja la..
maaf banyak2 buat shbt2 aku...
sok pagi aku nak balik muar..
program aku ngan umi kau..
n ptg temujanji ngan pakwe hansem kta Hospital Sultanah Fatimah Muar...
jadinya dah kul 1.00 a.m ni..
aku nak tido dl....
sok aku berkaryalah lagi..
tak pon aku dok belek g email lame tgk mana2 yang boleh kita kongsi bersama..
huhu... untuk umi kesayangan aku nnti kan kepulangan ku.. tpi selepas aku selesai kerja kat sini bersama mak..
mak yang ku rindu.. syang n kasih, anak mu kan cuba berbakti sepenuhnya selepas ini kepada kamu... apa pon kamu tetap ibu kandungku....

Warna-Warna Kelahiran..................

Warna-warna Kelahiran

tengoklah 'warna-warna kelahiran..'
Sebenarnya banyak rahsia boleh diungkapkan hanya dengan mengetahui tarikh lahir seseorang itu. Ha..kali ini selidik personaliti seseorang itu berdasarkan warna yang mewakili tarikh lahir.Malah sikap diri sendiripun boleh kamu kenali dengan mudahkan? Jadi, sekiranya tarikh lahir kamu jatuh pada 24hb Februari, bermakna kamu mewakili warna Kuning.
Setelah kenal pasti warna kamu, bolehlah melihat keperibadian diri kamu menerusi warna tersebut.
tapi jgnla pula terlalu percaya!!!



23 hingga 1hb Disember - Merah
2 hingga 11hb Januari - Oren
12 hingga 24hb Januari - Kuning
25hb Januari hingga 3hb Februari - Merah jambu
4 hingga 8hb Februari - Biru
9 hingga 18hb Februari - Hijau
19 hingga 28hb Februari - Perang
1hb Februari hingga 10hb Mac - Aqua (Biru kehijauan)
11 hingga 20hb Mac - Lime
21hb Mac - Hitam
22 hingga 31hb Mac - Ungu
1 hingga 10hb April - Biru
11 hingga 20hb April - Perak
21 hingga 30hb April - Putih
2 hingga 14hb Mei - Biru
15 hingga24hb Mei - Emas
25 hingga 3hb Jun - Krim
4 hingga13hb Jun - Kelabu
14 hingga 23hb Jun - Maroon
24hb Jun - Kelabu
25 hingga 4hb Julai - Merah
5 hingga 14hb Julai - Oren
15 hingga 25hb Julai - Kuning
26hb Julai hingga 4hb Ogos - Merah jambu
5 hingga 13hb Ogos - Biru
14 hingga 23hb Ogos - Hijau
24hb Ogos 2hb September - Perang
3 hingga 12hb September - Aqua (Biru kehijauan)
13 hingga 22hb September - Lime
23hb September - Olive
24hb September hingga 3hb Oktober - Ungu
4 hingga 13 Oktober - Biru
14 hingga 23hb Oktober - Perak
24hb Oktober hingga 11hb November - Putih
12 hingga 21hb November - Emas
22hb November hingga 1hb Disember - Krim
2 hingga 11hb Disember - Kelabu
12 hingga 21hb Disember - Maroon
22hb Disember - Teal Merah

Merah

Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda 'angin satu badan'! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan mereka.

Krim
Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan.
Namun kamu cukup takut akan 'kehilangan' sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang yang ceria selalu! Sebagai seorang kawan, kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji. Dari segi percintaan, kamu amat berhati hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!

Teal (warna kayu)

Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki ataupun perempuan, terlalu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih
yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu punya ramai teman.


Merah Jambu

Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang orang di sekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berpra sangka buruk terhadap orang lain.
Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.

Hijau
Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya
mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar benar sesuai untuk dirinya!

Emas
Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa.
Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang benar benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu
saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.

Kuning
Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang orang yang ada di sekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta. Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia!
Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminta hal hal yang romantik bersama si dia.
Alahai!


Maroon
Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu
buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!

Oren
Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap perbuatan yang kamu lakukan. Bagulah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang di sekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!

Ungu
Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya. Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa
gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punya kedudukan dan agak stabil kewangan mereka.


Warna buah limau (Lime)
Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti tersendiri yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?


Perak
Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni. Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga
namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan. Bukan apa, kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauhmana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap 'hard to get' untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati
juga suatu hari nanti.

Hitam
Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana
kamu ni kan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!


Warna buah Zaiton (Olive)
Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan. Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi 'favourite' di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain mem**** buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!


Perang
Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia.
Mungkin 'rezeki' kamu untuk memilikinya nanti?

Kelabu
Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna Kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh sesiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu oleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.


Biru
Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan
dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benar menyintai si dia setulus hati. Silap sendiri lah kan ? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.

Biru Laut
Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala galanya. Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu
juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi
berhati hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang
lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya, ego sangat nak maafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada
melakukan kesilapan!


Putih
Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!

Biru kehijauan (Aqua)
Mak oi! Angin satu badan kamu ini rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuatkan kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain. Dari
segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam
bercinta...! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak termakan diri!

Betul Ke???

Library : Bekerja Waktu Malam Boleh Kena Kanser
Posted on Wednesday, May 14 @ 06:29:47 MYT
Topic: Kajian Dan Penyelidikan
Adakah anda bekerja di waktu malam atau anda suka berjaga semalaman? Jika benar, ini adalah masanya untuk anda berwaspada bagi menghindarkan kanser. Ada sebuah kajian terbaru menyatakan bahawa bekerja di waktu malam akan menyebabkan tubuh anda mengeluarkan karsinogen (zat penyebab kanser). Bekerja waktu malam bukan saja mengganggu kebiasaan jam biologi tubuh. Kajian yang dilakukan oleh International Agency for Research on Cancer (IARC) dari WHO telah menyebut bahawa berjaga di wwktu malam menghasilkan sel kanser payudara bagi wanita dan kanser prostat bagi lelaki.

Para pengkaji berpendapat bahawa kerja di waktu malam mengganggu kebiasaan biologi tubuh. Hormon melatonin yang menggalakkan pertumbuhan tumor biasanya dihasilkan di waktu malam. Kurang tidur menyebabkan sistem kekebalan tubuh mudah diserang sel kanser dan tidak mempunyai kekuatan untuk bertindakbalas. Vincent Cogliano salah seorang anggota IARC menyatakan bahawa berlaku pingingkatan penderita kanser di kalangan pekerja malam. Sebenarnya hampir 20 peratus dari keseluruhan pekerja di negara-negara yang meningkat maju adalah pekerja malam. Jika benar bekerja malam memang berbahaya maka ramailah dari pekerja ini lambat-laun akan terkena kesannya.

Sebuah kajian mengenai bekerja malam ini pernah dilakukan juga sebelum ini iaitu pada tahun 2001 oleh satu kumpulan dari Fred Hutchison Cancer Research Center di Seattle. Mereka menemukan bahawa 60 peratus dari wanita yang bekerja malam lebih cenderung mengalami risiko kanser payudara. Beberapa ujian yang dilakukan ke atas tikus juga mendapati bahawa bila kebiasaan biologi tubuh terganggu maka ia akan menggalakkan penghasilan sel tumor. Sebuah kajian lain menyatakan bahawa pekerja pemadam kebakaran yang sering menghidu asap, bahan kimia, debu dan perlu bekerja di waktu malam mempunyai risiko mengidap kanser dan serangan jantung yang lebih tinggi.

Islam dengan jelas menggalakkan umatnya agar memilih siang sebagai masa untuk bekerja dan malam sebagai masa untuk berehat. Ini dapat kita perhatikan dalam beberapa ayat dalam Al-Qur'an:

Al-An?am 6:96. Allah jualah Yang membelah cahaya subuh (yang menyingsingkan fajar) dan yang menjadikan malam untuk tinggal berehat dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira waktu (menurut peredarannya). Yang demikian itu adalah kuasa penentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.

Al-A?raf 7:4. Dan berapa banyak negeri yang Kami binasakan, iaitu datang azab siksa Kami menimpa penduduknya pada malam hari atau ketika mereka berehat pada tengah hari.

Yunus 10:67. Dialah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu berehat padanya dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sesungguhnya perubahan malam dan siang itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu mendengar (keterangan-keterangan yang tersebut dan mengambil pelajaran daripadanya).

An-Naml 27:86. Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Kami telah menjadikan malam untuk mereka berehat padanya dan menjadikan siang terang-benderang? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman.

Al-Qasas 28:72. katakanlah lagi: Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan siang kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat, tuhan yang manakah yang lain dari Allah, yang dapat membawakan malam kepada kamu untuk kamu berehat padanya? Maka mengapa kamu tidak mahu melihat (dalil-dalil dan bukti keesaan dan kekuasaan Allah)?

Al-Qasas 28:73. Dan di antara rahmat pemberianNya, Dia menjadikan untuk kamu malam dan siang (silih berganti supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki dari limpah kurniaNya dan juga supaya kamu bersyukur.

Ghafir 40:61. Allah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu berehat padanya dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia seluruhnya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.

Al-Naba? 078:9. Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat?

Al-Naba? 078:10. Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)?
Al-Naba? 078:11. Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) masa untuk mencari rezeki?

Sebenarnya Islam menggalakkan umatnya menjadikan malam sebagai masa untuk bersama keluarga, berehat dan beribadah. Ini dijelaskan oleh ayat-ayat berikut:

Al-Muzzammil 73:1. Wahai orang yang berselimut!.
Al-Muzzammil 73:2. Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),
Al-Muzzammil 73:3. Iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu,
Al-Muzzammil 73:4. Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah Al-Qur?an dengan ?Tartil?.
Al-Muzzammil 73:5. (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Qur?an yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).
Al-Muzzammil 73:6. Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya.
Al-Muzzammil 73:7. (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya,
Al-Muzzammil 73:8. Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Pada hemat saya, ayat-ayat di atas menjadi bukti bahawa fitrah (kebiasaan biologi tubuh) untuk bekerja adalah di waktu siang dan sekiranya fitrah ini terganggu, ia akan menyebabkan berlakunya gangguan terhadap kesihatan. InsyaAllah akan ada sarjana Muslim di masa akan datang yang akan menemukan bahawa sebahagian malam yang diperuntukkan bagi beribadat kepada Allah berfungsi antara lain menghindarkan dari penyakit kanser atau sekurang-kurangnya membantutkan pertumbuhan kanser.

Wallahua'lam