Ahad, 5 Januari 2014

KELAS PEMASARAN 7-PENGEDARAN

Definisi Pengedaran

“Proses memindahkan barangan di pusat pengeluaran kepada pengguna di lokasi dan masa yang dikehendaki oleh mereka.”

Kepentingan Pengedaran

•Berupaya memenuhi konsep utiliti kepada pengguna iaitu;
-tempat
-masa
-bentuk
-pemilikan
•Sistem yang digunakan mestilah pada tingkat kos yang paling minimum
•Kaedah pengedaran yang dapat mencapai keuntungan yang disasarkan oleh syarikat
•Kaedah pengedaran yang dapat menampung kuantiti produk
•Membolehkan aktiviti pemasaran dijalankan dengan cekap dan efektif
Contoh: produk yang cepat rosak dapat diagihkan dengan segera
•Sistem pengedaran yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna

Saluran-SaluranPengedaran

•Fungsi Saluran Pengedaran
i. Maklumat
Mengumpul dan mengagihkan maklumat penyelidikan pemasaran dan perisikan pemasaran tentang faktor-faktor dan tekanan-tekanan dalam persekitaran pemasaran yang diperlukan untuk tujuan pertukaran perancangan dan bantuan.
ii. Promosi
Membentuk dan menyebarkan komunikasi yang berkesan berhubung dengan sesuatu tawaran.

iii.Jalinan
Mencari dan berkomunikasi dengan pembeli prospektif.

iv. Pemadanan
Membentuk dan menyesuaikan tawaran mengikut keperluan para pembeli termasuk aktiviti-aktiviti seperti:
Pengeluaran
Penggredan
Pemasangan
Pembungkusan

v. Perundingan
Mencapai satu persetujuan ke atas harga dan terma-terma lain sesuatu tawaran supaya pemilikan boleh dipindahkan.

vi. Pengedaran Fizikal
Mengangkut dan menyimpan barangan.

vii.Pembiayaan
Mendapat dan menggunakan dana untuk mengurangkan kos pengedaran.

viii.Pengambilan Risiko
Mengambil risiko dalam menjalankan kerja-kerja saluran.

Tahap Saluran Pengedaran

Pengedaran Langsung
Saluran pengedaran yang paling pendek.

Tidak mempunyai sebarang pengantara atau orang tengah.
Terdiri daripada syarikat yang menjual secara terus produk kepada pengguna.
Selalunya bagi produk yang mudah rosak dan produk pengguna.
Contoh : Nelayan menjual sendiri ikan kepada pengguna atau petani yang menanam sayur jual sendiri di pasar.

Pengedaran Peruncitan
Mempunyai 1 tahap orang tengah (perantara) iaitu peruncit .


Penglibatan peruncit memaksa pihak pengeluar membuka gudang berhampiran peruncit. Ini dapat memendekkan masa dan memudahkan urusniaga.
Contoh peruncit : pasaraya, gedung aneka jabatan, gedung perabot dan kedai mudahbeli.


Pengedaran Pemborongan
Mempunyai 2 tahap orang tengah (pemborong dan peruncit).

Sering digunakan oleh pengeluar kecil makanan, farmasi, perkakasan rumah.


Kaedah Pengedaran

Definisi
Kaedah yang digunakan oleh pihak pengeluar untuk mengagihkan barangan kepada pengguna akhir menggunakan saluran pengedaran yang ada.

Kepentingan
•Memaksimumkan perkhidmatan pelanggan, dengan memastikan pengguna mendapat barang dan perkhidmatan pada tempat, masa dan dalam bentuk yang dikehendaki.
•Meminimumkan kos dengan memastikan pengeluar dapat memilih kaedah pengedaran yang menjimatkan dan menguntungkan.


Kaedah Pengedaran Fizikal

i. Darat
• Keretapi
Pengangkutan darat yang paling murah.
Sesuai untuk barang tahan lama seperti simen, beras dan arang.
Boleh angkut dalam jumlah yang banyak dan jarak yang jauh.

• Lori
Menjimatkan kos serta mengurangkan risiko kerosakan pemunggahan.
Contoh: Shapadu, Kontena Nasional.

• Van
Sesuai untuk mengangkut barangan pengguna dengan destinasi yang hampir.

• Trak
Sesuai untuk membawa barang yang dibawa oleh kapal dan keretapi ke tempat tertentu.

ii. Laut
• Kapal Laut
Pengangkutan menggunakan kapal
Barang : Arang batu, gula mentah, minyak mentah dan yang tahan lama.
Kelebihan : Kos pengangkutan yang murah dan banyak barang boleh diangkut secara pukal
Kelemahan : Mengambil masa yang lama untuk sampai ke destinasi.

iii. Udara
• Kapal Terbang
Ideal apabila kepantasan diperlukan atau pasaran jauh.
Sesuai bagi menghantar barangan yang cepat rosak (ikan dan bunga segar) dan bernilai tinggi, item-item kurang berat (alatan teknikal, barang kemas).
Kelemahan: Merupakan kos pengangkutan yang paling mahal.
Kelebihan: Masa penghantaran lebih cepat berbanding pengangkutan lain.
Contoh: Fed-Ex, MAS kargo, dan Cyberair.

Kaedah Pengedaran Bukan Fizikal

i. Internet
Kaedah pemasaran yang dikenali sebagai perdagangan elektronik.
Pengguna boleh memilih syarikat dan pengeluar melalui alamat laman web mereka.
Cth : www.eon.com.my/ atau www.dell.com

ii. Telefon
Kaedah pemasaran tele (telemarketing).
Pemasar menggunakan telefon untuk berhubung dengan bakal pembeli.

iii. Faksimili
Pengeluar menghantar katalog atau risalah mengenai sesuatu produk kepada pelanggan.
Pengguna pula menggunakan faksimili untuk menghantar pesanan kepada pengeluar.

iv. Mesin
(ATM, Mesin Vending Automatik)
Kaedah peruncitan secara automatik.
Produk dijual secara langsung/terus melalui mesin.
Contoh : minuman ringan, coklat, suratkhabar, kad ATM, tiket komuter dan bas.
Tidak memerlukan kedai dan bukan jualan peribadi.


Strategi Pengedaran

a. Pengedaran Intensif
Pengedaran yang merangkumi liputan yang paling luas dan maksima.
Pengeluar ingin memastikan produk mereka mudah didapati di merata kedai.
Sesuai untuk produk pengguna seperti makanan dan lain-lain.

b. Pengedaran Selektif
Merangkumi liputan mengikut kawasan tertentu.
Pengeluar menghadkan kepada beberapa pengantara sahaja.
Sesuai untuk produk beli belah, istimewa dan industri.
Contoh: perabot, alatan elektrik

c. Pengedaran Eksklusif
Digunakan untuk menghadkan pengedaran kepada satu outlet/kedai dalam sesuatu kawasan.
Selalunya bagi produk yang imejnya tinggi dan berprestij.
Hanya melantik beberapa pengantara sahaja bagi satu-satu kawasan.
Contoh: kereta mewah, butik pakaian berjenama

Hargailah dia...


Ni 1 lg cter yg aku jmp msa tga2 belek home... hahahahaha.... cte ni mmg sdey bg aku... n aku harap cte ni bg pengajaran pada sesiapa pn... HARGAI DIA SEBELUM TERLAMBAT.... :)

Name aku Amir.. Aku de sorg awek.. Sorg??? huhu.. Awek aku ni mmg lawa giler r!! Sbb die lawa tu r aku ngn membe2 aku berebut.. Nasib aku baik la, aku dpt jugak die....memandangkan aku ni pun kategori org yg handsome.. hahaha..
OOPS! lupe! Name awek aku ni Nadia.. Kitorg x same kampung tp satu sekolah.. Satu hari ni aku dpt twrn smbung blajar kt satu IPTA ni.. Awek aku pn dpt.. Alhamdulillah result SPM kitorg cemerlang walaupun aku pun x percaye boleh dpt 7A.. Hahaha.. Tp mmg giler r.. Walaupun kos yg ditawarkn same, tp aku terlambung kt utara n die lak kt Selatan..

Die ni kuat jeles tu jgn ckp laa.. hidup aku dia yg aturkan.. selama aku satu sekolah dulu, jgn hrp la aku nk kuwa ngn membe2 perempuan aku.. Jgnkn kuwa same, pndg pun x boleh.. Kdg2 aku rimas jugak ngn die.. T aku ckp byk ngn die, mau die marah2 then merajuk.. Benci tul aku.. Aku tau die sygggg sgt2 kt aku. Aku tau die mmg x lyn mane2 lelaki yg cube usyar line die.. Kdg2 aku bengang jugak if ade lelaki yg hntr2 msj kt die walaupun die x reply..

Tp sebenarnye aku ade sorokkan sumthing drp die.. Disebabkan kitorg pun da terpisah jauh, aku mule la nk test market kt utara ni.. Jahatkn? Aku rase bebas!!! Aku pn rase die mcm tu jgk kot.. Yelah, die kn lawa.. Msti r ramai jantan usyar die.. Disebabkan aku nk menutup perasaan prasangka yg buruk2 tu, aku mula r berkawan ngn ramai perempuan kat sini.. Setiap kali org tanye status aku, mesti aku jwb aku single.. Aku selalu kuwa ngn member2 perempuan aku kat sini.. Mmg lagak cm org single.. Aku selalu teringatkan die time aku tgh berfoya2.. Bile wktu mlm sebelum tidur, msti die yg call aku.. Aku? Kdg2 kot.. Tp aku syg sgt kt die.. Aku ckp kt die, membe2 aku kt sini semuanye jantan.. Die ckp die pun same.. Sebelum kitorg end call mst die cerita2 kenangan kami bersama.. Die selalu ckp, "kalau sy da x de baru awk leh gatal dgn perempuan lain".. Kdg2 aku mrh die sbb die ckp yg bukan2 walaupun hakikatnya aku mmg da menggatal da pun.. Kdg2 aku selalu jgk create pergaduhan ngn die.. byk kali die nangis time gaduh2 ngn aku.. pernah tu aku tertengking dia.. kesian die.........

"SAYA SAYANG AWAK! SAYA NAK AWAK!"
Tibe2 aku terkejut drp lamunan.. Rupa2nye member perempuan aku, Tiqah.. Aku pn dgn bangang aku terima..
Mase duit PTPTN kuwa, aku beli sebijik henpon lg. Satu henpon khas tok msj Nadia, satu g utk Tiqah.. Dlm tempoh aku belajar kt sini, mcm2 tipu aku wat.. Aku tipu dua2 perempuan tu.. Tp hati aku tetap sygkn Nadia.. Mungkin sbb jauh, perasaan tu kdg2 bercampur.. Tiqah pn mcm Nadia.. Sejak aku couple ngn minah ni, aku dah x kuwa ngn member2 perempuan lain.. semuanya kembali mcm mase aku ngan Nadia dulu.. Aku terasa bersalah sgt.. Tp dlm mase yg same aku just nk hilangkan perasaan bosan sorg2 kat sini.. "Kalau la Nadia tau.." Kdg2 aku terfikir nk berterus-terang.. Tp aku x berani.. Kalau dulu aku tidur pukul 1.30, sekarang ni pkul 3.30 kdg2 pkul 4.. Yelah sbb nk gayut dgn dua2.. Semua org x tahu siapa aku sebenarnya walaupun roomate aku sendiri.. Setiap kali aku balik kampung, Nadia x balik.. Yelah.. U dgn sekolah mane same.. Cuti lain2.. Cume ade sekali tu kitorg dpt cuti same2.. Cuti raye kn.. Time aku jumpa ngn Nadia, aku sorokkan henpon satu lg tu kat rumah.. Nadia makin lawa! Berseri2.. Mane2 lelaki tgok gerenti r cair ni.. Nadia ckp cinta die hanya utk aku.. Selama die berpisah dgn aku, die semakin rindu, semakin syg n cintakn aku.. Utk hilang rase camtu, die habiskan mase dgn belajar.. Kdg2 die ckp belajar smpai tau2 da mlm.. Die happy sbb hati aku masih x berubah utk dia sorang.. ERR! aku terasa bersalah sgt.. "Kalau sy da x de, baru awk leh gatal dgn perempuan len tau!" ckp die sambil tergelak2.. Perkataan tu da berjuta kali kot die sebut.. Aku tgok muke die yg lembut tu.. Die bersuara, kalau habis belajar, die nk aku ikat die sebagai tunang.. Pastu die nk kami kerja, kumpul duit byk2 n kahwin then sambung belajar lg.. Beria2 die menceritakan impian die kt aku...

Permainan aku berlarutan sehingga sem yg ke 4...
Pada satu hari ni aku g makan ngn Tiqah mcm biasa... Heboh kampus aku jd tuan rumah untuk satu pertandingan perbahasan antara IPTA. Kebetulan hari ni ulangtahun ke 3 aku ngan Nadia.. Mcm biase aku g mkn ngn Tiqah kt cafe.. Mase Tiqah tgh ambil lauk, aku terniat hati nk cek msj die.. Terhenti jantung aku, berlambak2 msj sorang jantan yg bersayang2 kt inbox dia.. Aku pn angin r.. Mase Tiqah duduk, aku soal2 dia smpai menangis minah tu.. Sebelum ni x terniat pulak aku nk cek.. Tiqah ckp die ttp sygkn aku.. Aku pun mula terfikirkn Nadia.. Tibe2 ade sekumpulan awek dtg kat meja aku time2 gini la pulak.. X lame pastu aku nmpk Nadia.. Aku menelan air liur.. Rupe2nye, Nadia ambil bahagian dalam pertandingan tu.. Bila Tiqah nmpk ramai2 awek tu dtg kt aku, pelik r die.. N dgn kuasa Allah, semua terbongkar pada saat tu.. N Tiqah sendiri mengaku yg dielah awek aku kt depan Nadia.. Aku tgok Nadia menangis.. Die x bercakap sepatah haram perkataan pun.. Cume die berikan aku sekotak hadiah ulangtahun kami sebelum dia tinggalkn aku.. Aku terus putuskan hubungan aku ngn Tiqah.. Mase aku balik hostel, puas aku call Nadia.. Aku hntr msj berlambak2 kt die.. die x reply pn... Aku sedar, die dah benci aku..

Rupanya Nadia masih menerima aku.. Aku happy sgt2.. Aku berjanji x nk kecewakn die lg.. 2 minggu kejadian itu berlalu.. Org2 sekeliling aku mula menjauhkan diri daripada aku.. Nk2 yg member2 perempuan aku la.. Aku dah x kesah da.. Aku dah berubah.. Aku cuma nk dapatkn keputusan yg cemerlang sampai time akhir sem nanti. Aku nk dptkn kerja baik2.. Apa2 pun aku nk ikat Nadia dulu.. Kdg2 aku berasa malu sgt kt Nadia nk2 bila teringatkn mak ayah dia.. Nasib baik die x pergi report kat mak n ayah dia.. hehe.. Dlm tgh syok2 berangan sambil membelek2 kemeja baru hadiah ulangtahun daripadanya mase hari kejadian tu, tibe2 aku dpt msj drpd member Nadia.. "Nadia eksiden!" Ermm.. Hati aku tibe2 jd x sedap.. Msj kedua drp member die smpai lg.. Terasa panas muka aku bile bace msj tu.. "Nadia da X DE.. Die kne langgar ngan kereta mase lintas jln.." Mcm org gila pas aku bace msj tu.. Aku ambil keputusan balik kejap kampung walaupun terpaksa ponteng kelas..

Aku rase kosong.. Kosong sgt.. Teringat gelak tawa die, teringat suara die, muke die yg lawa tu.. Aku menangis dlm bas.. Aku x peduli ngn org2 yg pndg aku.. Kali ni aku betul2 menyalahkan diri aku.. Semua kenangan aku ngan Nadia bermain dlm kepala aku.. Aku xmampu menahan perasaan sedih ni.. Berulang kali aku bace msj terakhir Nadia mlm td.. "Awk, sy nk tido.. Mcm biase, sy sygkn awk utk selamanye walaupun awk da lukekn ati sy, sy maafkn... Tp ingat! Kalau sy x de baru awk leh gatal ngn perempuan len tau! Hehe.. Nk mrh la tu.. Sy leb awk! Sweet dreamz.." Ya Allah! Kuatkn hatiku ni.. Semasa aku sampai, jenazahnya belum tiba lagi.. Ye.. Aku pun terus mencoretkan kisah ini.. Semoga menjadi pengajaran kt korang.. Air mata aku berguguran sepanjang mencoretkan kisah ni.. Tapi aku tau, Nadia x kn kembali da.. X de lg msj Nadia, panggilan Nadia.. X de dah ungkapan "kalau sy x de" tu dah..

Teman2.. Aku mintak sedekahkanlah fatihah utk nya.. Mungkin ada yg memperlekehkn kisah aku ni.. Tp bg aku, inilah kisah yg plg bermakna utk aku.. Utk selamanya aku menyayangi kau, Nurul Nadia bt Zainarruddin..
Mungkin kejap lagi jenazahnya tiba.. Aku nk bersiap2 utk beri penghormatan terakhir buat die yg aku sygi.. Sememangnya cinta die utk aku shgga akhir nafasnya... Aku mampu merelakan pemergiannya... Tabahkn hatiku Ya Allah.... -Al Fatihah.....

KELAS PEMASARAN 6-PASARAN

PENYASARAN PASARAN

Definisi

Falsafah pemasaran bersasar merupakan falsafah yang terkini dan menjadi amalan banyak institusi perniagaan. Melalui falsafah ini pengeluar atau pemasar akan lebih berusaha mengenalpasti beberapa segmen pasarannya secara lebih terperinci. Kemudian mereka akan memilih hanya satu atau dua di antara segmen tersebut untuk menjadi sasarannya. Ianya memberikan peluang kepada penjual untuk membentuk produk yang betul dan bersesuaian bagi setiap segmen pilihannya serta menyesuaikan pula dengan harga , kaedah pengedaran, dan pengiklanan bagi memastikan para pelanggan mendapat kepuasan yang optimum.


Menilai segmen pasaran

Menilai segmen pasaran merupakan aktiviti yang amat penting kepada syarikat yang melakukan segmentasi. Keputusan berkenaan dengannya perlu dilakukan dengan teliti kerana tidak semua segmen yang terhasil sesuai untuk disasar oleh syarikat. Terdapat tiga faktor yang perlu diberikan tumpuan oleh syarikat ketika melaksanakan proses penilaian ini, iaitu saiz dan pertumbuhan segmen, daya tarikan struktur, serta objektif dan sumber-sumber syarikat.

1 Saiz dan Pertumbuhan Segmen

Penilaian yang dilakukan mesti mengambil kira faktor saiz dan pertumbuhan sesuatu segmen. Syarikat perlu mengumpul dan menganalisis data berkenaan dengan jumlah jualan yang diperolehi sebelum proses segmen dilakukan, kadar pertumbuhan jualan yang dijangkakan dan margin keuntungan yang dijangkakan.

Syarikat yang kecil pastinya kekurangan kemahiran dan sumber untuk memenuhi keperluan segmen pasaran yang besar. Oleh itu, jualan dan kadar pertumbuhan yang besar tidak mungkin memberi daya tarikan kepada syarikat kecil. Adalah bijak bagi syarikat kecil untuk memilih segmen pasaran yang kecil dan tidak berapa menarik tetapi berpotensi dari segi strukturnya untuk memberikan keuntungan kepada syarikat.

2 Daya tarikan struktur

Saiz pasaran yang besar dan pertumbuhan yang baik tidak semestinya memberikan keuntungan yang memuaskan kepada syarikat. Oleh itu syarikat perlu menganalisis faktor-faktor struktur, yang terlibat terutama sekali yang akan memberi kesan jangka masa panjang seperti:

1 Persaingan yang wujud dan berpotensi untuk wujud – segmen tidak lagi menarik sekiranya terdapat persaingan yang kuat lagi agresif
.
2 Ancaman produk gantian (subtitutes) – ia boleh menghadkan harga dan keuntungan yang dijangka dari segmen pasaran. Sekiranya terdapat banyak produk gantian maka pasaran akan hilang daya tarikannya.

3 Kuasa pembeli – pembeli yang mempunyai kuasa tawar menawar yang tinggi (strong bargaining power) dari penjual akan memaksa harga diturunkan dan kualiti dipertingkatkan. Ini akan menyebabkan pasaran tidak lagi menarik.

4 Kuasa pembekal – segmen pasaran tidak lagi menarik sekiranya pembekal mampu mengawal harga dan mengurangkan kuantiti. Sesuatu syarikat akan menghadapi kesukaran untuk menghasilkan keuntungan sekiranya usaha penyasaran yang dilakukan terhadap sesuatu segmen itu dikekang oleh pembekal yang berkuasa menentukan kuantiti sesuatu produk yang dipesan oleh syarikat tersebut. Ini adalah lebih menyukarkan sekiranya produk yang diperlukan adalah merupakan input penting dalam pengeluaran.


3 Objektif dan sumber syarikat

Syarikat perlu menilai objektif dan sumber syarikat yang ada dengan segmen yang disasarkan. Syarikat juga perlu menilai kelebihan dari segi kemahiran dan sumber yang diperlukan untuk bersaing. Perkara yang penting sekali ialah kekuatan yang dimiliki syarikat perlu mengatasi kekuatan syarikat pesaing. Syarikat mestilah lebih superior bagi mendapatkan kelebihan dalam mensasar pasaran.


Kesimpulan

Oleh itu dalam penyasaran pasaran, isunya bukanlah sahaja kepada siapa ingin di sasar tetapi dengan skop yang lebih luas iaitu bagaimana dan untuk apa penyasaran dilakukan . Kontorversi timbul apabila pemasar cuba untuk mengaut keuntungan dan merugikan segmen pasaran, apabila mereka secara tidak adil mensasar kepada segmen yang mudah terpengaruh atau penyasaran mereka berdasarkan keluaran atau taktik yang boleh di persoalkan. Pemasaran yang mempunyai tanggungjawab sosial mengambil berat tentang penyasaran yang bukan sahaja menjaga kepentingan syarikat tetapi juga kepentingan pasaran sasaran.


Memilih Segmen Pasaran

Selepas anda mempelajari tentang menilai segmen-segmen yang berbeza, anda seharusnya telah mempunyai pemahaman yang lebih baik. Sekarang kita akan mempelajari pula bagaimana cara organisasi harus membuat keputusan berkenaan yang mana dan berapa banyak segmen perlu dipilih dan diberikan tumpuan. Terdapat tiga cara pemilihan yang boleh dibuat oleh organisasi, iaitu pemasaran tak berbeza, pemasaran terbeza dan pemasaran tertumpu.


1 Pemasaran Tak Terbeza

Dalam penggunaan strategi pemasaran tak terbeza, firma mungkin membuat keputusan untuk mengabaikan atau tidak mengambilkira perbezaan segmen pasaran dan mensasarkan keseluruhan pasaran dengan menawarkan satu produk atau satu barisan produk. Syarikat melakukan penumpuan kepada apa yang sama dalam keperluan pengguna tanpa mengambilkira perbezaan di kalangan mereka. Syarikat merekabentuk produk dan program pemasaran yang menarik supaya dapat meningkatkan bilangan pembeli. Ia juga dikenali sebagai mass marketing. Contohnya, Kilang Proton hanya mengeluarkan kereta mereka berasaskan warna yang tertentu sahaja, walaupun tentunya setiap pengguna mempunyai warna kegemaran yang berbeza-beza.

Pemasaran tak terbeza memberikan penjimatan kos. Barisan produk yang sempit mengurangkan kos pengeluaran , kos inventori dan pengangkutan, kos penyelidikan pemasaran serta kos pengiklanan. Sebenarnya kesukaran timbul dalam membangunkan keluaran atau jenama yang dapat memuaskan semua pengguna, daripada sinilah timbulnya strategi pemasaran tak terbeza.

2 Pemasaran Terbeza

Melalui strategi ini, firma menentukan untuk mensasar kepada beberapa segmen pasaran sahaja dan merekabentuk tawaran yang berasingan untuk setiap satunya. Contohnya, Nike menawarkan kasut sukan untuk sukan berbeza-beza seperti lumba lari, lumba basikal, sukan badminton dan sebagainya. Dengan menawarkan keluaran dan variasi pemasaran syarikat mengharapkan jualan lebih tinggi dan kedudukan yang kuat di dalam setiap segmen pasaran

Merekabentuk rancangan pemasaran yang berbeza untuk segmen yang berbeza memerlukan tambahan penyelidikan pemasaran, ramalan, analisis jualan, rancangan promosi dan pengurusan saluran. Tambahan lagi, percubaan untuk menjejaki segmen pasaran berbeza melalui pengiklanan berbeza akan meningkatkan kos promosi. Justeru itu, apabila memutuskan mengenai strategi pemasaran terbeza, syarikat mesti menimbangkan peningkatan jualan berbanding peningkatan kos.

3 Pemasaran Tertumpu

Strategi pemasaran yang terakhir ialah pemasaran tertumpu, strategi ini sesuai untuk syarikat yang mempunyai sumber-sumber terhad. Di sini firma cuba mendapatkan syer yang besar dari satu atau beberapa subpasaran.

Pemasaran tertumpu memberikan cara terbaik untuk perniagaan kecil yang baru untuk mencari tapak menentang pesaing yang besar dan lebih berkemampuan. Pada masa yang sama, pemasaran tertumpu melibatkan risiko yang lebih dari biasa. Segmen pasar yang tertentu boleh menjadi teruk atau pesaing yang besar mungkin mengambil keputusan untuk memasuki segmen yang sama.

Pemposisian:
§ Cara pemasar meletakkan produk dalam minda pengguna berbanding produk pesaing.
§ Biasanya ditentukan pengguna berasaskan sifat-sifat tertentu atau pengalaman.
§ Termasuk menanam manfaat unik sesuatu jenama dan pembezaan dalam minda pengguna.
§ Peta pemposisian yang memplotkan persepsi sesuatu jenama kerap digunakan.

KELAS PEMASARAN 5-SEGMENTASI

Segmentasi Pasaran

1. Apakah Yang Dikatakan Segmentasi Pasaran?

Tahukah anda, sesebuah organisasi melakukan segmentasi pasaran adalah untuk membangunkan produk yang sesuai bagi setiap segmen yang dipilih, dan menyesuaikan harga, saluran agihan serta promosi untuk menjejaki pasaran sasaran dengan lebih efisien? Justeru itu apakah yang dimaksudkan dengan segmentasi pasaran?

Segmentasi Pasaran

Segmentasi pasaran bermaksud aktiviti organisasi membahagikan sesuatu pasaran yang luas dan berbeza (heterogen) kepada pasaran-pasaran atau kumpulan-kumpulan yang lebih kecil.

Pembahagian pasaran ini akan menjadikan pembeli-pembeli atau pengguna-pengguna di dalam pasaran atau kumpulan itu sama (homogen) dari segi keperluan unik mereka terhadap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan di dalam pasaran.

Menurut Kotler dan Armstrong (1996) segmentasi pasaran adalah satu proses membahagikan pasaran yang besar dan mempunyai pelbagai keperluan, ciri dan gelagat pengguna kepada pasaran yang lebih kecil, yang mana individu-individu di dalam setiap segmen mempunyai keperluan, kehendak dan gelagat pembelian yang sama.

Cara-cara mensegmentasikan pasaran.

Bagaimana organisasi melakukan segmentasi pasaran? Organisasi yang mengamalkan pemasaran segmen menyedari yang pembeli berbeza dalam keperluan, persepsi dan kelakuan membeli mereka. Melalui pemasaran segmen, pemasar berusaha mengasingkan pasaran yang luas dan mengenal pasti beberapa segmen pasarannya secara lebih terperinci. Kemudian ia menyesuaikan tawarannya dengan memilih hanya satu atau dua di antara segmen tersebut untuk menjadi sasarannya.

Organisasi akan membentuk campuran pemasaran bagi setiap segmen yang terpilih. Sebagai contoh, syarikat pengeluar minuman Coca-cola yang menawarkan produk yang dapat memenuhi kehendak segmen-segmen pasaran yang tertentu seperti Diet Coke untuk pelanggan yang mengurangkan pengambilan kalori dalam pemakanan, Caffiene-Free Coke untuk mereka yang sukakan caffeine dan Cherrie Coke bagi mereka yang inginkan kelainan dari segi rasa.


ASAS-ASAS SEGMENTASI PASARAN.

Anda telah didedahkan dengan maksud segmentasi pasaran pada unit sebelum ini dan rasanya anda telah bersedia untuk mengetahui berkenaan segmentasi pasaran dengan lebih mendalam. Tujuan asas segmentasi pasaran adalah untuk membahagikan sesuatu populasi kepada kumpulan-kumpulan yang berlainan di mana individu-individu dalam setiap kumpulan itu mempunyai keperluan yang serupa. Di dalam membuat segmentasi pasaran, pelbagai pembolehubah boleh di gunakan, di antaranya ialah:-

1) Geografi.
2) Demografi.
3) Psikografi.
4) Gelagat.

Segmentasi Menggunakan Asas Geografi.

Merupakan satu kaedah di mana ia membahagikan pasaran kepada unit-unit atau kumpulan geografi yang berbeza berdasarkan lokasi seperti mengikut wilayah, negeri, mukim, bandar, daerah ataupun taman perumahan. Syarikat mungkin bercadang untuk beroperasi di beberapa kawasan sahaja, atau beroperasi di ke semua kawasan tetapi memberi perhatian kepada perbezaan geografi dari segi keperluan dan kehendak. Contohnya Giant di Seksyen 13 telah didirikan berhampiran kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.

Banyak syarikat pada hari ini merekabentuk keluaran, pengiklanan, promosi dan usaha jualan untuk menyesuaikan dengan keperluan bagi setiap kawasan. Ia bertujuan untuk menyesuaikannya dengan budaya, adab, agama dan nilai hidup, gaya hidup dan cara masyarakat sesuatu tempat itu bersosial. Seperti di Malaysia kita mempunyai `nilai ketimuran’ yang lain dari `nilai-nilai hidup masyarakat barat’. Itulah sebabnya, syarikat Maggie telah memperkenalkan mee maggie berperisa asam laksa yang bersesuaian dengan citarasa masyarakat tempatan.


Segmentasi Menggunakan Asas Demografi.

Asas demografi boleh membahagikan pasaran kepada kumpulan-kumpulan dengan menggunakan pembolehubah yang menghuraikan tentang individu seperti, jantina, umur, saiz keluarga dan kitaran hayat keluarga, pendapatan, pendidikan, pekerjaan dan agama. Demografi merupakan satu asas segmentasi yang paling popular untuk melakukan pemetakan pengguna kerana keperluan, kehendak dan kadar penggunaan pengguna kebiasaannya berbeza mengikut demografi mereka. Maklumat ini penting diketahui sebelum asas-asas segmentasi yang lain boleh digunakan secara efektif dalam membuat penilaian saiz pasaran.


Segmentasi Menggunakan Asas Psikografi.

Mungkin perkataan psikografi merupakan sesuatu yang baru kepada anda, mari sama-sama kita melihat maksud sebenar perkataan psikografi. Sebenarnya kaedah asas psikografi ini cuba untuk membahagikan pasaran kepada kumpulan-kumpulan berdasarkan kelas sosial iaitu, kedudukan seseorang dalam masyarakat, gaya hidup dan ciri-ciri personaliti seseorang. Pengguna dalam kumpulan demografi yang sama boleh mempunyai ciri-ciri psikografi yang sangat berbeza. Contohnya, remaja yang berusia 18 tahun dari golongan kelas atasan lebih cenderung membeli pakaian di kompleks membeli belah yang besar berbanding remaja 18 tahun dari golongan kelas bawahan, mungkin mereka lebih gemar untuk membeli di kedai pakaian biasa sahaja.

Terdapat beberapa pembolehubah yang boleh digunakan pemasar untuk mensegmenkan pasaran menggunakan asas psikografi, iaitu:

i) Kelas sosial • Ia mencerminkan nilai dan keutamaan yang berbeza dari segi corak belian yang dibuat oleh kelas atasan, pertengahan, dan bawahan.
• Contohnya, masyarakat kelas atasan memilih kawasan eksklusif bagi pembelian rumah, perabot rumah yang diimport dan kereta mewah. Sebaliknya, masyarakat kelas bawahan hanya akan membeli rumah murah, perabot tempatan yang lebih murah dan kereta biasa.

ii) Gaya atau Corak hidup• Ia menerangkan tentang aktiviti, minat, dan pendapat kumpulan pasaran tentang aspek-aspek kehidupan seperti kesihatan, kecergasan, persekitaran dan sebagainya.
• Contohnya, seseorang yang mementingkan kesihatannya tidak akan keberatan untuk membelanjakan pendapatannya untuk membeli vitamin, barangan herba, dan lain-lain. Sebaliknya seseorang yang tidak mementingkan kesihatan lebih rela membelanjakan wangnya untuk keperluan lain.

iii) Personaliti• Ia membezakan pasaran dari segi sifat-sifat tertentu seperti, agresif, aktif, dinamik, pemalu dan sebagainya.
• Faktor ini sering digunakan di dalam membuat segmentasi bagi produk kosmetik dan pakaian.
• Contohnya, pengguna yang bersifat agresif sering dianggap berkeinginan untuk mencuba sesuatu yang baru dan luar biasa. Oleh itu, rekaan kosmetik berwarna terang dan pakaian yang unik biasanya diperkenalkan untuk pengguna jenis ini.


Segmentasi Menggunakan Asas Gelagat.

Melalui asas gelagat ini ia boleh membahagikan pasaran kepada kumpulan berdasarkan pengetahuan, sikap, penggunaan dan tindakbalas pembeli terhadap sesuatu produk. Pemasar selalunya menggunakan pembolehubah dalam asas ini seperti:-

i) Situasi penggunaan
ii) Faedah yang dicari
iii) Kadar Pengguna
iv) Status pengguna
v) Kesetiaan
vi) Kesediaan membeli
vii) Sikap

i) Situasi penggunaan
Contohnya, masyarakat Jepun yang menggunakan teh bukan sekadar untuk minum pagi dan petang tetapi sebagai sebahagian daripada upacara keramaian dan menyambut tetamu mereka.

ii) Faedah yang dicari
Contohnya, membeli ubat gigi colgate dengan ekstra pudina ialah untuk kesegaran mulut, dan membeli kereta Produa Kancil kerana penggunaan minyaknya yang lebih ekonomi berbanding dengan kereta-kereta lain.

iii) Status pengguna
Pasaran boleh dibahagikan kepada bukan pengguna, pengguna berpotensi, pengguna pertama kali dan pengguna biasa. Contohnya, menggalakkan penduduk Malaysia supaya melancong di dalam negara, kerajaan telah menjalankan kempen yang berbeza iaitu kepada kumpulan yang selalu melancong dan kumpulan yang jarang melancong. Mungkin pendekatan yang digunakan adalah berbeza mengikut status pengguna tersebut.

iv) Kadar penggunaan
Ia boleh dibahagikan kepada pengguna `berat’ atau pengguna `ringan’. Pengguna `berat’ iaitu pengguna yang kerap menggunakan sesuatu produk manakala pengguna ‘ringan’ merupakan pengguna yang jarang menggunakan sesuatu produk . Sebagai contohnya pengguna berat akan membeli Milo tin besar berbanding pengguna ringan yang hanya membeli Milo tin kecil sahaja.

v) Kesetiaan
Pengguna akan setia membeli jenama yang sama berulang kali, oleh yang demikian syarikat perlu terus mempromosikan produk sebagai produk yang berkualiti tinggi dan terbaik di pasaran. Pengguna yang kerap menukar jenama kepada jenama yang lain setiap kali membeli boleh dikategorikan sebagai tidak setia atau mereka yang suka mencuba barangan yang berbeza. Oleh itu pihak pemasar perlu memberi jaminan bahawa produknya setanding dengan jenama-jenama yang lain.

vi) Kesediaan membeli
Dikalangan pengguna ada yang sedar kewujudan produk serta berminat untuk membeli, dan ada juga antara pengguna yang tidak sedar tentang kewujudan sesuatu produk. Oleh itu, pemasar perlu merangsang pembelian dikalangan pengguna yang tidak sedar tentang kewujudan produk baru dengan menawarkan potongan harga, sampel percuma dan pemberian premium.

vii) Sikap
Ianya berbeza-beza diantara individu dan boleh dibahagikan kepada sikap positif, dan negatif terhadap sesuatu produk. Justeru itu pemasar harus tahu menghasilkan segmentasi yang berkesan berdasarkan citarasa individu..

KELAS PEMASARAN 4-SASARAN

Pengenalan Pemasaran Sasaran

A. Pasaran
Merupakan individu atau organisasi yang mempunyai minat , kuasa beli dan kesanggupan untuk membeli sesuatu produk atau perkhidmatan yang boleh memenuhi keperluan dan kehendak mereka

B. Pasaran sasar
Satu pasaran yang ingin ditumpukan/diberikan perhatian oleh sesebuah firma yang mengeluarkan sesuatu produk.

Kepentingan Pemasaran Sasaran
i. Membantu organisasi membina strategi campuran pemasaran yang efektif dan efisyen
ii. Meningkatkan kelebihan persaingan organisasi
iii. Segala sumber dan usaha dapat ditumpukan kepad sasaran yang dipilih
iv. Kejayaan strategi pemasaran bergantung kepada kebolehan pemasar mengenalpasti, menilai dan memilih segmen pasaran yang menarik
v. Dapat meningkatkan kepakaran atau kemahiran organisasi tentang sesuatu produk atau segmen pasaran

Langkah-langkah Dalam Menentukan Pemasaran Sasaran

i. SEGMENTASI PASARAN
ii. PENYASARAN PASARAN
iii. PEMPOSISIAN PASARAN

KELAS PEMASARAN 3-PADUAN

PADUAN PEMASARAN

Campuran pemasaran adalah satu set elemen-elemen pemasaran yang boleh dikawal dan berstrategi di mana setiap firma menggabungkannya untuk menghasilkan maklumbalas yang dikehendaki di dalam pasaran sasaran. Dengan menggunakan elemen-elemen di dalam campuran pemasaran, firma boleh melakukan aktiviti-aktiviti pemasaran untuk mempengaruhi permintaan terhadap produknya. Ia mengandungi empat elemen iaitu produk, harga, saluran agihan dan promosi atau lebih dikenali sebagai ‘4 P’ (product, price,place and promotion).

a) Produk
Produk merupakan apa sahaja yang boleh ditawarkan kepada pasaran untuk perhatian , pemilikan dan penggunaan yang boleh memuaskan kehendak dan keperluan, samada barangan atau perkhidmatan.

b) Harga
Harga adalah sejumlah wang yang dikenakan untuk sesuatu produk.

c) Saluran Agihan
Saluran agihan merupakan satu set organisasi yang saling bergantungan dan terlibat di dalam proses pembuatan produk untuk kegunaan pengguna akhir atau pengguna perniagaan.

d) Promosi
Promosi merupakan bentuk-bentuk ( kaedah-kaedah ) komunikasi yang digunakan untuk memberitahu, mengingatkan dan juga memujuk pengguna mengenai sesuatu produk yang dikeluarkan ataupun dijual oleh sesebuah syarikat. Kaedah-kaedah promosi ini terdiri daripada pengiklanan, promosi jualan, publisiti dan jualan persendirian.

KELAS PEMASARAN 2-PEMASARAN

1.1 DEFINISI PEMASARAN

Pemasaran merupakan satu proses sosial dan pengurusan di mana individu atau kumpulan memenuhi keperluan dan kehendak mereka melalui penghasilan dan penukaran produk atau nilai di kalangan mereka.

Menurut Philip Kotler, pemasaran merupakan aktiviti manusia dalam memenuhi keperluan dan kehendak mereka melalui proses pertukaran.

Pemasaran bukan hanya berkisar tentang jualan, tetapi ia juga melibatkan urusan-urusan sebelum jualan seperti kajian, pembangunan produk, kualiti produk, perletakan harga, pengagihan produk, pembungkusan, urusan selepas jualan dan sebagainya. Keputusan-keputusan ini adalah berkaitan dengan aspek-aspek pemasaran yang akan kita pelajari dalam pelajaran-pelajaran yang akan datang.


1.2 ELEMEN-ELEMEN DI DALAM PEMASARAN

Dalam pemasaran terdapat beberapa elemen-elemen ataupun konsep-konsep asas yang perlu anda pelajari dan fahami kerana ia saling berkaitan antara satu sama lain. Konsep yang paling asas sekali ialah konsep keperluan, diikuti dengan kehendak dan juga permintaan. Konsep-konsep yang selanjutnya anda boleh perolehi daripada keterangan di bawah ini.


A. Keperluan

Keperluan merupakan asas kepada kehidupan manusia dan ini meliputi keperluan fizikal seperti makanan dan pakaian, keperluan sosial seperti kasih sayang, keperluan individu seperti ilmu pengetahuan dan pencapaian hasrat diri seperti kemajuan diri dan juga kejayaan diri. Keperluan-keperluan ini bukan dicipta oleh pemasar, ia merupakan sebahagian dari asas kejadian manusia. Keperluan manusia ini penting kepada pemasar kerana ia dapat membantu pemasar dalam mengenalpasti produk yang perlu ditawarkan dan diperlukan oleh pengguna.

B. Kehendak

Kehendak pula, merupakan keperluan manusia yang dibentuk oleh budaya sekeliling serta personaliti individu. Sebagai contoh, seorang eksekutif jualan mungkin memerlukan kereta mahal seperti Honda untuk menjaga imej dan statusnya sebagai seorang pegawai, manakala seorang kerani jualan mungkin memadai dengan kereta Proton sahaja. Di sini menunjukkan bahawa personaliti individu tersebut memainkan peranan di dalam membentuk kehendak seseorang .

C. Permintaan

Apabila kita mempunyai sumber kewangan atau kuasa beli, kita akan berkehendakan kepada pelbagai jenis produk yang ditawarkan di pasaran. Oleh itu, apabila seseorang mempunyai kehendak serta kemampuan untuk membeli , kehendak akan bertukar menjadi permintaan.


D. Pertukaran

Mungkin anda telah biasa dengan perkataan ini, tetapi di sini anda akan mengetahuinya dengan lebih mendalam lagi. Pertukaran di dalam pemasaran membawa maksud pertukaran nilai antara dua belah pihak, daripada seorang pemasar kepada seorang pelanggan. Untuk membolehkan pertukaran berlaku , terdapat dua syarat iaitu:

i) Dua pihak mesti terlibat dan setiap pihak mempunyai sesuatu yang bernilai untuk ditukarkan

ii) Pihak-pihak yang terlibat bersetuju untuk berurusan antara satu sama lain dan mempunyai kebebasan untuk menerima atau menolak tawaran masing-masing.


E. Urusniaga

Urusniaga pula merupakan tindakan dalam mendapatkan sesuatu yang dikehendaki dari satu pihak dengan menawarkan sesuatu yang lain sebagai balasan. Urusniaga merupakan elemen utama di dalam pemasaran dan ianya melibatkan lima keadaan:

i) Terdapat sekurang-kurangnya dua pihak
ii) Satu pihak mesti mempunyai sesuatu yang bernilai kepada pihak yang satu lagi.
iii) Satu pihak berkemampuan untuk berkomunikasi dan membuat penghantaran.
iv) Satu pihak mempunyai hak untuk menerima atau menolak tawaran dari pihak yang satu lagi.
v) Kedua-dua pihak mempunyai keyakinan dan kepercayaan antara satu dengan lain.