Selasa, 29 Mac 2011

Buat calon Ibu dan Ayah

Tanganku kecil, tolong jangan menilai terlalu sempurna saat aku sedang membereskan tempat tidurku, menggambar atau melempar bola. Kakiku masih pendek, tolong jangan terlalu cepat kalau berjalan agar aku dapat berjalan bersama Bunda dan Ayah.

2. Mataku tidak seperti Bunda dan Ayah. Aku belum melihat semua hal di dunia ini, beri aku kesempatan untuk dapat menjelajahi dunia dengan aman dan jangan larang aku kalau tidak perlu sekali.

3. Aku tahu ada banyak pekerjaan di rumah dan di kantor yang harus Bunda dan Ayah kerjakan. Aku tidak akan lama menjadi anak kecil, tolong beri aku waktu dan perhatian untuk menjelaskan tentang dunia yang indah dan lakukanlah sepenuh hati.

4. Perasaanku lembut. Perlakukanlah aku sebagaimana Bunda dan Ayah ingin diperlakukan oleh orang lain. Jangan marah padaku sepanjang hari. Aku ingin Bunda dan Ayah sensitif dengan kebutuhanku.

5. Aku adalah hadiah dari Allah SWT untuk Bunda dan Ayah. Perlakukanlah aku sesuai kehendak Allah SWT. Arahkan, bimbing dan siapkanlah diriku untuk dapat menghadapi masa depanku yang tidak sama dengan zaman Bunda dan Ayah. Berilah aku aturan, penghargaan dan konsekuensi (bukan hukuman yang tanpa penjelasan yang membuat aku dendam) atas perbuatanku yang salah sehingga aku mengerti mana yang benar dan salah.

6. Aku membutuhkan dukungan dan dorongan Bunda serta Ayah untuk tumbuh dan berkembang optimal, bukan hanya kritikan. Bunda dan Ayah dapat mengkritik perbuatanku tanpa harus membenci aku.

7. Beri aku kesempatan berlatih mengambil keputusan untuk diriku sendiri. Ijinkan aku untuk mengalami kegagalan atau berbuat kesalahan sehingga aku dapat belajar dari hal itu. Bantu aku untuk mengatasi kegagalan dan memperbaiki kesalahan sehingga di masa depan aku sudah siap mengambil keputusan yang tepat untuk hidupku.

8. Jangan lakukan semuanya untukku karena aku akan merasa bahwa apa yang aku lakukan tidak memenuhi standar atau harapan Bunda dan Ayah. Tolong jangan bandingkan aku dengan anak lain atau dengan saudara kandungku. Aku tahu ini memang berat bagi Bunda dan Ayah.

9. Jangan takut meninggalkan aku jika memang Bunda dan Ayah perlu pergi berdua. Anak-anak juga butuh liburan tanpa Bunda dan Ayah, sama seperti Bunda dan Ayah yang membutuhkan liburan tanpa anak-anaknya.

10. Bawalah aku ke masjid secara rutin, berikanlah aku contoh bagaimana menjadi muslim yang baik. Aku ingin tahu lebih banyak tentang Allah SWT dan Rasul-Nya.

Sabtu, 26 Mac 2011

Aku mahukan dunia aku dahulu...

aku mahukan dunia ku yang bebas seperti dulu..
tiada yang halang tiada sekatan..
tiada yang kawal segala pergerakkan aku..
aku bebas buat apa saja yang aku mahu...
aku dah x berminat tok berada dalam eaadan yang terikat dengan perjanjian ni...
buat aku tertekan..
dan bertambah tertekan dengan bebanan masalah yang terlalu banyak...
aku dah bosan dengan stdy ni..
x de erti langsng dah stdy ni..
stdy yang dulunya jdi semangat aku skrg...
lupakan...
sem ni paling teruk.. bila dah teruk mood aku nak stdy dah x de.
so.. buat apa buang waktu kat sini..
baik aku g mana n buat apa saja yang aku suka..
dulu lain.. ada yang beri semangat.. sekarang...
arghh.. biarlah.. malas nak ingat.. malas nak pertikaikan..
asal semua senang dengan hari 2 yang mereka lalui sekarang aku pon senang.
buat mak ayah.. maaflah.. angah dah x de minat tok teruskan semua ni...
umi.. maafkan adik.. setakat ni je yang mampu..
fikiran dah serabut..
jiwa juga kosong...
tiada lagi yang yang ada tok selalu ingatkan adik..
mak abah yang baru ku kenali...
urm.. dayah dah give up tok lalui kehidupan ini..
terima kasih berikan jalan untuk dayah kembali kepadaNYA..
moga tidak lagi lalai untuk mohon pertolong dan pertunjuk dariNYA



Ahad, 20 Mac 2011

Kisah Kita....



17/3/11-12.05 P.M sampai lah aku di rumah mak dan abah... biarpon tidak disambut pada waktu aku jejakkan kaki diFelda Chuping.. namun ianya tidak mematahkan semangat aku tok terus berada disitu... sesampainya di rumah aku disambut oleh kak elly(anak bongsu)mak dan abah... tpi bukan hanya kak elly saja.. kedatangan ku disambut jua dengan 2 baby chumell... alia maisara & putre abdul hafiz... sangat comey mereka berdua ni... mak dan abah abah g rombongan meminang.. al-maklumlah dapat family yang dikira kuat dan berpengaruh... tapi kesian pada mak sebelum program aku mak sibuk dengan program lain.. bila tiba program aku mak sibuk dengan program blok... tapi aku x kisah, aku faham kerja mak dan abah... petangnya mak dan abah sampai kat rumah aku pulak dah keluar dengan pegawai g lawatan rumah ke rumah... dekat maghrib baru sampai rumah.. sampai rumah petang tu mak tgu dah kat depan rumah.. tpi mak dok kelirulah.. tak tahu mana satu anaknya... mana taknya.. aku datang dengan 2 orang pegawai dan 2 lagi sahabat.. kak atie dan ina... hehe.. mak dok tnya mana anak angkatnya... aku pon ngakulah... baru kata saya terus kena peluk cium... waduh.... sebak hati aku.... tpi... segan aku ngan kawan-kawan bila mak cakap kat pegawai n rakan yang ada... ' tiga hari saja kat sini macam mana nak bagi gemok anak mak ni" hihihi... layankan je... :-) macam manalah nak gemuk makan pon sikit2.. ish... ish....
malam tu gerak g masjid sama mak ngan abah.. seronok sangat... pulang dari masjid kami dok berbual kat rumah hinggalah datangnya sahabatku ina dari rumah depan dengan mak angkatnya... hehe.. lagi rancaklah borak.. tpi sedikit kekok bila satu team konvoi dari rakan-rakan kelas yang terdiri dari 10 lelaki dan 2 perempuan datang serbu rumah... x geti den nak layan.. tpi mak lah dok cover.. klu x... ish2... tah apalah jadinya...



18/3/11-8.00 a.m bermula program gotong royong.. lame betoi aku x bawa moto.. dok sana puaslah aku dok berlumba ngan kawan-kawan naik moto.. best sangat-sangat...
dalam bergotong-royong tu aku kena kat klinik... merasalah aku masakan mak buat pertama kali. bihun goreng singapore.. perghhh sangat sedap.. terbayang-bayang kot.. hihihi... tpi dalam melalui hari kedua ni.. terjadinya suatu tragedi yang telah aku lakukan hingga mak dan abah rungsing... pulangnya aku tenghari tu untuk rehat seketika sementara menanti masa untuk gerak ke dewan utama untuk acara sukaneka. mak beritahu tak dapat pergi program aku. mak ikut abah g meminang untuk anak buah abah... hurmm.. hampa betul.. tapi tulah dia.. aku ni pantang betol ada ruang msti dok buat hal.. mak abah x da aku g ikot pegawai aku ke kuala perlis. makan-makan... hehhe.. tpi datang lah dajal aku ni.. bijak sangat dah 2 hari kat umah mak n abah x mintak langsng no . telefon... pulak tu balik dari kuala perlis dah tengah malam... menjajau mak n abah cari aku.. last -last mak n abah g call pak deris dan beritahu yang aku tak balik-balik rumah. mak, abah n rakan-rakan semua dok pk aku kena culik.. urm... la.. sapalah nak culik aku ni... bukan ada paper pon. tpi mmg silap aku lah.. bab ni mmg aku degil sikit.. mak.. abah.. maafkan saya yer.. :'( sampai je rumah malam tu.. letak jer moto mak dah kat belakang aku.. mak tnya g mana.. datang pegawai aku terus cakap yang dia bawa aku n kawan-kawan ke kuala perlis g makan... tpi yang aku dok genggam tangan mak.. tarik mak ngaku yang aku salah n aku yang nak nak kuar cari barang. silap aku x mintak no telepon mak n abah. x sempat nak jelas lebih lanjut.. mudah sungguh airmata ini mengalir... bila pegawai aku balik mak ajak masuk dalam rumah, tpi aku takut-takut pulak nak masuk... mana x nya .. dah kita yang salah.. mau x takut.. hihihi.. tpi sian kat mak aku...mak dah siapakan makanan tok aku.. tpi aku tak makan pon.. macamana nak makan.. perut dah penuh.. dipaksa makan nanti lain pulak jadi... hehehe... pas dah bercakap ngan mak tu aku masuk bilik mandi dan solat semua.. bila selesai solat aku keluarlah ingat nak join mak n kak elly tengok tv.. tpi bila nampak abah ada sama trus x jadi nak g.. aku dok kat sofa... lamalah jugak... sampai tersenggut-senggutlast2 aku masuk bilik.. tpi lupa nak tutup pintu.. terus tido x dengan x berselimut semua.. sedar-sedar terjaga kul 2 pagi tu pintu bilik, selimut n bantal semua dah kat tubuh .. tahulah aku mak yang buat semua tu... maafkan saya mak...



19/3/11-8.00a.m hari paling lawak.. mana x nya.. semalam buat silap jdi hari ni.. aku nak kuar bilik pon takut.. hehhe.. tu yang aku mesej pada ina suruh dxatang umah.. bila ina datang.. mak bukakan pintu.. pastu cakap kat ina yang aku x kuar-kuar dari tadi.. hihihi.. al-maklumlah takut punya pasal.. hihi... tu nsib baik kuar-kuar abah x da... klu abah ada mmg aku x kuar langsng.. hehhe... tpi nak lari cam mana.. tgh-tgh dok makan abah balik polak dari joging... dah lah aku makan pon dok tunduk je.... abah masuk umah trus dok kat meja.. urm.. tau jelah bila dah dok depan kemana aku pergi semalam jadi topik utama.. huhuhu... jadi jujur jela... :-) nasib abah x marah.. abah bagi nasihat n teguran.. klu x mau nangis lagi aku .. huhu.. so pada kawan2.. ingatlah biarpon mereka bukan mak dan abah kandung kita.. bila kita didalam jagaan dia jgn sesekali kita abaikan mereka... mereka berhak keatas kita selama mana kita dibawah jagaan mereka... sahabat.. ingatlah mereka.. hargailah mereka.. mak... abah... i luv u so much

Rabu, 9 Mac 2011

Wanita untuk Lelaki

Bila SUAMI balik rumah.... Dia jadi heran gler halaman umah berselerak, surat kat peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi.. Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut.

waaa... mana isteri ku...

Ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki tu melaung nama isterinya.. Sepi tiada jawapan. Masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, periuk tak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air, baju belum berbasuh apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.

fuuu.. lega..

“Awak sakit ke?” tanya lelaki itu. “Tak lah”, jawab isterinya ringkas. “Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?” Tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam. “Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah suri rumah, duduk di rumah tak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang..

lelaki tu pun berfikir...

Kalau madam takde kat umah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat ape yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizkal. Pendek kata, FreeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”’ aku plak trasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiokkk, no one shouting from the kitchen for help, no o
ne to komen this and that, no one to criticize. Everything will be smooth…

hahaha... takde yg nak marah ku...

Tp masuk hari ketige, I felt something missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘asshemmmm’, tak tau la mana nak cari yang baru. Colgate da nak abis, tak tau kat mana dia stock up. Air suam da habis, malas nk boil… Masuk hari keempat, rindu mula terasa...


Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pon jadi tak best. Nasik bungkus feberite jadik tak feberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket da makin bertimbun ngan baju kotor. Toilet dah mula licin berdaki.. Lantai dah berbelak, tak dimop.. Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly.. bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.

Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri takde kat umah, aku dah rasa separuh pengsan. Masa ni barulah sedar netapa pentingnya seorang wanita bernama isteri… So guys out there.. jgn buli isteri kite. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dia tu kuli ker?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita.. Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukupker nak bayar gaji dia ..................................................................seumur hidup ???

ingat balik..

And furthermore, kan sama2 kerja carik rezeki, sama jugak lah buat kerja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling dekat terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah la satu hari keja kat office, balik pulak kena buat kerja rumah lagi… penat tau! Kalaulah aku diberi peluang jadik seorang wanita,… tak rela!!! So to all mums and wives out there, live will be meaningless without You mothers. Uwaaaaaaa!!

SAYANGI LA KAUM PEREMPUAN KERANA TANPA MEREKA ANDA KEHILANGAN SESUATU..
HARGAI MEREKA!!!!!

Menyesal kawin.................................................

Ini cerita aku.. Aku (bukan nama sebenar) baru je kawin, ngan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pon dia (bukan nama sebenar gak). Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape. Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha. Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.

Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound. "Jom la bang tido...". Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni. Kesian kena buli..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak makan ape. Boleh makan best2, sebab beli kat kedai.. Tapi skarang, huhu.. Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan! Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la.. Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak. Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, kat mane, nak beli ape.. Kira berbelanja tanpa waswas la. Tu yang shopping kejap je melayang 2 3 ratos skelip mata. Hohoho.. Tapi skarang, nak pegi shopping je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli. Tade dalam list, tak leh amik!! Dah la berejam-jam pusing.. Leceh tol la orang pompuan nih. Muka dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall. Aku je yang muka tensen. Arghh, nyesal giler kawin...

Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat.. Ala Korea bleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pon bleh buat, tade orang sound. Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene sound.. Dia kata x hensem la, x kemas la.. Tak potong kang dia tanak ironkan baju aku lak. Haisshh.

Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel melintas depan kitorang. Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..). Ape lagi, menjerit la aku kat situ.

Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi.. Arghh first time kot rasa malu giler camtu. Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja. Sakit wooo bini aku cubit. Huhu.. Kesian la kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..

Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju sendiri.. Sume dah ready made. Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket. Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha. Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..). Pastu baju2 bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tido atas kain baju ni (padahal malas kemas). Skarang... hehehe.

Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam dihargai je.. Yela, kira ade orang take care la. Totalcare!! Hehehe.. Kalau masa belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3..

Pastu kan, skarang kehidupan aku kira tersusun la.. Maklum la dah ade 'PA'.. Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif sangat la kehidupan aku. Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran.. Hmm sejuk hatiku. Maklum le kita ni bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ade yang tolong ingatkan. Ini la pentingnya cari isteri yang solehah!

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat
Boleh la abang bangun awal-awal pagi
Then kita solat Subuh sama-sama..

Tapi kalu abang tak bangun gak,
ayang cubit je pehe abang
abang xkan murka..
Lagi abang sayang ade la..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana jaga makan minum abang
Tengok skarang abang da nak gemok da
Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu..

Ke memang nak abang jadi gemuk ni?
Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek?
Jangan bimbang atau ragu okeh,
Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana tolong iron baju abang
Sebab abang memang allergic sket bab iron2 baju
Jangan risau la nanti abang potong rambut..

Skarang abang dah tak selekeh macam dulu
Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang
Hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi juge
Argghh, nyesal giler kawin LAMBAT!!!

Jumaat, 4 Mac 2011

Jangan terlalu baik.. kerana saya akan merindui awak....

Malam tadi, sambil rehatkan diri sempat juga aku capai satu majalah yang baru saja aku beli. Majalah tu keluaran November 2008. Aku baca satu artikel… tiba-tiba aku tersenyum keseorangan.

Berikut antara petikan yang buatkan aku tersenyum. Aku terfikir, kenapakah aku tetiba tersenyum setelah membacanya…

“Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak.”
“Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.”
“Jangan jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.”

“Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi.. jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.”

“Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut akan risiko mencintai.”

“Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya atau anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.”

“Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ini ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya dia kepada anda.”

“Jika dia boleh terima anda seadanya, dan sanggup menerima kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda.”

“Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cinta itu. Seterusnya diikuti perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang dicintai seadanya…”

“Bila diri dicintai.. Dia pasti akan berusaha untuk ada…sentiasa ada bersama.”

Ahad, 27 Februari 2011

Awak setuju x????

Awak setuju tak?

Bahawa awak tak boleh lari daripada bertujuan hidup di dunia sementara ni adalah untuk mendapat redha Tuhan yang menjadikan awak, iaitu Allah SWT. Dengan redhaNya, Dia akan mengasihi awak, bila Dia mengasihi awak, insyaAllah di hayat kekal abadi nanti, Dia akan limpahkan kasih sayangNya kepada awak di syurga.

Awak setuju tak?

Bahawa untuk mendapat redha Allah SWT, awak mestilah redha bahawa Alloh adalah Tuhan seluruh alam ini, awak mestilah redha bahawa Islam adalah cara hidup terbaik untuk awak dan awak mestilah redha bahawa Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام adalah utusan Allah untuk memperkenalkan Allah dan Islam kepada awak dan lainnya. Redha, bukanlah semata-mata mengakui, tetapi juga adalah yakin tanpa sangsi dan was-was akan ketiga-tiga perkara ini.

Awak setuju tak?

Bahawa untuk awak redha yang Allah adalah Tuhan awak, awak mestilah mentaatiNya, patuh kepada suruhanNya, tunduk kepada laranganNya, memupuk perasaan cinta kepadaNya serta berkeinginan untuk mendapat kasih sayangNya.
Awak setuju tak?

Bahawa untuk awak redha yang Islam adalah cara hidup terbaik untuk awak, awak mestilah mengamalkan cara hidup yang ditunjukkan dalam Islam bukan hanya mengikut orang, bukan hanya mengamalkan sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain, tetapi berusaha mengamalkan seluruhnya dengan perasaan penuh rela dan ikhlas mengamalkannya.

Awak setuju tak?

Bahawa untuk awak redha yang Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام adalah utusan Allah bagi memperkenalkan Alloh dan Islam kepada awak dan lainnya, awak mestilah menjadikan Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام sebagai ikutan untuk awak dalam setiap amalan seharian kehidupan awak.


Awak setuju tak?

Bahawa untuk menuju kepada tujuan meredhai ketiga-tiga keredhaan ini, awak mestilah mempunyai ilmu, yang sebenarnya awak tak dapat kesemuanya dalam waktu awak belajar di sekolah sahaja, tetapi mestilah diteruskan usaha mendapatkan ilmunya sepanjang hayat awak. Dan ilmu itu tidaklah boleh lari daripada panduan utama, iaitu Al-Quran dan hadith yang shohih datangnya daripada Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام serta panduan daripada para ulama yang berpegang kepada dua panduan utama ini.

Awak setuju tak?

Bahawa awak sekarang ini masih belum berada dalam tujuan utama hidup di dunia, iaitu untuk mendapat redha Allah SWT. Banyak perkara yang melekakan daripada tujuan itu tetapi awak terus melakukannya.

Awak setuju tak?

Bahawa awak perlu berubah, kembali kepada tujuan utama itu, meninggalkan banyak perkara yang melekakan daripada tujuan itu.




Awak setuju tak?

Bahawa awak perlu berubah cepat, bukan menunggu nanti bila dah tua, kerana awak tak dapat kepastian bahawa hidup awak akan berpanjangan hingga tua, sedangkan banyak sebab yang membolehkan nikmat usia awak ditarik balik pada usia awak sekarang ini.

Awak setuju tak?

Bahawa untuk berubah itu, bukanlah perkara mudah tanpa bimbingan yang kuat kepada diri awak yang lemah yang mudah saja melayani banyak perkara yang melekakan awak daripada tujuan hidup awak.

Awak setuju tak?

Bahawa untuk mendirikan rumahtangga, amat penting untuk awak mempunyai pasangan yang cenderung untuk memberikan bimbingan yang kuat kepada diri awak, dan awak juga perlu cenderung bekerjasama dengannya saling sokong-menyokong, ingat-mengingati agar sentiasa membawa keluarga kepada tujuan hidup di dunia ini.

Awak setuju tak?

Bahawa apabila awak banyak menjawab “setuju” dengan soalan-soalan ini, kaki awak sebenarnya telah berada satu tapak di atas landasan tujuan sebenar hidup awak di dunia ini.

Awak setuju tak?

Bahawa apabila kaki awak telah berada satu tapak di atas landasan tujuan sebenar hidup awak ini, sepatutnya awak tidak mengangkatnya kembali meninggalkan landasan ini, tetapi sebaliknya mengangkat sebelah lagi kaki awak, untuk terus melangkah menyelusuri landasan ini.

Awak setuju tak?

Bahawa apabila awak telah melangkah menyelusuri landasan ini, awak perlu terus berada di atas landasan ini, jangan berundur meninggalkan landasan ini.
Awak setuju tak?

Bahawa apabila awak telah tetap berada di atas landasan ini, awak tak sepatutnya berseorangan menyelusurinya, tetapi awak perlu membawa semua ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan seluruh masyarakat turut menyertai awak menyelusuri landasan ini.



Maka, sebar-sebarkanlah 15 pertanyaan penting ini kepada semua yang anda sayangi. Ana persilakan untuk pembaca semua translate 15 pertanyaan ini kepada bahasa-bahasa lain yang awak tahu dan sebarkannya ke seluruh pelusuk alam. Semoga kita mendapat redha Allah SWT.